Pasar Kea Farm yang terkenal dengan kunjungan pengunjung di hujung minggu kecoh apabila sebuah kereta merempuh empat pejalan kaki di Kilometer 68 Jalan Kea Farm-Brinchang, Cameron Highlands, pada 12 tengah hari semalam.
Dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun turut sama tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun tiba-tiba terbabas ke bahu kiri jalan selepas dikatakan diserang sawan ketika memandu.
Ads
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan diserang penyakit sawan ketika memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Ads
Semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan, namun kesemua mereka disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai rekod penyakit sawan yang sedia ada.
Selain itu, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk.
Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa berwaspada Ketika berada di tempat awam dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pempengaruh yang juga anak kepada Ismail Sabri iaitu Nina Sabri berkongsi nama anak keduanya selepas selamat melahirkan cahaya matanya pada 1 Oktober lalu.
Menerusi Instagramnya, Nina dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah tapi ringkas, Heizo Nika Hafiz.
Nina menerusi entri itu juga turut berkongsi makna nama pada bayi mereka yang membawa maksud keamanan dan pelindung.
“Assalamualaikum from Heizo Nika Hafiz. Born on October 1, 2025. Weighing 3.33 kg.
✨ Heizo: Foundation of peace ✨ Nika: Victorious ✨ Hafiz: Protector
Alhamdulillah for this precious gift. You complete us, Heizo. 🤍
P/S : He stayed nestled in mommy for nine months, lepastu bila keluar muka abah and kakak je 😆 Swipe to the end to see Abah and Kakak’s baby pics,” katanya berkongsi.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Nina juga turut memuat naik beberapa gambar comel Heizo bersama kakaknya, Jeanelle Nika Mandagie. Memang comel!
Terdahulu awal tahun lalu, Nina berkongsi kisah kehamilan pertamanya bersama suami, Hafiz Osman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anaklah yang paling terkesan bila mak ayah membuat keputusan untuk berpisah. Tangisan airmata anak bongsu pengacara, Shuk yang enggan berpisah dengan ayahnya mengundang rasa hiba wargamaya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Shuk dilihat memujuk anak bongsunya iaitu Nur Assyifatu Aimi yang tidak mahu berjauhan dengan dengannya.
Tambah menyentuh hati bila air mata Aimi yang menangis tanpa henti memujuk ayahnya untuk terus ada di sisinya. Hiba.
Dikhabarkan, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama bekas isterinya, Rossa Sera manakala Shuk pula di Semenanjung selepas pasangan berkenaan sah bercerai pada Mac lalu.
“Tapi adik nak tidur dengan ayah. Adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” luah Aimi.
Tidak mahu anaknya terus menangis berpanjangan, Shuk dilihat membawa anak-anaknya berjalan dan berusaha memujuk dengan membelikan beberapa makanan ringan sebelum berpisah.
Namun anak kecil itu kembali hiba sebaik menyedari bakal berpisah dengan ayahnya.
“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok. Ayah sayang Ain dengan Aimy,” luah Shuk hiba.
Suasana menjadi lebih hiba saat Shuk berpisah dengan anak kecil itu. Warganet turut meluahkan rasa sebak dan sayu melihat keakraban anak kecil itu yang begitu menyayangi ayahnya.
Terdahulu, Shuk dan Rossa Sera sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4 melalui perkahwinan mereka pada tahun 2015.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Sungai Long apabila jenazah Allahyarham Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9 tahun, selamat dikebumikan kira-kira jam 8.40 malam. Dalam suasana yang hening dan penuh kesedihan, ahli keluarga serta kenalan terdekat hadir mengiringi perjalanan terakhir si kecil yang pergi dalam keadaan tragis.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Kajang selepas selesai proses bedah siasat pada jam 3.47 petang. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan sebelum dihantar ke tanah perkuburan. Setiap langkah perjalanan terakhir itu diiringi air mata yang tidak mampu ditahan oleh mereka yang mengenali arwah Adik Qaseh.
Kisah kehilangan Adik Qaseh bermula apabila dia dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika ingin mengambil bola berhampiran Kondominium Seri Hijau, Bandar Mahkota Cheras. Kejadian yang berlaku itu akhirnya membawa kepada operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama tiga hari penuh debaran dan harapan.
Sepanjang tempoh tersebut, keluarga dan orang ramai tidak putus-putus berdoa agar keajaiban berlaku. Harapan terus disandarkan agar Adik Qaseh ditemui dalam keadaan selamat, namun takdir menentukan sebaliknya.
Namun, harapan itu bertukar menjadi duka apabila jasad arwah ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air pada jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat, kira-kira 10.6 kilometer dari lokasi kejadian. Penemuan itu mengakhiri penantian keluarga, namun meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Berita penemuan tersebut tersebar pantas dan mengundang rasa sebak dalam kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan kes Adik Qaseh sejak hari pertama kehilangannya.
Paling meruntun jiwa adalah luahan datuknya, Zulkarnain Ahmad, 57, yang jelas menanggung kesedihan mendalam atas kehilangan cucu tersayang. Dalam nada yang sebak, beliau meluahkan rasa syukur kerana jasad cucunya akhirnya ditemui walaupun hakikat itu amat perit untuk diterima.
“Saya bersyukur kerana selepas tiga hari menunggu tanpa cukup tidur dan tak lalu makan akhirnya cucu sudah ditemukan. Semua ini ketentuan Allah SWT dan kami reda,” katanya.
Di sebalik kata-kata reda itu, jelas terpancar luka di hati seorang datuk yang kehilangan insan kecil yang begitu dekat di hatinya. Zulkarnain berkongsi bahawa kali terakhir mereka bertemu adalah kira-kira dua minggu lalu, ketika arwah datang melawat dan mereka sempat makan bersama. Kenangan itu kini menjadi memori terakhir yang terpahat dalam ingatan tentang Adik Qaseh.
Menurutnya lagi, arwah seorang kanak-kanak yang ceria, mudah mesra dan disenangi ramai. Kehilangannya amat dirasai seluruh keluarga, lebih-lebih lagi oleh ibu bapa dan adik-beradik, terutama abang keduanya yang sangat rapat dengannya.
Keceriaan Adik Qaseh sebelum ini kini hanya tinggal kenangan, namun sifat baiknya terus disebut-sebut oleh mereka yang pernah mengenalinya.
Pemergian Adik Qaseh bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, tetapi turut menyentuh hati masyarakat yang mengikuti perkembangan kes ini sejak awal. Tragedi ini menjadi peringatan betapa pantasnya sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku, meragut kebahagiaan dalam sekelip mata.
Kini, arwah telah selamat disemadikan. Namun, kenangan bersama si kecil yang ceria itu akan terus hidup dalam hati mereka yang menyayanginya. Tangisan mungkin akan reda dengan waktu, tetapi kehilangan ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh keluarga dan mereka yang tersentuh dengan kisah Adik Qaseh.
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.