Adithya Jabbar, anak kesayangan pasangan Rody Kristal dan Niena Azman ini memang comel dan sentiasa menghiburkan. Disebalik kisah pasangan ini dalam membesarkan Adith, Rody adalah bapa yang sentiasa dekat dengannya.
Malah kalau berenggang dengan lelaki bergelar daddy ini, dia terus menangis minta perhatian. Begitulah akrabnya Adithya bersama daddynya. Mana tidaknya, ketika Niena menjalani latihan dan mengajar futsal setiap hari, Rodylah yang menjaga bayi comel ini ketika di rumah.
“ Saya memang ada ramai anak buah tetapi saya tak pernah jaga bayi sejak kecil. Inilah kali pertama dan saya rasa bersyukur kerana dapat menjaga darah daging sendiri. Mulanya kekok juga terutama bila bab nak mandikan anak.
Selepas mencuba beberapa kali saya rasa tiada masalah. Malah dia memang tak boleh berenggang dengan saya. Kalau di rumah, saya tinggalkan sekejap pun dia akan menangis. Saya memang tak boleh bergerak ke mana-mana.
Saya rasa momen paling indah bila saya lihat perkembangan Adith setiap hari. Seronok tengok dia membesar hari demi hari. Kalau keluar bekerja saya rasa nak cepat-cepat balik untuk tengok dia,” kata Rody berkongsi.
Adithya kini sudahpun pandai meniarap dan mula mengiringkan badannya. Malah dia juga sudah pandai mengangkat punggungnya untuk cuba bergerak dan merangkak. Dengan berat 3.4kg semasa dilahirkan dan kini beratnya sudahpun mencapai 6kg.
Kata ibunya, Adithnya anak yang cukup menyenangkan malah tidak banyak ragam.
Ads
“ Lampinnya kering, perutnya kenyang dan daddynya ada bersama, pasti dia tenang. Begitu juga pengalaman membawanya balik kampung. Sepanjang masa dia selesa di dalam car seatnya dan langsung tidak menangis. Begitu juga ketika penerbangan pertama kami ketika balik kampung di Johor. Risau juga dia menangis kerana bunyi yang kuat dan sebagainya. Alhamdulillah dia baik malah matanya asyik memerhatikan persekitarannya,” cerita Niena lagi.
Ads
Sudah Mula Makan Makanan Pejal
Terbaru Adith sudah pun mencuba makanan pejalnya pada usia 6 bulan. Seronok tengok Adithya teruja dan makan berselera sekali.
Susah btol nk senyum skrg ?? geram btol, smlm check up berat dh 8.4kg.. mkn apa la anak oi ?????? anyway boleh tak share anak u all mkn start brp bulan? Niena dh bg die early one month sb semua mainan die mkn mcm x penah mkn ?????? so far ok sistem penghadaman die and he so excited bile mkn, mummy die pn excited first food die.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seolah berjanji sehidup semati, suami isteri pergi buat selama-lamanya bersama-sama. Lebih menyayatkan hati, si kecil buah cinta mereka turut sama terkorban.
Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Alah Batu, Selangor, Slim River mengorbankan tiga sekeluarga iaitu Allahyarham Siti Rafini dan suaminya, Allahyarham Mohd. Sharidan Abdul Aziz, 29, dan bayi lelaki mereka, Allahyarham Rafiq berusia setahun dua bulan.
“YANG, API…..API, BANGUN. TOLONG…..,”
“Yang, api…..api, bangun. Tolong…..,” itu jeritan terakhir Allahyarham Siti Rafini yang didengari jirannya sebelum suara teriakan itu tenggelam dalam kebakaran itu. Menurut saksi yang juga jiran, Rabaiah Yunus, 58, jeritan Siti Rafini itu didengarinya ketika dia bangun untuk menyediakan bekalan makanan untuk anak perempuannya sekitar pukul 3 pagi.
RUPANYA API SEDANG MARAK MEMBAKAR
Rabaiah yang pada mulanya tidak menjangka kejadian tersebut dan memina menantunya melihat apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya rumah yang didiami tiga beranak itu sedang dijilat api.
“Pada mulanya kami terdengar bunyi bising di sebelah rumah dan ingatkan ada pencuri, tetapi terkejut apabila menantu (lelaki) yang keluar untuk memeriksa melihat api sedang marak membakar rumah tiga sekeluarga itu.
