Bagi yang pernah menikmati semangkuk Kueteow Theng’ pasti tak cukup semangkuk. Pasti bertambah. Resipi sup simple dengan minyak bawang putih ini memang lain dari yang lain.
Resipi perkongsian mama Aisha Shukor ini mama wajib cuba. Sedap sungguh!
Sumpah sedap “Kueyteow Th’ng”. Done puji diri sendiri tapi memang tak percaya hasil kajian sendiri dan olah cara sendiri, hasilnya Masha Allah. Tak percaya, sila cuba. Cara campak-campak je ni..yang mudah dan cepat je. In Sha Allah korang tak menyesal.
Bahan-bahan:
Ayam -potong kecil
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Fishball, fishcake
2 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit lada sulah
Garam
Bahan Minyak Garlic
8 ulas bawang putih -chopped halus
Cili padi + kicap cair
Garlic Oil wajib
Lobak masin (ni tambah sendiri sebab kami suka hihi)
Daun bawang hiris
Kueyteow haluihhh
Taugeh
Satu kuali air didihkan, masuk bawang merah, bawang putih.
Ads
Masuk ayam yang dipotong kecil. Orang lain buat letak seketul-seketul besar, rebus dan angkat, ayam letak asing. Si ecah tak rajin, kita lebur je sekali semua.
Bila ayam dah empuk, masuk fishballs dan fishcake dan kiub pati ayam. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Minyak bijan satu sudu besar. Minyak bijan ni banyak kebaikannya. Jangan lupa sedikit lada sulah. Biar sup menggelegak.
Ads
Ni cara buat garlic oil, panaskan minyak lebih sikit dan tumis api sederhana.
Bila dah kekuningan camni, tutup api tapi masih teruskan kacau je sebab kalau tak, dia jadi hangit.
Ads
Kita nak elok brownish cantik camni. Siap garlic oil!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti kukus tak lengkap rasanya jika tidak digabungkan dengan pandan kaya yang sedap. Bosan makan di kedai, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pulak untuk anak-anak.
Buat kaya pandan. Kukus roti pastu makan dengan homemade kaya memang wow gituu. Makan berebut-rebut pulak tu, puas sangat rasa.
Bila buat kaya sendiri ni manis pun boleh dikurangkan ikut suka kita. Cubalah demeh kalau nak buat kaya ni.
Makan Nugget Je Dah Bosan, Rasanya Elok Mama Buatkan Pula Mini Tortilla Nuget Ayam Ni!
Melayan selera anak-anak tidak dinafikan kita sebagai mama perlulah kreatif. Jika asyik dijamu dengan menu yang sama seperti nugget goreng sehaja, tentu anak-anak bosan.
Jadi apa kata kali ini kita suntik rasa keterujaan anak-anak menjamah hidangan dengan menyajikan menu Mini Tortilla Nugget Ayam seperti yang dikongsikan oleh Jaja Ramli. Menyediakannya juga cukup mudah dan pasti ketika menikmatinya anak-anak berasa kenyang dan puas hati.
Ekstra tips: Untuk pastikan salad kekal segar pastikan direndam terlebih dahulu dengan air garam buat seketika. Kemudian toskan.
Cara penyediaan :
1.Panaskan terlebih dahulu roti tortilla di dalam kuali. Balik-balikkan beberapa saat kemudian lipat dua untuk nampakkan garisan. Nanti senang nak potong dua.
Potong dua roti tortilla seperti ini.
Letakkan roti di dalam pinggan dengan kedudukan seperti ini. Kemudian letakkan mayonis dan sos cili atau sos lain yang digemari.
4.Letakkan salad di tengah-tengah dan kemudian letakkan nugget yang telah digoreng.
Kemudian lipat bahagian kiri dan kanan ke tengah menjadi seperti ini.
Kemudian ambil kertas pembalut burger ni, dan kemudian di potong empat. Setelah itu lipat bahagian bucu bawah seperti ini.
7.Setelah itu letakkan roti itu di atas garisan seperti di dalam gambar.
Lipat kemas dan sedia untuk dihidang atau dimasukkan ke dalam bekas untuk anak-anak bawa ke sekolah.
9. Siap dan sedia untuk dinikmati atau dijadikan sebagai bekal anak-anak ke sekolah.
Ada anak-anak yang susah sangat nak makan nasi dan juga sayur. Puas si mama pujuk tapi selalu ditolak. Mama boleh cuba resipi potato rice ball yang mana bahan-bahanya cukup khasiat. Kena lebih kreatif untuk tarik minat si kecil terhadap makanan. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
💓 POTATO RICE BALLS VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 cawan ubi kentang ( dah direbus & dilenyak )
1/2 cawan dada ayam ( dah direbus & dicincang )
2 sb lobak merah ( dah diparut )
1 sb serbuk bilis groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk daging groomy ( Dila My )
1 sb serbuk keju groomy ( Dila My )
1/2 sb serbuk lobak Baby Food Homemadebyibuanis HQ ( Dila My )
1/2 sb serbuk sayur Ibu Anis ( Dila My )
1/2 cawan tepung jagung
Cara-cara:
Satukan ke semua Bahan Bahan dan kacau sebati.
Pastikan adunan menjadi doh yang tidak terlalu keras mahu pun terlalu lembut.
Sapukan telapak tangan dengan sedikit minyak.
Kemudian ambil sedikit doh tersebut dan bentukkan menjadi bebola.
Ulang proses sehingga selesai.
Boleh juga dimasukkan inti keju di dalam doh bebola jika suka.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan gorengkan bebola sehingga garing dan keperangan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh dengan skrin, peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga anak, tapi juga membimbing mereka menavigasi dunia digital dengan...