Bila habis tempoh berpantang, ibu yang berkerja perlu kembali ke pejabat. Apa yang membuatkan ibu-ibu risau adalah bila keadaan anak yang suka mengempeng. Apa yang menjadi kebimbangan adalah bayi anda akan menangis dan keadaan itu akan menyusahkan pengasuh atau nurseri yang menjaganya.

Bayi yang menyusu atau BF sampai tidur adalah normal kerana mereka berasa selesa dan selamat dalam dakapan ibu. Jadi untuk memberikan rasa yang sama walaupun ketika bersama pengasuh atau penjaga, perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi yang tidak asing lagi mungkin boleh menjadi penyelesaian buat masalah yang dihadapi.

Risau Anak Suka ‘Mengempeng’ Susahkan Pengasuh, Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau!

Ikuti perkongsian beliau:

” SAYA SELESA BIAR ANAK TIDUR MENGEMPENG, TAPI RISAU NANTI SUSAHKAN PENGASUH…”

Sebelum saya jawab, saya perlu betulkan sedikit ayat ibu ini yang berbunyi: “Masalah nya sekarang, bayi saya akan BF sampai tertidur “.

BF sampai tertidur BUKAN satu masalah. Ia fitrah. Ia normal. Bukan sahaja kerana anak merasa selamat dan selesa berada di dalam dakapan ibu, tetapi juga kerana aksi mengempeng (nurse to sleep)ini MEMENUHI KESEMUA 5 sensasi yang alam rahim pernah berikan kepada bayi.

Iaitu:
1.  Balutan dinding rahim+kedudukan berlipat badan bayi (fetal position)🤰➡️ Pelukan/dakapan 🤱

  1. Posisi mengiring+terlangkup semasa dalam 🤰➡️bayi mengiring rapat stomach to stomach semasa di riba ibu 🤱
  2. Bunyi bising rahim dari degup jantung ibu+pergerakan tisu, otot dan organ dalam badan ibu+bunyi aliran darah🤰➡️bunyi jantung ibu bila telinga bayi rapat ke dada ibu🤱
  3. Hayunan yang bayi rasa setiap kali ibu bergerak+ kerana terapung dalam air ketuban🤰➡️ibu menepuk-nepuk punggung bayi + ibu bergerak-gerak akibat beralih membetulkan posisi badan ketika menyusukan bayi🤱
  4. Bayi menghisap jari ketika di dalam rahim 🤰➡️bayi menghisap susu/puting ibu 🤱

Nampak bagaimana aksi mengempeng meniru atau ‘replicate’ cara rahim ?

Maka tak hairan ramai bayi mudah diam dan tidur bila menyusu di badan ibu➡️ bayi dapat ‘skin to skin’ dengan ibu ➕ dapat juga replika cara ibu rahim nya dulu tenangkan dan tidurkan dia. 2 in 1…memang double syok.

Now, soalannya, bagaimana bila ibu tiada❓ Bolehkan bayi survive tidur tak ada ibu ni❓Risaunya…

Jawapan pendek nya: BOLEH. No worries mommy.

Kalau lah anak manusia ni tak boleh langsung beradaptasi atau ‘cari jalan’ tidur tanpa nenen ibu, hai….alamatnya kena berhenti kerja lah semua ibu-ibu BF yang memang jenis tidurkan anak sambil menyusu.

Di antara yang sedang membaca posting ini pun saya yakin benar ada ibu yang: sedang di tempat kerja + ada anak memang jenis tidur mengempeng + kini sedang di taska/rumah pengasuh.

Kan?

IKLAN

Risau Anak Suka ‘Mengempeng’ Susahkan Pengasuh, Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau!

Cuma, ada 1 perkara yang ibu perlu sedar

✔️ Anak infant berusia bawah 4 bulan PERLU EKSTRA BANTUAN untuk bertenang dan lena TAK KIRA SAMADA KETIKA DI RUMAH SENDIRI ATAU DI TASKA kerana perkembangan mental dan motor mereka yang ‘primitif’. Ayat mudah nya: infant tak tahu dan tak mahir nak tenangkan diri dan tidur ‘sendiri’ kecuali jika bayi anda dari kategori easy-going.

Ekstra bantuan itu SAMADA dari ibu atau alat. Either one. Contoh nak kasi mudah faham ayat ni: jika ibu tak nak dan tak larat nak dodoi anak lama-lama ibu gunalah buai (yang patuh spesifikasi of course).

Untuk infant, memang either one perlu ada. Tak boleh dan kejam sebenarnya jika ibu atau mana-mana penjaga ada sikap: saya tak nak dodoi anak DAN saya jugak tak nak anak saya berbuai. Saya nak anak saya boleh tidur sendiri (nota: ~20% bayi infant memang perlukan elemen constant swinging untuk kekal tenang).

Bekal alat pengganti untuk pengasuh!

Maka, dengan pengetahuan ini, apa yang ibu perlu buat ialah ganti saja lah elemen berikut:

1.Pelukan ibu ➡️ bedung
2.Bunyi jantung ibu ➡️ bunyian white noise atau soothing sound dari mesin/alat/radio/phone
3.Dodoian ibu ➡️ buaian
4. Hisap puting ibu ➡️ puting tiruan.

Bekalkan sajalah alat-alat tersebut kepada pengasuh anda.

IKLAN

NOTA PENTING: ada bayi perlukan bedung + white noise saja . Ada bayi perlukan bedung + white noise + buai . Ada bayi perlukan bedung + white noise + buai + puting. Ada bayi perlukan bedung + white noise + puting. Belajarlah cara untuk kenalpasti anak anda perlukan ‘apa’ dan ‘berapa’. Bila dah kenalpasti, bekalkan saja kepada pengasuh. Cara nak kenalpasti? Kena belajar lah.

Inilah ‘beauty’ anak infant. Mereka belum pandai mendiskrimasi (memilih/favoritism) di antara manusia. Ya, bayi paling kenal ibu mereka dan paling gemar memanding wajah manusia berbanding objek lain namun ‘behavior attachment’ mereka belum kukuh terbentuk. Maka, asal ‘kena cara’, tenang dan dan tidurlah mereka di mana-mana saja , dengan sesiapa saja.

Risau Anak Suka ‘Mengempeng’ Susahkan Pengasuh, Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau!

✔️ ⏸️…..baby besar 4 bulan ke atas yang dah pandai pilih orang pula macam mana?

Pertama sekali, bayi besar tidak perlukan lagi ekstra bantuan sebanyak dan sekerap bayi infant.

Kedua, sekitar 3-4 bulan, bayi perlahan-lahan belajar membezakan manusia dengan lebih terperinci dan mengukuhkan behavior attachment nya dari masa ke semasa.

Inilah permulaan bayi mula memilih primary mother figure (penjaga utama) , secondary mother figure (penjaga ke dua) dan seterusnya.

Teori attachment ini di perkenalkan oleh kumpulan Attachment Parenting.
(http://theattachedfamily.com/membersonly/?p=1259)

Secondary Mother Figure

IKLAN

Primary mother figure selalunya ibu kandung bayi walaupun sesiapa saja yang paling banyak meluangkan masa berada di dalam hidup bayi secara AKTIF DAN SENSITIF boleh menjadi primary mother figure ini. Misalnya dalam kes ayah yang menjadi penjaga utama kerana ketiadaan ibu misalnya.

Secondary mother figure boleh jadi ayah kandung bayi, nenek bayi, makcik bayi….malah guru atau pengasuh bayi!

Bayi MEMILIH individu yang menjadi secondary mother figure nya juga berdasarkan siapa yang paling aktif dan sensitif terhadapnya bila primarily mother figurenya tiada/tidak ‘available’.

Maka tak hairan bayi ada favourite teacher atau favorite pengasuhnya.

Maksudnya, bayi memang boleh beza orang, cara dia di layan oleh setiap orang dan cara dia di tidur kan oleh setiap orang. Inilah juga sebab nya elok saja bayi tidur di ribaan atok sedang kan bila nampak ibunya, mula lah nak cari susu ibunya.

Asal ada usaha dari pihak pengasuh untuk sayang dan bina hubungan dengan bayi, bayi dan pengasuh akan sama-sama cari jalan untuk serasi.

Inilah juga sebabnya mengapa ibu tak perlu sehingga berbalah tentang cara pengasuh menidurkan bayi selama mana cara tersebut tidak membahayakan bayi. Dan ibu juga tak perlu nak ikut cara pengasuh tidurkan bayi dek risau bayi keliru. Tidak. Bayi tak keliru.

Ibu tidur kan bayi cara ibu mahu dan selesa. Pengasuh juga tidurkan bayi cara dia rasa paling berkesan dan selesa.

Risau Anak Suka ‘Mengempeng’ Susahkan Pengasuh, Ini Cara Paling Mudah Mama Nak Tinggalkan Anak Tanpa Rasa Risau!

NAMUN, tentu sekali isu tidur tidak seelok ketika bersama ibu di rumah itu tak dapat di elakkan. Suasana, jumlah beban tugas dan keterbatasan masa adalah halangan terbesar bila anak di bawah jagaan pihak lain. Sedikit sebanyak ia pasti akan beri kesan sedikit kepada kualiti dan jumlah tidur bayi.

Asalkan kita sedar pengasuh telah berusaha memberikan yang terbaik, InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB, KONSULTAN TANGISAN BAYI

Baca: Sakit Bersalin Bukan Main-main, Doktor Terangkan Fungsi Epidural Buat Ibu Bersalin. Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI