Setiap kali tibanya bulan Ramadan, Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka. Namun, ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun, Rahmah Hashim atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Cik Mah’.
Menariknya, dalam tempoh kurang sejam sahaja selepas jualan dibuka, kuih talam beraneka jenis yang dijualnya laris terjual. Pelanggan setia dan pencinta kuih tradisional sanggup beratur awal demi mendapatkan kuih talam Cik Mah yang terkenal dengan rasanya yang asli dan memikat selera.
Resipi Sejak Usia 20-an Kekal Digunakan
Menggunakan resipi yang dihasilkan sendiri sejak usia 20-an, Cik Mah telah berniaga kuih talam selama lebih 40 tahun. Keunikan rasa dan tekstur kuih yang dihasilkan membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan ramai, terutamanya ketika bulan Ramadan.
Ads
Menurut anak lelakinya, Ishammudin Isahak, 37, ibunya tetap mengekalkan cara penyediaan tradisional bagi memastikan setiap kuih talam yang dihasilkan tidak berubah rasa.
Ads
Pelbagai Jenis Kuih Talam Menjadi Tarikan
Ads
Di gerai kecilnya, Cik Mah menawarkan pelbagai jenis kuih talam. Setiap jenis kuih talam ini dihasilkan dengan penuh teliti bagi memastikan tekstur yang lembut serta keseimbangan rasa manis dan lemaknya yang menjadi kegemaran pelanggan.
Setiap tahun, kehadiran kuih talam Cik Mah di bazar ini menjadi sesuatu yang dinantikan oleh pelanggan setia. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai keenakan kuih talam yang sukar didapati di tempat lain.
Dengan sambutan yang tidak pernah surut, kuih talam Cik Mah terus menjadi warisan rasa yang tidak lapuk dek zaman. Kepada sesiapa yang ingin merasai keunikan kuih talam asli, gerai Cik Mah di Bazar Ramadan Klebang Restu pastinya destinasi yang tidak boleh dilepaskan!
Seorang bayi kecil tidak pernah memilih bagaimana kisah hidupnya bermula. Namun sebagai orang dewasa, kitalah yang bertanggungjawab memastikan setiap anak mendapat hak untuk disayangi dan dilindungi.
Itulah yang sedang dilalui oleh seorang jururawat muda, Aishah Rahim, 25, yang kini berusaha menjejaki ibu kandung kepada seorang bayi lelaki bernama Darwish Ilham. Bayi ini baru berusia dua bulan, namun kisah hidupnya sudah menyentuh hati ramai dan membuka mata masyarakat tentang pentingnya tanggungjawab terhadap anak.
Menurut Aishah, Darwish Ilham dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 26 Disember 2026 sebelum diserahkan kepadanya oleh ibu kandung bayi tersebut. Sebagai seorang jururawat, naluri keibuannya pasti tersentuh melihat seorang bayi yang memerlukan penjagaan dan kasih sayang yang secukupnya.
Namun, di sebalik keprihatinan itu, Aishah sedar bahawa ada perkara yang perlu diselesaikan demi masa depan Darwish Ilham. Beliau kini sedang berusaha mencari ibu kandung bayi tersebut yang dikenali sebagai Farah Rasidi, 36, bagi memastikan segala urusan penjagaan dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut prosedur yang sepatutnya.
Apa yang lebih meruntun hati, menurut Aishah, bayi tersebut telah diserahkan kepadanya pada 12 Februari 2026 di hadapan seorang pegawai polis di Balai Polis Wangsa Maju. Selepas kejadian itu, ibu kandung Darwish Ilham tidak lagi dapat dihubungi sehingga kini.
Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan, terutama berkaitan masa depan bayi tersebut. Tanpa kehadiran ibu kandung, segala urusan rasmi menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan.
Aishah kini mengambil langkah berani dengan tampil mencari ibu kandung Darwish Ilham, bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi demi memastikan kebajikan bayi ini terus terjamin.
Beliau berharap agar ibu kandung bayi tersebut, atau sesiapa yang mengenali Farah Rasidi, dapat tampil membantu. Sebarang maklumat amat bermakna dalam usaha menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik untuk semua pihak, terutamanya untuk Darwish Ilham yang masih terlalu kecil untuk memahami apa yang sedang berlaku.
Dalam kes seperti ini, tindakan yang betul amat penting bagi memastikan hak bayi terpelihara. Proses dokumentasi, penjagaan sah, dan pengesahan identiti ibu bapa adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian serius.
Usaha Aishah ini bukan sahaja mencerminkan sifat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga kesedaran tentang pentingnya memastikan masa depan Darwish Ilham tidak terabai.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan ibu kandung bayi ini, anda boleh menghubungi Aishah Rahim di talian 017-3151708.
