Tak perlu menunggu waktu musim perayaan, kini biskut raya sentiasa dijual di pasaran. Tidak menjadi satu kesalahan juga untuk kita menyediakannya di rumah sebagai kudapan petang anak-anak. Maklumlah PKP yang lama membuatkan anak-anak sentiasa kelapan di rumah.

Resipi ringkas yang dikongsikan oleh AnNur Lawi ini memang awesome. Biskutnya cukup rangup dan sedap. Confirm tak sampai sehari, anak makan habis sebalang.


Alhamdulillah menjadi biskut cornflakes coklat chip. Since ada yang bertanyakan resipi, saya kongsikan resipi dari Cik/Puan Syuhada Che Din. Jangan derhaka dari resipi di bawah, ikut sebiji resipi.

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

IKLAN

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

 

Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

IKLAN

Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

IKLAN

Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Biskut Red Pearl Coklat Chip, Gaul & Bakar, Tak Perlu Tunggu Raya B

Biskut Cornflakes Rangup Chocalate Chips, Gaul & Bakar 20 Minit Saja, Memang Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)