Tugasan yang melibatkan aktiviti menggunting selalu menjadi masalah pada anak-anak kecil kita. Tidak biasa memegang gunting malah kurang mahir memegang gunting dengan cara tepat membuatkan kita terpaksa membantu anak.

Sekali dua mungkin tidak mengapa, namun setiap kali beraktiviti bantuan harus diberikan membuatkan ada mak ayah yang mula merungut.

Menurut Ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi, aktiviti menggunting memerlukan latihan yang kerap, bukan sekali dua sahaja. Ini tip tepat untuk memahirkan anak menggunting.


Aktiviti menggunting.

Ada ibu bapa datang bertanya pada saya, “macam mana nak ajar anak menggunting? Sekarang kelas online, tak sempat nak tengok anak yang lain punya latihan terutama bila cikgu ada yang minta buat aktiviti kraf.

Saya dah tunjuk banyak kali cara menggunting. Tak pandai- pandai lagi. Setiap kali pun saya kena tolong dia gunting. Kadang kala tu saya tak tak sempat sangat, saya gunting sendiri. Anak tinggal tampal saja. Tolonglah ajar saya”

Ibu bapa yang saya hormati,
Kalau kita sedar, aktiviti menggunting sudah mula diajar kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka sudah masuk ke tadika. Menggunting ini merupakan satu skill atau kemahiran yang kompleks.

Bayangkan, tangan perlu memegang gunting, jari digerakkan, mata perlu melihat, kertas perlu dipegang. Sangat banyak pergerakan yang dilakukan dalam satu masa.

Sesetengah anak mungkin akan berasa ‘overwhelm’ atau berasa tertekan kerana terlampau banyak perkara perlu diproses pada satu-satu masa. Otak mereka sedang bekerja keras untuk beri arahan kepada anggotan badan pada masa ini.

Apa yang ibu bapa dan guru boleh guna bersama anak untuk ajar mereka kemahiran menggunting ialah:

1.Pastikan anak memegang kedua-dua GUNTING dan KERTAS. Tip ni macam biasa sahaja. Namun begitu, ini adalah kesalahan biasa yang dibuat. Ibu bapa atau guru akan membantu memegang kertas dan biarkan anak memegang gunting.

IKLAN

2. Untuk kuasai kemahiran menggunting, anak perlu belajar menggunakan kedua belah tangan. Mereka perlu belajar mengawal gunting sambil memegang kertas.

3. Anak perlu meletakkan gunting selari dengan kertas untuk menggunting. Selain itu, anak perlu boleh memegang kertas dengan stabil dan berada di posisi yang sesuai untuk menggunting. Sekiranya ibu bapa atau guru memegang kertas tersebut, anak tidak akan dapat menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

4. Semasa mengajar anak untuk menggunakan gunting, pastikan anda mengajar anak untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya. Sekiranya mereka belum boleh memegang kertas dengan baik, boleh berikan sokongan kepada mereka dengan memegang tangan bersama bersama. Dengan cara itu, anak akan dapat belajar dengan cara yang betul.

5. Kalau tak mahu gunakan kertas, boleh pelbagai medium yang lain. Sebagai contoh, playdoh, kotak, daun kering, suun dan sebagainya. Barulah anak tidak berasa jemu.

Kemahiran menggunting ini bukan hanya dilihat dengan cara anak kita memegang gunting sahaja. Bukan hanya diukur dari sudut kejayaan anak untuk ‘buka dan tutup’ gunting tersebut.

IKLAN

Apa cara memegang kertas dengan betul?

⭐️Anak perlulah memegang kertas dalam keadaan ibu jari di atas kertas, 4 jari yang lain di bawah kertas.

⭐️Anak bawa kertas rapat ke badannya, pastikan dalam posisi yang selesa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Paling tinggi di paras dada.

Posisi ini penting supaya bahu anak berada dalam keadaan rileks. Bahu anak tidak dalam keadaan terangkat kerana ia akan menyebabkan anak mudah letih atau lenguh. Bayangkan anda perlu mengangkat tangan anda untuk bertanya soalan kepada cikgu dan perlu menunggu lama untuk cikgu beri perhatian kepada anda. Pasti anda berasa lenguh di bahagian bahu.

Memegang kertas dengan betul dapat memudahkan anak untuk memanipulasi kertas tersebut. Terutamanya apabila mereka sudah melepasi tahap garisan lurus dan perlu menggunting zig zag, ombak, segi tiga dan bentuk kompleks yang lain.

Kemahiran menggunting sesungguhnya memerlukan penguasaan kemahiran asas yang lain seperti koordinasi motor tangan, kemahiran manipulatif, daya tumpuan, ‘motor planning’, kemahiran ‘bilateral integration’ dan lain-lain.

IKLAN

Satu perkara yang suka saya ulang dan ulang banyak kali ialah kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan. Yang namanya skill dan kemahiran ini semuanya pun perlukan latihan dan pengulangan. Letih, kecewa anak masih tak mahir lagi perkara biasa. Teruskan memberi ruang untuk anak berlatih.

Selamat berusaha yang terbaik untuk anak kita. Terutamanya saya yang menulis ini.

“You might have to fight for the battle more than once to win it” – Margaret Thatcher

Menarik: Makan Banyak Tapi Kurus, Menggesir Gigi Waktu Tidur, Anak Mungkin Ada Masalah Cacing!

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)