Jika sebelum ini kita sediakan jagung segar dalam penghasilan cekodok jagung, apa kata kali ini kita ubah kelainan menggunakan jagung krim dalam tin pula dalam cekodok kita. Rasanya lebih manis dan berlemak.

Nak lebih sedap lagi, tambahkan sedikit susu pekat manis. Lagi sedap. Jom cuba resipi perkongsian Pn Suraya Yaacob.


Nah idea untuk korang minum petang. Cekodok jagung lemak manis berkrim disukai ramai. Resepi pada gambar. Cekodok kembong helok tak yah guna air panas.

Rasa dia sedap lemak manis wangi bau jagung. Anak-anak pun suka.

Resepi ni untuk ½ kilo tepung gandum. Jagung tu memang guna setin ye baru sedap. Nak tukar guna jagung fresh pun boleh, nak tukar guna jagung dalam tin yang takde krim tu pun boleh. Tp saya suka jagung berkrim, lagi sedap rasa dia.

Susu pekat dengan planta tu kalau tak de boleh skip je, saya letak nak bagi dia rasa lemak-lemak gitu.

Gula 5 sudu makan tak manis ok. Dia rasa manis jauh-jauh je. Kalau saya buat makan sendiri saya suka letak 7-8 sudu baru rasa manis dia. Air tu guna air paip biasa je takyah guna air panas ke air bertapis ke. Simple je.

IKLAN

Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 tin jagung manis
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan butter/planta
5 sudu makan gula pasir
1 sudu makan mauripan
Air secukupnya

Campurkan semua bahan kering dan gaulkan rata.

Masukkan bahan basah dan akhir sekali masukkan air. Kacau sebati.

IKLAN

Kalau adunan rasa tawar, tambahkan sedikit gula lagi. Gaul sebati.

Kemudian perap adunan seketika selama 30 minit.

IKLAN

Lepas setengah jam, adunan dah naik. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.

Gunakan hujung jari dan goreng cekodok hingga kekuningan.

Siap!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!