Oat memang diyakini baik dan cukup sihat untuk kita. Ibu yang mahu berdiet atau sedang berpantang begitu disarankan untuk mengambil oat jika ingin menggantikan nasi. Bagaimana nak variasikan hidangan oat jadi lagi berselera?

Idea kreatif dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama boleh cuba. Cukup simple dan sedap. Jom cuba!


Hari ni kita nak masak sesuatu yang mudah dan sihat. Kita makan bubur, tapi tak guna beras.

Kita guna oat sahaja. Selalu orang makan oat dengan buah dan madu, hari ni kita tukar selera!

Oat Gurih (Savoury) by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan: (2 orang makan)
10-15 sudu “oat cepat masak”
2 butir telur
1 tangkai daun bawang
2 ulas bawang putih
½ inci halia
4 biji cendawan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar emping cili
½ kiub pati ayam

OK ni oat yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh, tapi pilih oat yang “quick cook” sebab ia lebih cepat dimasak berbanding oat biasa. Yang ini, 2 minit dah kembang.

Telur ini saya akan “poach”. Maksudnya keluarkan isinya dari cengkerang dan masak di dalam air yang mereneh. Tadi dah buat satu, tapi kuning terpecah pula. Haha! Ini telur kedua. Poach 2-3 minit, dan tos.

IKLAN

Tadi pesan supaya sediakan siap-siap semua bahan, tapi saya sendiri terlupa keluarkan cendawan. Haha! Hari ni saya gunakan cendawan shiitake segar. Cuci, dan hiris nipis.

Tumis bawang putih dan halia yang telah dicincang. Saya malas, saya ketuk je bawang putih dan halia tu dengan sisi pisau.

OK masukkan cendawan tadi dan tumis sampai layu sedikit. Kalau kering sangat, letak sesudu air. Shiitake segar ni, bau dia tak kuat macam shiitake kering.

OK letak sedikit kicap cair, atau kicap perasa (seasoning). Kicap ni masin, jadi berpada-pada bila gunakannya. Nak gantikan dengan kicap lemak masin pun boleh sahaja.

IKLAN

Panaskan air sehingga menggelegak, kecilkan sikit api, dan masukkan oat kita. Kemudian reneh sampai dia kembang. Saya guna secawan air, tapi kalau kalian suka bubur yang lebih cair, maka lebihkan air.

Boleh gunakan kiub perasa ayam atau ikan bilis. Nak lebih sihat, gunakan air rebusan ayam. Kalau tak mahu letak apa-apa perasa tambahan, boleh langkau. Cuma kena tambah garam sedikit.

Oat dah jadi bubur! Nampak macam tak menyelerakan, kan? Sabar. Tunggu kita letak dalam mangkuk dan hias dengan lauk iringan dia. Mesti mengalir air liur.

Dah letak dalam mangkuk, dah letak telur, dah letak cendawan, dah tabur cili emping dan daun bawang, maka kita boleh renjiskan sedikit minyak bijan dan kicap cair untuk menaikkan selera!

IKLAN

Ini dia bubur oat kita! Sedap weh! Masin, pedas, dan berlemak (kuning telur). Sesuai dimakan sewaktu sarapan, atau waktu tak sihat. Lauk iringan tu boleh tukar ikut selera dan kreativiti kalian.

Close up! Fuh, leleh! Jemput makan!

Beli Oat Di Sini

Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)