Membesarkan anak-anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar. Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak.
Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik keibubapaan, jangan sesekali melupakan keampuhan doa sebagai senjata seorang mukmin.
Ada pelbagai surah-surah dalam al-Quran yang boleh menjadi amalan doa terbaik dalam kehidupan setiap manusia.
Perkongsian video di akaun TikTok n.dibsy mendapat perhatian wargamaya apabila ramai kagum dan memuji cara seorang ayah mengalunkan ayat suci al-Quran kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.
Dengan kapsyen yang ditulis, “Ingat tak dulu Uwais 3 bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha” menunjukkan bahawa ibu dan ayah anak ini sememangnya sudah biasa membacakan surah-surah al-Quran kepada dua orang anaknya.
Pesanan untuk para ibu bapa, daripada kita asyik membebelkan anak lebih baik kita buat amalan doa surah Taha ayat 1-6 sebagai salah satu usaha untuk melembutkan hati anak dan mudah mendengar kata.
Menurut sumber dalam Hijabista, surah Taha adalah surah yang ke-20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembutkan hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas, degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendidinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk IIslam pada hari tiu juga di hadapanan
Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan Surah Taha
Rajnlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha. Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendenar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Maksudnya:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurukan al-Quran kepadamua (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Ads
Ayat ini seeloknya dibaca tiga kali. Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa dibuat pada waktu malam? Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Semoga Jadi Anak Solehah
Meninjau ruangan komen, ternyata ramai mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran sejak usia bayi lagi dan turut mendoakan si comel membesar sebagai anak solehah dan terus mencintai al-Quran.
Ads
Nak Menang hadiah 2 TIKET masuk ke GENTING SKYWORLD, daftar di SINI
Bergelar seorang ibu ternyata bukan satu tugas yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dari setiap sudut dalam membesarkan si kecil tersayang.
Perkara tersebut diakui oleh pelakon dan penyanyi Kaka Azraff tentang kehidupannya kini yang mempunyai seorang anak yang sedang membesar.
Dalam satu posting terbaru di Instagram miliknya, Kaka berkongsi video dia dan anak lelakinya yang comel. Dalam kapsyen video tersebut Kaka menyatakan kehidupan sebagai seorang ibu yang berkerjaya.
Menurutnya nak buat apa sahaja pasti anak menjadi keutamaan ibu-ibu dan itu yang dilaluinya sekarang.
Dia juga menyatakan penghormatan kepada semua ibu dalam dunia. Memang penat tapi bila tengok muka comel anak terus hilang rasa lelah.
“WORKING MOM LIFE
“Nak buat apape pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now.
“Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja.. sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun.. but bila tengok anak dance2, buat muka comel terus hilang rasa penat tu.
“Mommy love you Aslan!
“Dalam penat and kabut hidup ni, styling tetap nak,” tulisnya.
Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan
Sumber: Gempak & IG Kaka Azraff
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan berkongsi gelagat anak sulungnya, Aaira Ameena yang mengaku salah menconteng dinding rumah mereka.
Video tersebut dimuatnaik di lama Instagram dan mendapat tontonan lebi 10 ribu pengikutnya.
Menurut perkongsian Tya, dia tersentuh melihat sikap tanggungjawab anak sulungnya itu yang mengaku salah dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dilakukan olehnya sendiri.
“Kakak.. tersentuh hati mommy…”
“Ceritanya.. tadi mommy nampak macam ada kesan conteng dekat dinding. Pastu mommy tanya la “siapa yang buat ni?”. Mula dia takut nak jawab dia yang buat. Tapi lepastu dia mengaku dia buat. So dia ambik pemadam, and then padam kesan conteng tu.”
“Apa yang buat mommy tersentuh, masa dia padam tu, dia tadah tangan dia sebab nak tahan habuk pemadam tu. Masa tu mommy dah impress dah. Dahtu, ehh lepas dah padam tu siap bawak penyapu, sapukan lagi lantai tu. Terus mommy sejuk tak jadi nak marah.”
“Mengalir jugak air mata mommy, mixed feeling kejap. Dah besar dia. Tiba tersentuh hati. Terus peluk dia. Sayangnyaa dekat dia!”
Namun rata-rata wargamaya terhibur melihat telatah comel Ameena dan adiknya
Maleeq Miqayl dalam video yang dikongsi.
kesempurnaancahaya Enterprem adik pun..hehehe..comey..semoga jadi anak soleh solehah keduanya
amelyaamy09 Cutee😍😍😍 tp tu la penyapu dgn baju 1 set ye. hehe 😁🤭
redza.shafiee Sy hanya memerhati maleeq yang sedang bertukang jee kak 😂🥰
Kecantikan Izara Aishah yang juga ibu kepada si comel, Irisa Alaia semakin terserlah selepas berhijab. Malah penampilan dirinya yang begitu sopan dengan mengenakan tudung labuh benar-benar menyerlahkan lagi auranya sebagai seorang ibu dan isteri.
Siapa sangka imej anak kacukan Melayu-Pakistan ini sentiasa menjadi tumpuan peminatnya dan ramai mendoakan yang baik-baik buat menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza ini. Tak kurang juga ada yang menyimpan hasrat untuk berhijrah seperti Izara bila sampai waktunya.
Memetik perkongsian Izara di instagramnya, secara jujurnya dia menyenangi helaian tudung yang lebih tebal, tidak jarang dan menutup leher. Bergaya tapi masih mematuhi syariat Islam dalam kod berpakaian.
Di usianya yang kini 28 tahun, Izara sudah mempunyai segala-galanya. Selain fokus pada keluarga, dia juga dalam proses untuk memperbaiki diri ke arah menjadi seorang yang lebih baik.
Sebelum ini Izara pernah memberitahu di Beautifulnara, penghijrahannya bukanlah berniat untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri, malah belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian miliknya sendiri.
“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf saya lebih suka membeli. Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang belum fikirkannya lagi. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain,” katanya.
Izara telah berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dianugerahkan cahaya mata perempuan comel pada 15 April 2020.
Apa yang boleh dipuji, sejak mengambil keputusan berhijab, Izara telah memadam semua gambarnya yang tidak menutup aurat dan hanya berkongsi gambar terbaru sahaja di instagramnya.
Moga Izara akan menjadi seorang isteri dan ibu yang boleh memberi inspirasi kepada semua wanita di luar.
Kredit: Izara Aishah
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi...