Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, peruntukan besar itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Peruntukan ini juga menyasarkan pembangunan kemudahan dan fasiliti di institusi pengajian tinggi awam agar kualiti pendidikan negara dapat terus dipertingkatkan,” ujar Perdana Menteri dalam ucapan beliau.
Ads
Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan sekolah akan dijadikan sebagai syarat utama dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi mana-mana projek perumahan berskala besar yang baharu.
Ads
“Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu,” jelasnya.
Bagi menangani isu kepadatan pelajar dan kekurangan tapak sekolah di kawasan bandar yang padat, kerajaan akan memperluaskan konsep pembinaan sekolah secara vertikal (menegak).
“Manakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,” katanya.
Langkah-langkah ini dilihat sebagai satu usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, sejajar dengan aspirasi RMK13 dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi berilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bencana banjir yang berlaku tahun ini langsung tak disangka sama sekali terutama penduduk di sekitar Lembah Klang. Kebanyakan mangsa memang tak dapat nak selamatkan barangan elektrik dan barang penting lain.
Bila air dah surut, pastinya perasaan sedih melihat semua kelengkapan rumah rosak. Jadi bagi yang ingin mencuba nasib mana tahu ada rezeki lagi untuk menggunakan semula barangan elektrik itu, cuba tips yang dikongsikan ini.
Jika tak yakin, minta bantuan orang yang lebih pandai. Bukan apa risau berlaku renjatan elektrik pula. Ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Nur Izzati Harun di bawah.
Assalamualaikum…pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir
Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak.
Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?
Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut.
TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR
1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru
Mudah-mudahan kita dpt membantu semua mangsa banjir…doakan kami warga port klang selamat.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc.
Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah pada tulang belakang.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” kongsinya menerusi Instagram.
Masih menerima rawatan, hantaran terbaru yang dimuatnaik semalam mengundang rasa sebak wargamaya.
Rindu dukung anak
Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa rindu untuk mengendong dan memeluk anak-anak tercinta, Nayla dan Aali.
“Rindu nak dukung Nayla and Dedek. Mama promise jaga diri then I can carry you guys lagi okay?
“If not, Nayla and Dedek jela dukung mama bila mama tua,” katanya menerusi kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setiap Ayda turut mendoakan agar cepat sembuh dan dapat kembali bersama anak-anaknya.
Pelakon popular, Norman Hakim menerusi instagramnya berkongsi kisah 15 tahun yang lalu dimana dia terpaksa menyambut kelahiran anak keduanya di dalam kereta.
Ketika itu dia mendirikan rumah bersama pelakon terkenal, Abby Abadi. Menurutnya lagi, saat itu Abby sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ke dua mereka.
“Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek😝)”
Memang comel habis gambar baby yang dikongsi oleh Norman. Norman turut meminta untuk agar pengikut di instagramnya meneka siapakah baby tersebut. Macam dah boleh agak siapa kan?
“Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…🙏🏻❤️🤗”
15 tahun berlalu, dah besar anak dara Norman dan Abby. Cantik manis orangnya, dia ialah Marissa Dania.
Umum sedia maklum bahawa pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin dan mereka telah pun lama berpisah. Mereka juga sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Namun, apa yang menariknya tentang mereka adalah walaupun sudah lama berpisah namun Norman dan Abby tetap menjalinkan hubungan yang baik seisi keluarga.
Justeru, tidak hairanlah apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian sehingga dijadikan inspirasi kerana seronok melihat keakraban dan ukhuwah yang terjalin.
Norman dan Abby bercerai pada 2006. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12.
Selepas itu, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5, dan Mikayla Delisha Hakim, 1 tahun.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.