Kisah ini juga mengingatkan kita bahawa setiap tindakan yang diambil oleh orang dewasa memberi kesan besar kepada kehidupan seorang anak kecil. Semoga segala urusan dipermudahkan dan bayi ini membesar dalam keadaan yang selamat, stabil, dan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alam berumah tangga memang cukup indah. Pun begitu banyak pasang surutnya, banyak dugaannya dalam melayari bahtera. Suami, yang mengetuai kapal memainkan peranan cukup penting. Tanpa ilmu, rumah tangga akan menjadi suram. Sentiasalah mendapatkan nasihat dan panduan bagi membimbing anak dan isteri agar menjadi insan yang lebih baik.
Ustaz Don Daniyal Don Biyazid, penceramah tersohor kita tidak kurang juga berkongsi ilmu dalam bab berumah tangga. Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kelapan baru-baru ini, Ustaz Don turut berkongsi tip dan menitipkan pesanan ilmu berumah tangga buat para suami.
Dua perkataan iaitu tanggung dan jawab, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Aku Suami
Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok.
Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tips Suami perkahwinan 8 tahun yang saya amalkan.
(P/s: Maksud 8 tahun ni, dah lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau orang tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata orang tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan. Terima kasih orang tua tua ataih nasihat. Point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa) Petua yang saya amal dan amik dari orang-orang lama.
1. Tanggungjawab
Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main mesej dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah. (P/s: lepaih baca ni saya tau, ramai yang nak sambung tulih… kan, sila tulih diruangan komen no che no…)
2. Sembahyang Berjemaah
Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.
Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalau…bagi masa, agak-agak lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut dan minta pi sembahyang.
Jangan la buat chengé tak memasai… relaks la… Nabi Muhammad ﷺ dengan keluarga pun relaks. Kalau susah, biasalah. Bukan kita kawen dengan anak Nabi Shuib AS.. so, relaks. Ok.
Rezeki akan menyusul jika betulkan 2 perkara
Begitu yang dikongsikan oleh beliau. Benar, jika tanggungjawab dan urusan dengan Allah kita pelihara, Allah akan mudahkan rezeki dan yang lain-lainnya. Tiga perkara ni kata jangan kita anggap sukar tetapi pasti ada untuk kita bersama isteri dan anak-anak kelak.
Bawah ni akan mai, bila ada 2 yang ataih ni…
1. Rumah
Bagi rumah yang selesa. Sewa pun tak apa. Kecik bukaan dia pun tak apa. Beli pun tak pa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
2. Kewangan
Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.
3. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever!
Apa pandangan kawan2??? Boleh komen n bagi pandangan.
وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
“Saya dan keluarga tidak pernah tubuhkan apa-apa tabung bagi kutip sebarang dana untuk lima anak-anak arwah.
“Jangan ambil kesempatan atas cucu-cucu mak cik, mereka bergelar anak yatim, kasihani mereka,”
Begitulah antara luahan terkilan dengan pihak yang mengambil kesempatan kala mereka sekeluarga sedang berduka kehilangan insan tersayang.
Ibu Mohd Ridzwan, Ramlah Kasiran, 56, berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat individu cuba mengutip derma atas kesusahan dialami keluarga terutama anak-anak arwah.
Namun, dia mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu membantu memberi sumbangan kepada cucu-cucu yatim piatu.
“Insya-Allah, makcik mengalu-alukan sumbangan untuk membantu makcik membesarkan lima beradik ini. Banyak pihak hulurkan bantuan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu, pihak sekolah dan syarikat.
JAGA AMANAH
Kala kesedihan yang tiada yang masih berbekas, dia mengakui sudah dua hari tidak boleh melelapkan mata memikirkan masa depan cucu-cucunya.
“Alhamdulillah makcik sihat, pakcik kurang sihat ada kencing manis dan darah tinggi. Pakcik kerja pendapatan tidak menentu.
“Walau apa pun keadaan, makcik dan pakcik akan jaga amanah ini dengan baik. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami sekeluarga termasuk pihak media,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasaraya Econsave Mas Imran Adam menyerahkan sumbangan barangan keperluan RM1,000 termasuk lampin pakai buang dan susu tepung.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 151294823866 atas nama Ramlah Kasiran.
Untuk info, dalam kejadian pukul 4 pagi Sabtu lalu, pasangan terbabit, Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35, yang menaiki motosikal dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk di simpang empat lampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid di sini.
Mohd Ridzwan yang bekerja sebagai pemandu lori SWM manakala Linda yang bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya); Muhammad Ikmal Danish Abdullah, 15; Nur Shahkira Mohd Redzwan, 14; Nur Shahmira Mohd Redzwan, 12, dan Nur Aisyah Humairah Mohd Redzwan, 3.
Sumber: Buletin TV3 & Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!