Pisang bersos ala puding raja versi bayi antara menu yang paling mudah disediakan untuk si kecil. Selain dapat menambah berat badan anak, pisang juga mampu membekalkan pelbagai nutrisi untuk perkembangan anak-anak. Jom ikuti resipi yang dikongsi oleh ibu ini!

Pisang Bersos ala Puding Raja versi Baby

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua ibu ibu 😄 Harini mommy nak share menu dessert pulak. Kadang kadang kita pun buntu nak bagi anak makan apa kan, asyik bagi fingerfood je jadi sesekali kita buat selang seli dengan snacking berkuah pulak. Menu ni sesuai untuk breakfast atau teatime anak, makan pulak sejuk sejuk, memang layan 🤤
Jom kita buat !

PS : Penyediaan menu ini adalah alternatif menu sampingan untuk bayi bayi yang kekurangan berat badan kerana bahan bahan yang digunakan mengandungi sejumlah kalori yang tinggi.

 

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Baiklah bahan bahan yang diperlukan adalah;

✅ Potongan Pisang emas (mommy guna 2 biji)
✅ Sedikit Unsalted Butter / Minyak
✅ Kulit kayu manis/serbuk (optional)
✅ Sekotak Susu Penuh Krim (125 ml)
✅ Puree Kurma
✅ Sedikit air bancuhan tepung jagung
✅ Potongan buah buahan kegemaran bayi

Cara penyediaan:

IKLAN

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Mula mula panaskan pan dan cairkan butter bersama kulit kayu manis, pastikan api kecik je tau. Masa ni bau semerbak wangi dapur dah macam macam bau pretzel auntie annes 🤤🤤🤤 kalau ibu ibu taknak letak kulit kayu manis pun tak apa, boleh skip, tak ada masalah.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Bila butter dan mencair, susunkan pisang yang dipotong dua secara memanjang. Api masih lagi kecik, kita taknak pisang hangus atau terlalu lembik.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Masaklah sehingga pisang keperangan dan ketepikan, biarkan sejuk. Jom buat sos pulak.

IKLAN

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Dalam pan, masukkan sekotak susu penuh krim. Jangan bukak api lagi.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Terus perasakan susu dengan sesudu teh penuh puree kurma. Kacau sampai semua sebati dengan susu; baru bukak api kecik dan biarkan mendidih.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

IKLAN

Saya suka tekstur sos yang agak pekat jadi saya masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Masukkan perlahan lahan dan sikit sikit je ya (dalam sesudu macam tu),teruskan kacau supaya sos tak berketul.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Bila sos dah pekat, tutup api dan sejukkan. Lagi sedap kalau masukkan dalam chiller sekejap. Bila lalu kat tekak tu memang cenggini haaa 👌🏻👌🏻👌🏻🤤🤤🤤 Bagi saya rasanya tak jauh beza pun dengan sos custard yang kita makan tu. Baunya pun seakan akan cuma versi ini tidaklah semanis sos custard orang dewasa. Manis dari kurma dan rasa berlemak susu sahaja.

Resipi Simple, Pisang Bersos Ala Puding Raja Versi Baby. Boleh Tambah Berat Badan Anak!

Hidangkan ikut kreativiti masing masing. Macam mommy susun pisang tadi atas sos dan ikut lah nak letak topping apa apa macam potongan buah ke atau taburan kismis ke (rendam dulu supaya lembut bagi mengelakkan risiko tercekik). Nak makan nanti gaul je sekali, suap kat anak, siap !!

PS : yang warna kuning atas tu mommy konon konon nak buat jala emas (serunding telur) yang yang orang duk hidang atas puding raja tu, sekali mommy buat jadi scramble eggs daaa 😂😂😂🤣🤣🤣 hentam je laaa asal ada rasa sudahh 😑

Selamat mencuba semua 😘❤️ Jumpa lagi nanti !

Kredit: Nur Diyana

https://www.youtube.com/watch?v=rxwlYXt_Hs4

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI