
Dalam membesarkan anak, yang paling penting buat seorang ayah ialah memastikan anaknya membesar dalam suasana penuh kasih sayang dan rasa selamat walaupun kehidupan rumah tangga berubah.

https://kliik.je/product-details/156?title=baby-merangkak-race
Kasih ayah sepanjang masa sentiasa menjadi pelindung buat anaknya. Begitulah bagi pelakon popular, Fattah Amin, 35, yang menjadikan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya, 4 tahun, sebagai keutamaan.

Kini, selepas memasuki fasa baharu rumah tangga bersama penyanyi Amira Othman, Fattah menjelaskan hubungan antara anaknya dengan ibu tiri masih lagi di peringkat awal.
Fatima ketika ini memanggil Amira dengan sapaan lembut, “Aunty Mira”, memandangkan pasangan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu.

“Fatima panggil Mira ‘Aunty Mira’. Baru kahwin semalam.”
Begitulah penjelasan Fattah Amin ringkas tapi penuh makna ketika menjawab pertanyaan peminat menerusi sesi siaran langsung di TikTok, di mana ramai yang ingin tahu tentang panggilan mesra antara Amira dan anak tirinya.

Dalam masa sama, Fattah turut berkongsi sisi positif rumah tangganya bersama Amira. Katanya, isteri baharunya itu memiliki nilai dan pemikiran yang seiring dengannya, terutama apabila berbicara soal agama dan hala tuju hidup.

“Kami suka berbincang mengenai topik agama dan matlamat hidup. Apa yang kami cakap dan fikir semuanya sama.
“Bila berbicara mengenai agama dan bersetuju pada perkara yang sama, hidup jadi lebih seronok. Dalam rumah tangga, agama dan tujuan hidup perlu diletakkan di hadapan. Kalau dua perkara ini tiada, bimbang yang lain pun tidak seimbang. Paling penting asas kena kukuh,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu. Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 2017, namun pasangan itu berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Sebagai seorang ayah, Fattah percaya asas kasih sayang dan didikan agama akan menjadi benteng utama dalam membesarkan Fatima. Ramai juga netizen menitipkan doa agar si kecil ini terus membesar dalam suasana penuh kasih sayang, meskipun melalui fasa keluarga baharu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!












