Salah satu resipi yang begitu mudah disediakan pastinya adalah donat. Namun membuat donat tidak semudah yang disangka. Donat perlu diuli dengan baik, barulah menjadi kembang cantik dan gebu.
Bagi yang tidak begitu yakin untuk membuat donat, perkongsian resipi Pn Nurjuwaini Aziz ini anda boleh cuba. Pasti menjadi!
Pernah dulu ambil order buat donut. Pukul 4 pagi dah bangun nak menguli tepung. Buat dalam 4kg tepung. Dapat la dalam 200 biji. Donut kampung je. Uli pun pakai tangan.
Nak beli mixer tak berani. Sebab masa tu duit pun cukup-cukup nak rolling modal. Alhamdulillah sempat juga buat selama 3 tahun.
Selepas tu ambil keputusan untuk tempah kat orang je. Sebab saya tahu. Buat kuih ni penat. Nak jual mahal orang fikir empat belas kali. Padahal nak buat dia memerlukan masa, kudrat dan tenaga.
Memang saya salute pada penjual kuih. Kalian memang hebat. Tetiba rasa nak mendonat. Marilah saya share resepi mendonat. Simple je. Follow je step by step. Saya bagi siap gambar. Newbie pun boleh pandai buat ni. Boleh buat untuk jualan juga. Sila lah ye.
Bahan-bahan:
Tepung gandum 1kg
Marjerin 4 sudu
Yis 1 paket
Susu pekat 4 sudu
Garam 1 hujung sudu kecil
Air suam 2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor untuk dibedak nanti
Swipe gambar. Selamat mendonat.
Masukkan sedikit garam dan yis. Kacau dan ketepikan.
Ads
Masukkan 1kg tepung gandum ke dalam besen dan gaulkan bersama 4 sudu marjerin. Ramaskan tepung dan marjerin.
Kemudian, ambil yis yang sudah kembang tadi, tuang ke dalam adunan tepung.
Uli sampai jadi begini. Dah siap uli, boleh wrap bahagian atas besen. Supaya doh mengembang dengan cepat.
Dalam 30 minit, doh dah kembang. Boleh tumbuk-tumbuk tepung untuk keluarkan angin.
Ads
Tabur tepung atas roller dan dulang. Ambil sedikit doh, terapkan di atas papan. Boleh guna acuan donat. Kalau takde, boleh je guna bahagian atas cawan. Cawan ni lah saya guna untuk sukat air suam tadi.
Yang terap guna cawan, boleh guna hujung jari untuk lubangkan donat. Baru ada rupa donat.
Susun atas dulang begini.
Panaskan minyak. Goreng donat. Pastikan minyak betul-betul panas, tetapi tidaklah terlalu panas. Boleh try goreng sebiji dulu begini untuk lihat rupa kejadian donat.
Ads
Toskan donat yang sudah digoreng.
Kemudian bedakkan donat dengan gula kastor. Sedia dinikmati.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan idea yang sama setiap hari, apa kata cuba resipi yang satu ini sebagai sajian minum petang anda dan keluarga. Puding Pisang Bersos Kastard ini lain dari yang lain. Rasanya cukup enak. Lagi-lagi digabungkan dengan pisang yang digoreng dengan sedikit marjerin. Harum baunya. Tak ada pisang nangka, pisang apa pun boleh.
Resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat dan Linda Zaid ini memang sedap. Apa lagi dimakan ketika pisang goreng masih panas. Paling menarik, cara hendak menyediakannya amatlah mudah. Jom cuba!
Idea minum petang harini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan!
Bahan-bahan:
Pisang nangka -di goreng dengan sedikit Planta.
Sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
Sehelai daun pandan disimpul
Goreng pisang dengan sedikit planta hingga masak. Ketepikan.
Masak semua bahan sehingga pekat.
Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuang kan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.
Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.
Sumber: Noriza Awang Hamat & Linda Zaid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh PKP, perut asyik lapar saja. Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih-muih untuk dicuba. Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik.
Pn Ziela Lewis via grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) telah berkongsi resipi membuat doh untuk kuih seperti donat, rol sardin, roti Thai, donat sambal, roti sosej dan banyak lagi.
Donat pelbagai perisa. Warna pun macam-macam. Cantiknya!
Ikuti perkongsian resipi satu doh ini.
1 Resipi, Olah Jadi Macam-Macam Kuih
Hanya brbekalkn 1 rsepi… Macam² kta bole olah….😍😍😍 Lpas ni bole ibu² tkr² menu utk anak2 plk🤭🤭
Bahan-bahan:
½ kg tepung gandum (sya guna cap kunci)
3sb majerin
*½pack yis
*1sb gula
2sb susu pekat
1st garam
Air secukupnya
Roti Thai, inti boleh pelbagaikan. Sedapnya!
Cara-cara:
1. Satukan bahan yang bertanda * dgn air suam. Biarkan hingga kembang (asingkan).
2. Campurkan tepung & majerin ,susu pekat,garam. Ramas shingga menjdi serbuk roti.
3. Campurkn yis td uli lagi. Masukkan air sikit-sikit dan uli lagi sampai adunan sebati. (Air kena agak-agak sendiri ye).
4. Uli shingga doh tak melekat di jari.
5. Perap doh tadi dlm 45 minit. Lepas 45 minit, ambil doh buang angin sikit-sikit.
6. Kemudian bolehlah start bulatkan dan bentukkan doh tadi.
7. Bila da siap bentuk, tunggu lagi dalam 30 minit untuk dia mengembang.
8. Baru boleh menggoreng. Siap!
Selamat mencuba 🥰🥰👍🏻👍🏻…
Resipi ni boleh juga digunakan untuk buat rol sardin.
Tonton video ini untuk mengetahui tentang TERSEDAK SUSU:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Choux pastry yang sempurna adalah lembut, ringan, berongga dengan ruang udara dan berlapis di dalamnya.
Antara yang dihasilkan dari choux pastry adalah cream puff, profiteroles, eclair dan churros. Bahan-bahan membuatnya sedikit, langkahnya juga mudah tetapi ramai juga yang “fail” dan give up bila membuat choux pastry kerana tidak mengikut tekniknya dengan betul.
Celup jari dalam air untuk meratakan puncaknya dan renjis atau spray puff dengan air sebelum membakarnya. Fungsi air adalah untuk menghasilkan wap yang dapat membentuk rongga di dalam choux pastry.
Jom ikuti cara penyediaan cream puff yang cantik!. Simple sahaja resepinya.
Legakan Pernafasan Si Manja dengan Teknik Percussion
Masalah pernafasan seperti batuk berkahak atau selesema sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Disebabkan sistem pernafasan...