Sambal lengkuas mungkin kedengaran asing bagi kita namun rupanya Sambal Lengkuas ini begitu popular bagi masyarakat di negeri Kedah. Sambal Lengkuas dengan gabungan cili padi dan kerisik ini rupanya cukup sedap dimakan dengan nasi ulam.

Nak cuba caranya? Jom ikuti perkongsian Pn Jona MJ ini. Sedap!

Resipi Sambal Lengkuas Nasi Ulam, Tambah Kerisik Lagi Padu, Sedapnya!


Kebanyakan orang Kedah mesti tau SAMBAL LENGKUAS kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam.

Tapi saya suka makan dengan nasi kosong atau ratah pun sedap-sedap. Resipi diajar oleh ibu mertua org Baling, Kedah.

Resipi Sambal Lengkuas Nasi Ulam, Tambah Kerisik Lagi Padu, Sedapnya!

IKLAN

Bahan-bahan:
Lengkuas muda – 2 penumbuk
Serai – 15 batang
Cili padi – 30 biji (kalau tak suka pedas boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh. Ikut selera)
Belacan – besar ibu jari 👍 kalau nak lebih pun boleh
Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lagi sedap)
Garam secukup rasa
Limau kasturi – 5 biji diperah nk airnye je ye. Perah lepas semua dah tumbuk

Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan.

Kami simpan dalam fridge. Kalau nk makan baru amik sikit campurkan dengan kerisik.

Resipi Sambal Lengkuas Nasi Ulam, Tambah Kerisik Lagi Padu, Sedapnya!

IKLAN

Tips:
Kalau nak tahan lama, boleh sangrai atas kuali sampai kering. Dia jadi macam serunding la.
Kecur air liur masa tengah taip ni.

Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Resipi Sambal Lengkuas Nasi Ulam, Tambah Kerisik Lagi Padu, Sedapnya!

IKLAN

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI