“Rindu & Sayang” Shuib Bertemu Empat Mata Dengan Adik Miza, Ramai Sebak!

Share

Jika sebelum ini pertemuan Shuib bersama adik Miza yang saling tak tumpah seperti wajah arwah Siti Sarah hanya menerusi panggilan telefon sahaja, kini Shuib bertemu empat mata dengan anak kecil itu.

Momen penuh manis itu turut dikongsikan Shuib menerusi Instagramnya yang turut mengabadikan kenangan bersama adik Miza.

“Rindu dan sayang,” tulis Shuib di kapsyennya.

Akui Shuib menerusi radio ketika bersiaran pagi tadi, kata Shuib betapa kagumnya ciptaan Allah Yang Esa bila mana wajah adik Miza teramat mirip arwah Sarah terutama di bahagian T zone iaitu mata, hidung dan mulut.

Malah akui Shuib lagi baik dipandang dari hadapan mahupun sisi kiri dan kanannya wajahnya tetap serupa.

Wargamaya turut terkesan dengan pertemuan itu malah pandangan dan renungan Shuib dengan mata yang redup itu membuatkan netizen tidak dapat menahan sebak.

Dalam pada itu, meninjau perkongsian bekas ibu mentua Shuib, Makder, pertemuan itu merupakan pertemuan yang cukup istimewa buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi.

“Kali ni bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” tulisnya di Instagram.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN