Musim raya ini, sup tulang pastinya tidak terlepas menjadi santapan istimewa buat tetamu. Macam mana hendak pastikan sup tulang kita jadi lagi sedap kebabom?

Perkongsian resipi Fazniza Razali ini anda kena cuba. Rupanya dengan hanya mengisarkan dua bahan ini iaitu Bahan 2 (saderi dan batang carrot) sup tulang jadi lagi sedap. Jom cuba!


Selamat Hari Raya buat semua. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang aku tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.

Bahan-bahan 1:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar.
**bahan ni dikisar sampai halus.

Bahan 2:
3 batang sadari
1 batang karot
**ni pun dikisar sampai hancur

Bahan 3:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2kg tulang
5 biji kentang(dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air

IKLAN

Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.

IKLAN

Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.

Dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.

Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.

IKLAN

Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.

Siap!

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!