Ramai yang mempertikaikan cara Noor Nabila memberi Jebat Jayden makan sedangkan belum cukup 6 bulan. Namun sebagai ibu tak mungkin Nabila nak pandai-pandai suap.
Mungkin caranya memperkenalkan solid food pada Jebat dah dapat nasihat doktor.Cuma apa yang lucunya melalui perkongsian video Nabila, penerimaan Jebat pada makanan yang diberikan itu buatnya rasa pelik dan mimik mukanya juga seperti nak termuntah apabila disuapkan puri epal.
Melihat kepada penerimaan Jebat yang kurang suka puri epal, peminat Nabila mencadangkannya untuk bagi dulu bubur kosong yang betul-betul halus teksturnya sebelum perkenalkan puri buah atau sayur.
Ads
Cara ini taklah buat bayi terkejut bila rasa makanan tersebut kerana bayi hanya biasa minum susu sahaja.
Ads
Lagi satu netizen juga turut berkongsi pendapat mereka walaupun bubur kosong itu tiada apa-apa rasa cara ini bagus untuk mengelakkan anak picky eater (memilih makan) apabila besar. Selain itu ada yang mencadangkan Nabila buat 4 days rules.
Sekejap je masa berlalu. Dah 6 bulan Abby Abadi dan suami menjaga dua anak angkatnya Daiyan dan Dayana. Sejak ambil dari awal lahir hingga kini, kasih sayang yang diberikan pada kedua-duanya ibarat seperti darah daging sendiri. Malah mereka juga mirip wajah Abby.Sejak mempunyai anak angkat, Abby memberi layanan sama rata pada Daiyan dan Dayana. Baginya dua-dua adalah pemberi rezeki dan membawa berkat dalam hubungan keluarganya.
Melalui apa yang selalu dikongsikan oleh Abby di instagramnya, dia sentiasa bersikap adil untuk dua anak angkat. Jika bawa keluar, kedua-duanya akan dibawa sekali. Jika bergambar pun mesti dua-dua ada melainkan salah seorang darinya tidur.
Ternyata cukup bertuah Daiyan dan Dayana dapat mama dan abah yang penyayang. Abby juga memberitahu, kedua-duanya sangat manja dan anak yang baik.
Kadang-kadang manja mengada, suka merengek, nak tidur atas dada tapi inilah kenangan yang cukup mengembirakan sejak lama tak mempunyai anak kecil.
Macam Dayana dia sangat manja dengan abah dan Daiyan pula rapat dengan mama.Abby Teruja Nak Bagi Daiyan Makan
Memandangkan Daiyan dah 6 bulan, nampak keterujaan Abby terutama untuk memperkenalkan menu baru untuk anaknya.
Selepas ini mama kena lebih kreatiflah nak sediakan menu yang sedap sebab lagi sebulan Dayana pun akan mula makan.
Sumber: ig abbyabadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.
Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.
Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
1. Exclusive Pumping
Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!
2. Kapsyen lucu
Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!
3. Suka berenang
Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.
3. Berdarah seni
Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!
4.Lahir secara caesarean
Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.
5.Roti canai telur goyang
Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.
6. Ada darah keturunan Jepun
Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Geramnya apabila si manja asyik merengek dan susah hendak tidur waktu malam. Sudah pelbagai cara menidurkan bayi dicuba, tapi hasilnya mengecewakan.
Zaman kini, ramai pula ibu bapa yang melaburkan duit untuk mainan gantung di katil bayi. Ramai yang berkongsi maklum balas mengenai mainan tersebut.
Namun sejauh manakah mainan gantung di katil bayi membantu si manja anda nyenyak tidur? Jom, kita kupas isu ini bersama-sama!
Mainan gantung mobil bayi lebih daripada sekadar benda comel yang tergantung di buaian atau katil bayi.
Mainan ini bukan sahaja dapat menenangkan si manja anda, tetapi juga merupakan salam satu cara merangsang perkembangan otak bayi anda.
