Memasak saban hari dengan menu berkuah, bertumis dan sebagainya menjadikan kita mula bosan dengan menu yang sama. Sesekali kita ubah kelainan dalam rasa dengan menu ringkas tapi cukup kebabom.

Resipi daging perap dengan sos pencicah antara menu ringkas yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Namun mencari sos perapan yang senang dan paling penting sedap dan serasi rasanya dengan kita sedikit menyukarkan. Apa kata kali ini kita cuba pula resipi ini. Memang mantap!

Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap, Daging Pun Bukan Main Lembut, Ini Rahsianya!


Kalau ada lebihan daging Qurban lagi boleh buat. Semalam mummy buat semua tetamu memuji, mummy suka hati. Daging Bakar acah-acah Daging Harimau Nanges.

2 kilo daging (daging batang pinang lembut) rebus besar-besar dalam pressure cooker
Dah siap empuk, Angkat dan gaulkan sos.

Bahan sos:
5 sdb sos cili Maggi
5 sdb sos tiram-Seafood Adabi
6 sdb sos black pepper
6 sdb sos ikan
1 1/2 sdb black pepper guna dalam botol yang berbiji halus
2 sdb gula
Sedikit garam
1/2 cawan minyak

Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap, Daging Pun Bukan Main Lembut, Ini Rahsianya!

IKLAN

Bakar sekejap untuk bagi sedikit garing. Guna Air Fryer.

Lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.
Daging tu bila angkat letak dalam pinggan sapu lebihan sos yang ada.

Atau cara lain, daging tak perlu rebus hanya perap dengan semua bahan dan perap semalaman. Bakar sampai masak. Cara ini daging lebih berjuicy.

Sos pencicah-
1 cawan air suam
Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
3 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
3-5 sdb gula kabung Thai
15 cili padi merah Thai tumbuk
10 ulas bawang merah hiris nipis
5 ulas bawang putih dadukan halus
Sedikit cili sos- tak letak pun ok
1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbok
Daun ketumbar hiris nipis

Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap, Daging Pun Bukan Main Lembut, Ini Rahsianya!

IKLAN

Campurkan semua bahan. Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika suka.

Bancuhan sos kalau tak guna tepung jagung tak payah masak pun tak pa.

Siap!

Menarik: Puding Karemel Butterscotch 5 Bahan, Ni Rahsia Puding Elok Tak Berlubang & Pecah

IKLAN

Resipi Perapan Daging Jadi Lagi Sedap, Daging Pun Bukan Main Lembut, Ini Rahsianya!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Makcik Ratu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI