Halba sejenis rempah yang digunakan dalam masakan tetapi khasiatnya untuk kesihatan begitu banyak. Dengan harganya yang murah sangat berbaloi untuk diamalkan.

Bagi golongan wanita, halba ini sangat bagus untuk kesihatan dalaman jika diamalkan secara berterusan. Bukan itu saja bagi ibu menyusu badan, halba juga dikatakan mampu menambahkan susu badan. Jadi tak perlulah nak beli milkbooster yang mahal di pasaran.

Rendaman Halba Lemon Madu Bagus Untuk Kesihatan Dalaman & Tingkatkan Tenaga Ibu

Bukan untuk wanita saja, orang lelaki pun elok juga diamalkan kerana khasiatnya untuk memberi tenaga secara semulajadi dan menyegarkan badan yang lesu.

Perkongsian dari Puteri Kasim mengenai khasiat Teh Halba Lemon Madu ini boleh dicuba dan diamalkan.

Halba ni boleh di rendam dalam air panas 10 minit atau pun rebus.

IKLAN

Halba ni bagus untuk dalaman kita, lagi-lagi wanita. Yang ada masalah kesuburan boleh cuba ikhtiar amalkan.

Umumnya air ni boleh diamalkan oleh semua orang kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan diri.

Rendaman Halba Lemon Madu Bagus Untuk Kesihatan Dalaman & Tingkatkan Tenaga Ibu

Bahan simple :

IKLAN

Madu
Lemon
Halba

Cara-caranya:

Boleh pilih nak rendam atau rebus. Tak ada masalah. Kalau rendam mesti dalam 10 minit dalam air panas tau.

Rendaman Halba Lemon Madu Bagus Untuk Kesihatan Dalaman & Tingkatkan Tenaga Ibu

IKLAN

Khasiat air halba

Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb

1. Mencuci perut
2. Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
3. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
4. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
5. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
6. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
7. Membantu masalah kegemukan *mengurangkan berat badan
8. Menguatkan fungsi jantung
9. Merawat masalah sembelit & buasir
10. Melancarkan perjalanan darah
11. Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid )
12. Melegakan masalah sakit kepala / migraine
13. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim *ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
14. Mengetatkan & meremajakan rahim
15. Menghilangkan lendir & sakit tekak
16. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
17. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
18. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
19. Memperbanyakkan air susu ibu
20. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
21. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
22. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
23. Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi

Sumber: Puteri Kasim

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI