Mimpi Jadi Kenyataan: Redza Rosli & Bella Hana Bakal Timang Anak Sulung Lelaki

Share

Pelakon popular Redza Rosli dan isterinya Bella Hana meluahkan rasa bagaikan mimpi apabila bakal menimang cahaya mata sulung lelaki tidak lama lagi. Berita gembira ini mengundang pelbagai reaksi positif daripada rakan selebriti dan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Redza Rosli & Bella Hana Luah Rasa Syukur

Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan ini meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak ternilai selepas mereka mengumumkan jantina bayi menerusi majlis gender reveal

. Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini!

Bismillahi MasyaAllah… Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat terbesar ini. Syukur atas anugerah kecil yang sedang membesar dalam diri ini. Saat yang kami impikan kini menjadi nyata  hati kami sudah pun penuh dengan kasih untukmu. Kepada anak kami, kami tak sabar nak jumpa kamu tidak lama lagi,” kongsi mereka seraya menyertakan emoji bayi lelaki.

Reaksi Peminat & Rakan Selebriti

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa agar Bella Hana dipermudahkan urusan kehamilan hingga selamat bersalin. Keikhlasan doa dan ucapan itu menggambarkan kasih sayang peminat terhadap pasangan selebriti ini.

Majlis Gender Reveal Serba Putih

Di Instagram Story, pasangan ini turut memaparkan video suasana majlis yang diadakan secara tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. Majlis tersebut berkonsepkan serba putih dengan dekorasi yang ringkas namun elegan, menjadikan suasana tampak indah dan eksklusif.

Detik paling mencuri perhatian apabila gimik utama majlis itu mendedahkan kepulan asap berwarna biru, menandakan bayi yang bakal lahir ialah bayi lelaki. Sewaktu Redza Rosli dan Bella Hana

berdiri di hadapan tetamu, kepulan asap biru itu dikeluarkan sekali gus menandakan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Detik Penuh Emosi & Kasih Sayang

Suasana bertukar penuh emosi dan kegembiraan, jelas terpancar wajah teruja kedua-dua bakal ibu dan bapa ini yang tidak mampu menahan senyuman. Detik itu menjadi kenangan bermakna buat mereka yang bakal menempuh fasa baharu sebagai ibu bapa.

Perjalanan Cinta Redza & Bella

Untuk rekod, Redza Rosli dan Bella Hana diijab kabulkan pada 21 Jun 2024. Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta musim pertama. Kini, berita kehamilan ini menjadi momen manis yang paling dinanti dalam perjalanan hidup pasangan bahagia tersebut.

Moga segalanya dipermudahkan buat Redza Rosli dan Bella Hana yang kini menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini!

Published by
Nor Yusoff