Setiap tahun tarikh keramat 31 Ogos menjadi detik istimewa buat seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh inilah pelbagai sejarah tercatat dan ia menjadi satu kenangan buat pejuang tanah air suatu ketika dahulu dan rakyat hari ni.

Suami dan 3 anak lahir 31 Ogos

Namun sambutan itu lebih istimewa buat Noor Adilah Mohammed Shafie, 31, apabila suami, Mohd Izzat Ismail, 32, serta tiga anaknya turut menyambut hari kelahiran yang sama pada detik bersejarah itu.

Rezeki 31 Ogos, Semuanya Kebetulan! Suami & 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

Mesra disapa Dila, dia berkata semangat menyambut Hari Merdeka juga semakin berkobar-kobar memandangkan ia juga hari istimewa buat mereka sekeluarga.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Semuanya kebetulan, anggap rezeki

Jelasnya, suami dilahirkan pada 31 Ogos 1988 diikuti anak sulung, Qisya Izz Zara, 6, Anas Baihaki, 4, dan Dian Insyirah, 2, juga pada tarikh sama pada 2014, 2016 dan 2018.

“Anak pertama sepatutnya lahir pada September 2014. Namun saya bersalin awal dua minggu, masa tu kandungan 38 minggu.

IKLAN

“Anak kedua pula bersalin awal tiga hari manakala anak ketiga awal dua hari. Jadi ketiga-tiga anak lahir pada 31 Ogos.

“Memang ada yang bertanya, mereka sangka saya buat pembedahan dan pilih tarikh. Sebenarnya saya bersalin normal. Semuanya secara kebetulan,” ujarnya kepada mStar.

Rezeki 31 Ogos, Semuanya Kebetulan! Suami & 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

Setiap 31 Ogos tarikh keramat buat ahli keluarga

Kata Dila, kehadiran insan-insan istimewa dalam hidupnya yang lahir pada Hari Kemerdekaan negara menyebabkan sambutan detik keramat itu sedikit berbeza dan sangat bermakna.

“Dulu sambut merdeka biasa sahaja. Tapi bila kita dah besar, baca pasal sejarah, roh merdeka tu mula ada.

IKLAN

“Ditambah pula dengan hari lahir suami dan tiga anak yang jatuh pada hari Merdeka, jadi makin bersemangatlah kami.

“Macam tahun lepas, kami buat majlis, tempah kek bertemakan Jalur Gemilang. Tapi tahun ni, disebabkan Covid-19, kami sambut berlima secara kecil-kecilan sahaja,” ujarnya yang menetap di Teluk Intan, Perak.

Rezeki 31 Ogos, Semuanya Kebetulan! Suami & 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

Menurut Dila, suaminya juga merupakan seorang guru pendidikan pemulihan dan mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Jun 2013.

Dalam pada itu, Dila sempat menitipkan ucapan buat pejuang kemerdekaan negara serta hero-hero masa kini yang banyak berjuang dalam mendepani pandemik Covid-19.

IKLAN

Rezeki 31 Ogos, Semuanya Kebetulan! Suami & 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

“Kalau dahulu mereka dihadapan jadi pelindung, memerangi penjajah. Membela tanah Malaya berkorban jiwa dan raga. Sejarah tak kan pernah padam.

“Kini, mereka juga berada di hadapan menyelamatkan nyawa, tak biar kita sengsara. Membebaskan Malaysia daripada Covid-19 siang dan malam bekerja tanpa lelah.

“Budi dan baktu tuan puan, kami sanjung tinggi. Terima kasih barisan hadapan. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-63,” ujarnya.

Kredit: mStar

Sempena kemerdekaan yang ke-63 tahun ini dengan tema Malaysia Prihatin, NU Ideaktiv juga menunjukkan sokongan dengan #kitakansama. Semoga Malaysia terus sejahtera dan berjaya di masa hadapan!

#kitakansama #MalaysiaPrihatin

https://www.youtube.com/watch?v=uzWM_ElBb8s&feature=youtu.be

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI