Buat ibu-ibu menyusu, ‘cuba untuk berpuasa’ tu bukan sekadar cuba tahan lapar dan dahaga sahaja. Ibu-ibu juga patut ‘cuba buat persiapan’.
Ramai ibu-ibu menyusu yang tidak berpuasa kerana rukhsah. Ya memang benar rukhsah itu dibenarkan jika ibu bimbang kesihatan dirinya atau bayi yang disusukan.
Tapi, bagaimana dengan persediaan ibu untuk berpuasa? Adakah ibu memang betul-betul bersedia?
Berikut dikongsikan tips berpuasa oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom untuk ibu-ibu menyusu.
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
3. Makan kurma
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu menyusu. Kalau tak boleh makan kurma, boleh kisar dengan susu.
Ads
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ubah suai jadual mengepam
Sesi pertama mengepam boleh dilakukan selepas bersahur. Kemudian ibu-ibu boleh mengepam sekurangnya 2x di tempat kerja (pastikan gap mengepam tidak melebihi 3-4jam).
Bila balik rumah nanti, boleh terus direct feed baby dan sekiranya perlu, mengepamlah pada waktu malam selepas berbuka untuk bekalan stok hari berikutnya.
Ads
7. Minta bantuan orang lain untuk beri susu kepada bayi
Jika ibu-ibu keletihan kerana bayi kerap menyusu, boleh minta bantuan suami untuk beri bayi EBM guna botol (bayi berusia 30 hari ke atas). Tapi ibu janganlah biarkan breast penuh pula ya. Keluarkan susu melalui marmet /pam jika perlu.
8. Breast compression
Bila mengepam rasa susu tu macam tak nak keluar je time puasa ni. So ibu-ibu boleh buat breast compression.
Sama juga ketika menyusu. Kalau nampak bayi fussy, boleh buat breast compression juga untuk bantu susu keluar dengan lebih baik.
9. Berdoa
Usaha, doa dan tawakal. Biasa kita dengar tiga perkataan azimat ini. Maksudnya sebelum kita pasrah menyerah, kita perlu berusaha dulu.
Ads
Macam saya cakap tadi, usaha minum air yang cukup, sahur yang cukup, pilih makanan terbaik untuk sahur dan berusaha untuk persiapkan mindset kita terlebih dahulu.
Paling penting, bagaimana kita sebagai ibu menyusu nak yakinkan diri bahawa kita mampu menghasilkan susu yang mencukupi.
Ibu-ibu cubalah dulu buat persiapan dari segi pengambilan air dan makanan sahur yang terbaik dahulu. In shaa Allah bila ibu bersedia dengan ‘alatan perang’, ibu boleh meneruskan berpuasa tanpa masalah. Boleh rujuk #ResepiSahurIbuMenyusu yang saya kongsikan.
Bila saya tanya ibu-ibu yang PM saya kerana susu drop, ramai yang menjelaskan mereka tidak bersahur dengan betul dan kurang pengambilan air ketika malam.
Berpuasa itu pada peringkat awalnya memang menyebabkan ibu letih. Bila letih, hormon oksitosin juga akan berkurangan dan menjejaskan penghasilan susu ibu.
Apatah lagi bila ibu kurang minum air sepanjang malam dan tidak mengambil makanan yang berat sewaktu bersahur, ibu akan mula menggigil kerana paras gula dalam darah menurun dan dehidrasi.
Bila ibu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, ibu-ibu berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan ibu dan bayi. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia amat suka pada hamba-Nya yang meminta-minta. Pasti diperkenankan dengan segala kemudahan.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda
#nadbreastfeedinginfo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pasangan yang berkahwin, saat dapat tahu bakal menjadi ibu bapa, pastinya ia momen yang tak akan dilupakan. Keterujaan menanti kehadiran cahaya mata dan membesarkan anak bersama-sama antara impian suami isteri.
Selepas dua hari bersalin, isteri pergi selama-lamanya
Bagaimanapun ujian bagi seorang suami ini apabila isteri tercinta pergi buat selamanya selepas dua hari melahirkan anak sulung mereka. Momen ini benar-benar menyentuh hati semua orang.
Difahamkan, isterinya merupakan seorang doktor disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan bayi perempuan mereka.
Sebaknya! Dua hari selepas melahirkan anak sulung, isteri dijemput ilahi.
Peluk anak di sebelah jenazah isteri
Apa yang meruntun hati apabila lelaki yang dikenali sebagai Fadly Fachrezy begitu sebak dengan pemergian isterinya, Megawaty Saiful sambil memeluk bayi yang baru lahir di sebelah jenazah isterinya.
Daripada raut wajah Fadly nampak kesedihannya seolah-olah masih terkejut dengan pemergian isteri yang dinikahi pada Jun tahun lalu. Walaupun ujian ini sungguh berat, hati terpaksa reda menerima ketentuan ilahi.
Ibu, InsyaAllah ayah ikhlas atas ujian ini. Tapi jujur hati ayah masih hancur dan tidak percaya ibu pergi secepat ini, tugas ibu telah selesai. InsyaAllah ayah akan menjadi sosok seorang ayah sekaligus ibu buat anak kita ‘Aqeela Putry Megawaty Konggoasa’. Selamat jalan ibu.
Berjanji jaga anak sebaiknya
Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram abang Allahyarham, Yudhy Triananta Syaeful Mamma, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.
“Selamat jalan adik ku sayang @megasmamma adik yang baik hati, adik yang penyabar, adik yang kuat, semoga tenang disisi Allah SWT.”
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang ada anak kecil, pastikan waktu anak makan buah-buahan atau apa saja makanan keras, perlu sentiasa diberi perhatian. Risau berlaku perkara yang tak dijangka pada anak.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan, kisah kanak-kanak yang tercekik buah anggur, benar-benar menyayat hati.
Tak ubah seperti mayat! Sejuk kaku tangan dan pucat lesi muka budak ini. Nadi tak dapat dirasai. Tekan dada diteruskan. Banyak lendir terkeluar dari hidung dan mulutnya.
Dalam hujan yang lebat, Ambulans terus meluncur laju. Bunyi siren membingitkan telinga.
Kanak-kanak 5 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana tiba-tiba berhenti bernafas. Muka kebiruan. Tiada tanda-tanda kehidupan.
Dalam usaha untuk memasukkan tiub pernafasan, tiba-tiba kelihatan sesuatu di kerongkong yang menutup salur pernafasan. Bila dikeluarkan, rupanya sebiji anggur sebesar ibu jari.
Anak ini akhirnya tak mampu diselamatkan. Kasihan. Tak dapat bayang bagaimana perasaan ibu yang menanggung. Ini bukan kes pertama kanak-kanak tercekik makanan hingga membawa maut.
Tolonglah mak ayah, jangan cuai. Perhatikan jika beri makanan atau buahan pada anak. Bukan tak boleh makan anggur atau buah-buahan, tapi pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil untuk elakkan anak dari tercekik.
Tolong kongsikan ilmu pada mak ayah lain sebab masih ramai mak ayah yang tak tahu ilmu penting ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Public Health Malaysia, kisah anak lelaki berusia 5 tahun ini juga wajar diambil perhatian.
Seorang kanak kanak berusia 5 tahun dikejarkan ke hospital kerana alami sesak nafas selepas tercekik sebiji buah anggur.
Walaupun nampak lembut dan kecil, buah anggur suduh cukup untuk menyendal saluran pernafasan kanak kanak.
Mangsa ini bernasib baik kerana masih terdapat sedikit ruang udara untuk menyalurkan tiub pernafasan. Pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan buah anggur tersebut.
Bukan tak boleh makan anggur atau buah buahan lain, pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
-Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
-Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
-Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
-Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
1. Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.
2. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
3. Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
-Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.
-Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
-Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
-Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.