Pagi raya seakan tidak lengkap tanpa menjamah hidangan rendang bersama ketupat dan nasi impit. Tambah lagi resipi nenek-nenek yang sedapnya lain macam.

Resipi turun temurun dari arwah nenek ini wajib anda cuba untuk pagi raya nanti. Memang sedap!

Kalau nak makan rendang arwah nenek, hanya mak saya sahaja yang akan buat setiap tahun sebab mak saya duduk dengan arwah nenek. Inilah antara menu di mana arwah akan masak untuk waktu berbuka hari pertama puasa.

Arwah nenek suka rendang ada kuah-kuah sikit. Jadi begini sajalah. Rasanya sedap. Secukup rasa. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang memang ‘mengancam’.

Bahan-bahan:

1kg daging
8 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Seinci halia*
Seinci lengkuas*
2 3 inci kunyit hidup*
5 batang serai*
20 tangkai cili api*
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Santan secukupnya
Asam keping
Daun kunyit
Daun limau purut
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula melaka
Garam secukupnya

IKLAN

Resepi Rendang Daging Cili Padi Berempah, Air Tangan Nenek, Memang Power!

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan daging dan potong mengikut lawan urat.

2. Kisar semua bahan bertanda (*) di atas dan tumis di dalam kuali.

IKLAN

3. Kemudian, masukkan daging yang sudah dibasuh dan tunggu sehingga air daging habis.

4. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih.

5. Bila air daging dah keluar, masukkan santan 1 kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi.

6. Perlahankan api dan tutup kuali. Biarkan daging lembut sehingga rendang pekat. Reneh lebih kurang selama 1 jam 30 minit. Jengah-jengah sekejap dan kacau ye.

IKLAN

7. Bila daging dah lembut, rendang dah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping, hirisan daun kunyit, daun limau purut, 2 sudu besar kerisik dan 2 sudu besar gula melaka asli yang dihancurkan.

8. Letak garam macam biasa dan tutup api.

Jom cuba!

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI