Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Ads
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Ads
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Ads
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Jika anak itu, tidak minat membaca lagi, ibu ayah boleh rangsang kepintaran anak dengan cara melukis dan mewarna. Secara rawak ramai ibu bapa risau jika anak tidak tahu membaca dan menulis. Betulkan? Memang betul anak-anak perlu tahu semua ini sebelum melangkah ke sekolah rendah. Namun harus diingat anak-anak perkembangan setiap anak berbeza-beza. Jika anak itu, tidak minat membaca lagi, ibu ayah boleh rangsang kepintaran anak dengan cara melukis dan mewarna.
Ya betul! Hampir kebanyakan kanak-kanak suka melukis dan mewarna. Banyak kebaikan mewarna kepada kanak-kanak. Apabila kanak-kanak melukis, mereka belajar cara berkomunikasi menggunakan simbol. Kereta yang dilukis oleh anak kecil mungkin tidak menyerupai kereta sebenar jika dilihat dari sudut pandangan orang dewasa, tetapi sebenarnya mereka belajar cara berkomunikasi idea dan perasaannya.
Melakar dan mewarna halaman kertas yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Menerusi lakaran dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih peka terhadap persekitaran fizikal. Mereka belajar tentang bentuk, saiz dan warna.
Ingat kanak-kanak melukis berdasarkan apa yang dilihat menerusi pemikirannya bukan berdasarkan pemerhatian tentang persekitarnya. Kanak-kanak tidak menitik beratkan sesuatu yang dilihatnya. Kanak-kanak kecil keupayaannya tidak sama seperti mana kanak-kanak yang lebih berusia atau orang dewasa melukis tentang sesuatu untuk kelihatan menyerupai objek sebenar.
Ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menerusi kefahaman tahap perkembangan kanak-kanak melukis dan melakar kita tidak akan merasa atau menilai lukisan atau lakaran yang dihasilkan itu tidak memberi makna atau keindahan. Sebaliknya kita akan memahami perkembangan anak dan maklumat yang ingin disampaikan menerusi idea spontan.
Lakaran Lukisan Mengikut Tahap Umur
Setiap apa yang anak-anak lukis itu ada maknanya mengikut tahap usianya. Bagi peringkat pertama semasa kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun lakaran atau lukisan lebih kepada lakaran rawak yang merupakan tanda awal kanak-kanak secara universal. Tanpa mengira bangsa, budaya dan kelas kehidupan semua kanak-kanak melalui tahap lakaran rawak. Mereka mencuba menggunakan pelbagai alat untuk melakar dan meninggalkan kesan tanda pada kertas. Pada perkingkat ini kanak-kanak merasa seronok meneroka dan membuat penemuan. Jangka masa peringkat ini bergantung kepada galakkan dan dorongan orang dewasa, kesihatan kanak-kanak, pertumbuhan otot, koordinasi, intelegen dan kuantiti dan kekerapan peluang untuk melakukan lakaran rawak.
Peringkat kedua usia kanak-kanak antara 2 tahun hingga 4 tahun peringkat ini dikenali sebagai kawalan rawak yang lebih signifikan kepada bentuk-bentuk geometrik seperti bulat, bujur, empat segi, tiga segi dan palang pada lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat berupaya untuk mengawal otot dan mula untuk mencuba mengatur persekitarannya. Garisan beralun dan berombak dengan jalinan pelbagai corak bulat dihasilkan oleh kanak-kanak.
Pada peringkat ketiga usia kanak-kanak antara 3 tahun hingga 5 tahun, apabila kanak-kanak sudah mula mengenali objek, mereka melukis mengikut nama objek. Walau pun lakaran objek itu tidak dapat dikenalpasti oleh orang dewasa, hasil lakaran itu lebih kepada tingkah laku untuk menamakan objek yang mempunyai signifikan. Pada kanak-kanak objek yang mereka lukis mudah dikenalpasti.
Mesti Tahu
Sekiranya kanak-kanak berusia 5 tahun masih lagi di peringkat lakaran bukan bermakna lambat pembelajarannya atau kesan ketidakupayaan belajar. Mereka perlu menguasai kawalan otot untuk menghasilkan lakaran.
Peringkat simbol atau gambaran apabila kanak-kanak mengikut usia 5 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula menyedari pemikiran boleh dinyatakan menerusi perlambangan. Oleh itu, mereka akan melukis apa yang dirasa, bukan tentang perkara yang sebenarnya.
Contohnya jika kanak-kanak tadika disuruh melukis kucing. Kucing yang dilukis mungkin lebih besar daripada kanak-kanak sebab kucing itu lebih penting dalam kehidupannya. Kemungkinan juga kanak-kanak akan melukis kucing berwarna merah kerana merah adalah warna kegemarannya.
Ibu bapa perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak perkembangan lukisannya adalah berbeza dan tidak sama sebagaimana perkembangan yang lain. Oleh yang demikian jangan mengabaikan lakaran kanak-kanak kerana peringkat ini adalah situasi penting sebagai sebahagian proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan? Sememangnya ibu ayah perlu risau! Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna?
Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Terapi Pertuturan & Bahasa berkenaan teknik mudah untuk membantu anak bercakap.
Khas buat anak-anak yang masih tidak pandai untuk menyebut : 4 TEKNIK BANTU ANAK BERCAKAP
1️. Tukar mesej kepada perbuatan
2️. Guna gesture/aksi
3️. Beri pilihan kpd anak
4️. Teknik pause
Konsisten buat yang ni dulu, dan tengok berkesan ke tidak pada anak. Ok?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Mengajar anak Matematik sejak awal rupanya sangat baik untuk merangsang otak. Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan caranya mengajar anak keduanya, Tasha.
So cute melihat kanak-kanak membuat kira-kira Matematik. Tidak seperti mana kanak-kanak kecil yang lain yang kerap mengira menggunakan jari untuk mengira.
Pendedahan sejak berusia tiga tahun menjadikan anak kedua angkasawan pertama Malaysia, Sophea Natasha atau Tasha mahir dalam matematik. Bukan sahaja Tasha, anak pertamanya Bella juga mempunyai keupayaan matematik hebat. Apa rahsia didikannya? Dr Sheikh Muszaphar kongsi tip di Instagram;
Tasha sedang membuat latihan matematik. Amat penting untuk memperkenalkan matematik kepada kanak-kanak sejak awal lagi.
Kanak-kanak sebenarnya amat sukakan nombor dan ia sangat bagus untuk merangsang otak.
Tasha dan Bella mula belajar tentang Matematik sejak berusia 3 tahun dan mereka amat sukakannya.
Jika anda mempunyai keupayaan yang baik dalam Matematik, anda akan berjaya di sekolah. Saya jarang mendapati murid yang mempunyai pencapaian yang baik dalam Matematik tetapi mempunyai markah keseluruhan yang rendah dalam mata pelajaran lain.
Walau apa pun, pencapaian yang cemerlang di sekolah bukan segala-galanya. Mereka tetap perlu belajar untuk bersosial dengan orang lain, keupayaan emotional quotient (EQ) membantu orang lain, menghormati dan sebagainya.
Ps: Dan pastikan anda mengajar anda untuk mengira menggunakan memori dan bukannya menggunakan jari.
Obesiti kanak-kanak semakin membimbangkan apabila seorang kanak-kanak berusia 5 tahun direkodkan mempunyai berat 55kg dan kolesterol tinggi. Ketahui punca, risiko serta langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.