Tidak ada kajian yang menyokong atau membantah penggunaan mainan gantung untuk menidurkan bayi.
Namun, pelbagai pendapat ibu bapa boleh dilihat di laman web yang berkaitan dengan keibubapaan.
Ada yang memberi tindak balas positif di mana mereka merasakan mainan gantung yang sesuai untuk masa tidur dapat membantu si kecil tidur dengan cepat dan lena.
Sungguhpun begitu, ada juga ibu bapa dan blog keibubapaan yang beranggapan ia boleh mengganggu atau melambatkan masa tidur bayi.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, mainan gantung mobil bayi tidak bertujuan untuk membantu bayi tidur. Tujuan utamanya adalah untuk merangsang perkembangan otak dan saraf.
Apabila mata bayi mengikut pergerakan mainan gantung, ia membantu menguatkan otot yang mengawal pergerakan mata. Rangsangan yang kerap akan membantu otot-otot tersebut berkembang lebih baik.
Apabila bayi anda semakin membesar dan berjaya mengawal kepalanya, bayi akan mula mengikuti pergerakan mainan gantung dengan memusing atau mengangkat kepalanya.
Otot yang mengawal pergerakan kepala akan menjadi lebih kuat dengan tindakan ini.
Sekitar usia 3 bulan, bayi anda akan mula mencapai mainan gantung, dan mula belajar mengawal pergerakan tangan mereka.
Dalam tempoh tersebut, penglihatan bayi anda telah meningkat sehingga pandangan matanya dapat mengikuti objek bergerak di mainan tersebut.
Mencapai mainan gantung juga membantu mata bayi anda memahami kedalaman, manakala otak akan memahami konsep jarak. Hal ini akan membantu perkembangan bayi dari segi kesedaran ruang.
Mempunyai mainan mobil yang berlainan dan menarik perhatian lebih bagus untuk perkembangannya.
Walaupun begitu, ia sepatutnya dikeluarkan daripada buaian atau katil bayi sekitar 5 bulan, usia di mana bayi anda mula banyak bergerak.
Menidurkan bayi bukannya kerja yang mudah. Kajian menunjukkan sekitar 25-50% bayi akan terbangun selepas tidur beberapa jam.
Mungkin anda boleh cuba beberapa cara menidurkan bayi ini dengan si comel anda ya!
Sebilangan bayi akan merengek atau menangis ketika mereka letih, sementara yang lain akan menggosok mata, termenung atau menarik telinga mereka.
Bayi anda akan cepat dan mudah lena sekiranya anda memahami tanda-tanda dia mengantuk dan menidurkannya selepas itu.
Bayi akan tidur nyenyak apabila mereka mempunyai waktu tidur dan bangun yang konsisten. Selain itu, mengurangkan tidur siang tidak akan mendorong bayi anda untuk tidur lebih awal pada waktu malam.
Sebaliknya, ia akan mengakibatkan keletihan dan bayi akan lebih susah untuk lelap.
Ibu ayah, cuba untuk wujudkan rutin waktu tidur yang konsisten, merangkumi aktiviti yang tenang dan menyeronokkan untuk bayi anda.
Pastikan rutin yang anda laksanakan seiring dengan peningkatan umur bayi anda.
Sebagai contoh, membaca buku untuk bayi sebelum tidur, menyanyi atau memandikan si manja sebelum tidur.
Ingatlah, elakkan memberi makanan kepada bayi anda hampir dengan masa tidur mereka selepas berumur 6 bulan.
Pastikan persekitaran bilik tidur anak anda sama pada waktu tidur sepanjang malam. Bayi menjadi lebih selesa jikalau terdapat rutin dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, si manja anda juga akan tidur lebih nyenyak di dalam bilik yang gelap, sejuk dan tenang.
Belum ada kajian yang membuktikan keberkesanan mainan gantung mobil bayi dengan corak tidur mereka.
Walaupun begitu, ingatlah bahawa setiap bayi berbeza sifat dan interaksi terhadap persekitaran mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.