DENGAR SENDIRI JERITAN ALLAHYARHAM RAFINI
“Saya sendiri sempat dengar jeritan Siti Rafini yang memanggil suaminya dan meminta tolong namun suara jeritan itu terus senyap tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurut Rabaiah, tiga beranak itu mula mendiami rumah berkenan sejak awal tahun lalu dan merupakan pasangan suami isteri yang mesra dan ramah dengan jiran sekitar.
“Sebagai jiran dan orang terdekat, saya sedih sebab tidak mampu menolong mereka. Api marak terlalu cepat dan kami tidak berdaya membantu, hanya mampu menjerit meminta bantuan jiran lain,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, Siti Rafini dan suaminya, Mohd. Sharidan Abdul Aziz, 29, dan bayi lelaki mereka, Rafiq berusia setahun dua bulan ditemukan dalam keadaan rentung apabila rumah yang didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam di sini.Ketiga-tiga jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Slim di sini.
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Bukan mudah bagi wanita yang bekerja untuk berhenti kerja secara tiba-tiba. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti lebih-lebih lagi komitmen yang tinggi jika bekerja. Banyak yang harus difikirkan.
Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh Pn Fakarina (Nama Pena) apabila dia berkongsi saat-saat dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Namun dia tak mudah mengalah, dia bangkit menjadi suri rumah yang berjaya dan kuat malah pendapatan kini melebihi gajinya semasa bekerja. Malah dia lebih seronok menjadi suri rumah, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak.
Saja nak share pengalaman baharu saya. Sebelum ni saya ibu berkerjaya.
Saya terlalu sibuk dengan karier & terlalu menjaga prestasi terbaik dalam syarikat. Anak-anak seramai 4 org masih dalam perhatian tapi dengan bantuan pengasuh yang saya bayar upah setiap bulan.
Semua Pengasuh Yang Uruskan Keperluan Anak
Saya ada 2 pasang anak. Sulung lelaki 15 tahun, No 2 dan no. 3 perempuan 12 tahun dan 9 tahun. Yang bongsu lelaki 7 tahun.
Pengangkutan anak-anak pergi balik sekolah, diupah van sekolah uruskan. Saya balik keje selalu lewat dan masa saya dengan anak-anak kadangkala terhad. Jumpa mereka masa nak tidurkan dan dodoikan mereka. Sabtu ahad baru ada masa untuk keluarga.
Kerja saya memang tak tentu masa. Walaupun hakikat saya bekerja 8-5 dan 5 hari seminggu..Kadangkala waktu sabtu ahad pun saya kena ke kilang. Kalu ada shipment, saya akan bekerja hingga lewat malam.
Urusan anak-anak sebelum ni terpaksa saya serahkan kepada pengasuh yang saya bayar upah mengasuh setiap bulan. Kekadang anak-anak nak apa pun kena minta pengasuh wasaps saya.
Tiada Masa Bersama Anak, Pulang Lewat & Asyik Bekerja
Balik lewat. Kadang-kadang anak nak minta saya ajarkan kerja sekolah, sampi lewat malam baru selesai. Urusan pergi balik sekolah diuruskan pakcik berbangsa india..dia yang uruskan dengan amanah..3 orang anak-anak saya. Yang sulung tinggal di asrama menengah agama di Tangkak.
Sambil-sambil berkerja hakiki, saya dah mulakan perniagaan atas talian sejak 2 tahun lebih lepas..untuk tambah-tambah income..Kerja yang saya perolehi tu pun ditawarkan kepada saya dengan gaji lebih lumayan berbanding syarikat sebelumnya. Tapi bila syarikat ada krisis kewangan dan projek di luar negara…majikan ambil pendekatan buang pekerja terakhir masuk ke kilang.
Mula Diberhentikan Kerja Sejak PKP
Takdir Allah, kerana pandemik saya diberhentikan kerja pada hujung bulan sept 2020. Notis 24 jam dengan pampasan. Last in first out.Saya diberikan notis 24 jam dengan pampasan selepas sehari hari lahir saya.
Malah gaji saya kiranya besar sebagai Senior Exec buatkan saya down jugak awal-awalnya. Saya bekerja sebagai Senior Executive di Sebuah kilang Pembuatan bahagian logistik. Down jugaklah..walaupun hakikat berbisnes online saya dapat income lebih dari gaji hakiki..Tapi tentunya berbezakan…ada gaji tetap dengan bisnes yang belum tentu income..nak kena rajin berusaha baharu achieve target.
Redha, Makin Bahagia Jadi Suri Rumah
2 minggu saya istiharah..Tapi akhirnya saya redha dengan ketentuan ni.. Sebabnya memang saya pernah letakkan target usia saya 45 tahun saya tak nak keje dengan org lagi. Tapi jawapan tu Allah bagi di usia saya 40 tahun..
Sekarang diam tak diam hampir, 6 bulan lebih saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Saya semakin gembira dengan kehidupan sekarang. Saya mulakan semula apa yg pernah saya lakukan…dari bawah dari awal…Sambil-sambil menjana pendapatan santai-santai di rumah dengan bisnes online untuk membantu ekonomi keluarga. Saya buat semua jenis bisnes, Saya Supreme Leader Kepada Angsa Emas Beaute, produk Magical C Pure. Leader Kepada Lenne Beauty, Produk Doublesscocoffe. Stokis kepada Naim Beef, Produk Daging Tempatan Perap Fidlot dan Patty Premium. Leader Atiya Beauty, Produk Lipmatte Dan Agen serta dropship beberapa produk lain.
Walaupun saya berbisnes dari rumah saya aturkan masa saya…macam saya bekerja..Saya wujudkan working space dalam bilik saya..saya juga buat media sosial seperti fb live dan lain-lain. Pagi selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar suami ke tempat keje..saya mulakan kerja online bisnes saya..promosi..live…jumpa team..cari retails..Tengahari kembali uruskan anak amik pergi sekolah…Perantaraan waktu sebelum balik sekolah petang, saya akan curi masa untuk cod dan dan lain-lain.
Tahun Ini Akhirnya Dapat Uruskan Anak Ke Sekolah
Selepas ambil anak sekolah…hantar mereka pulang ke rumah dan amik suami pula balik kerja. Waktu Malam saya fokus kepada pembelajaran anak-anak. Dapat luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kadang-kadang kalau ada keperluan cod kami sekeluarga pergi bersama-sama.
Tahun ni, saya uruskan sendiri anak pergi balik sekolah. Baru saya faham kenapa anak-anak kadang-kala hilang fokus dalam pelajaran dan kepenatan mengejar masa.
Zaman saya dulu sekolah dengan mereka jauh berbeza. Saya jadi lebih prihatin dan banyak tumpuan saya kepada perkembangan mereka.Anak-anak juga gembira mama mereka ada banyak masa bersama-sama. Suami saya pun cakap, emosi anak-anak semakin baik sejak saya ada di rumah selalu.
Emosi Anak Happy, Ibu Kurang Stress
Emosi anak-anak happy bila balik mama yang ambil..tak perlu bersesak dalam van..berpanas..Lebih selesa nak bersiap di umah sendiri berbanding pengasuh sebab anak kedua saya dah 12 tahunkan..isu aurat pula dengan anak-anak dan suami pengasuh. Apa diorang nak, nak saya masak..saya boleh layan..emosi saya lebih stabil dan kurang stress menghadap sikap majikan. Seronok tengok mereka happy dan tak perlu buat temujanji jumpa mama sendiri.
Malah saya rasa puas hati, kerana saya uruskan sendiri.Entahlah, sedikit sebanyak saya mungkin terlepas peluang sebelum ni utk memberikan perhatian sepenuhnya kepada permata-permata hati saya.
Tapi sekarang masih tidak terlewat, saya bahagia dengan momen-momen tingkah anak-anak. Saya percaya kepada rezeki Allah. Yang penting keberkatan dan magnet rezeki terus dipraktikkan. Seronok rupanya jadi suri rumah tangga ni.
Baru saya tahu.
Saya doakan suri-suri lain juga menikmati kebahagiaan masing-masing.
Nasihat saya pada suri yang dibuang kerja;
1. Jangan putus asa tentang rezeki kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita sejak azali.
2. Rancang kewangan rumah tangga untuk elakkan bebanan dengan komitmen sedia ada. Jika perlu strukturkan semula pinjaman dan dapatkan nasihat AKPK adalah terbaik. Janji nama kita bersih sebab kena ingat masa depan anak-anak masih panjang.
3. Nikmati masa kualiti dengan keluarga sebab masa yang kita alami sekarang tidak akan ada siaran ulangan.
4. Banyakkan komunikasi dengan pasangan, bahagi tugas dan berkongsi emosi dlm rumah tangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.