
Percutian peserta rombongan dari Johor ke Melaka bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka yang juga kanak-kanak perempuan ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin berusia lapan tahun tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.
ARTIKEL MENARIK [Bermain Dengan Kakak Di Anjung Rumah, Bayi 15 Bulan Maut Terjatuh Dalam Banjir]
[“Perut Rasa Kejang..” Tak Tahu Diri Hamil, Wanita Bersalin Dalam Tandas Kapal Terbang]
Menurutnya, mangsa dipercayai lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman lebih kurang satu meter.
Katanya, mangsa bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor tiba di taman tema air itu lebih kurang jam 11 pagi sebelum peserta rombongan melakukan aktiviti riadah.
“Bagaimanapun ketika melakukan aktiviti dalam kolam yang mana setiap 20 minit akan berombak selama 10 minit, kanak-kanak itu dipercayai lemas.
“Petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit: Sinar Harian
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
PKP Bakal Di Sambung? Kumpulan Doktor Gesa Sambung PKP Sampai Lepas Hari Raya Aidilfitri!

PKP perlu disambung hingga selesai sambutan Aidil Fitri tahun ini. Itu gesaan kumpulan doktor bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19 di negara kita.
Laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini semalam menyatakan gesaan daripada Akademi Perubatan Malaysia agar kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kata kumpulan profesional itu lagi, penarikan balik PKP dilihat seakan sia-sia apabila masyarakat dibenarkan balik kampung secara beramai-ramai yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya. Begitu juga dengan aktiviti bersalam-salaman dan berkumpul di dalam masyarakat.
Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.
Samada PKP disambung atau pun tidak, apa yang boleh dikatakan adalah kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama perlu menjaga penjarakkan sosial kita supaya wabak yang satu ini dapat dibendung sewajarnya. Elakkan mengadakan jamuan dan berbuka puasa dengan kapasiti jumlah tetamu yang ramai. Itu sebaiknya yang dapat kita lakukan.
Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut pada 24 Mei ini pastinya berbeza buat kita. Harus terus menjaga kebersihan diri dan penjarakkan sosial, itu yang sewajarnya kita dilakukan.
KKM dijangka menyediakan data pada 10 April kepada kerajaan untuk kerajaan menentukan sama ada melanjutkan perintah itu atau pun tidak. Kita nantikan perutusan khas secara langsung oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini, 10 April 2020, jam 4 petang.
Laporan lengkap mengenai artikel ini di Malaysiakini.
Kumpulan doktor gesa sambung PKP sampai lepas raya
Akademi Perubatan Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kata kumpulan profesional itu, balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
Menurut mereka, penjarakan sosial akan gagal apabila perantau yang balik beraya berkumpul di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya.
“Penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan menyebabkan segala kebaikan yang telah dicapai daripada duduk di rumah selama empat minggu kebelakangan ini, menjadi sia-sia.
“Perang melawan Covid-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, meskipun keinginan untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena Hari Raya adalah sesuatu yang boleh difahami, namun dalam berdepan wabak yang belum pernah dihadapi ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baru ditemui.
“Disebabkan pandemik Covid-19, penjarakan sosial perlu menjadi norma baru sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.
“Untuk tahun ini sekurang-kurangnya, perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin haramkan perhimpunan, sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri, atau Haji,” kata kumpulan itu.
Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan (30 Mei di Sabah) dan Hari Gawai (1 Jun di Sarawak) yang akan datang.
“Sebut Soal Kematian, Suami Terusik Kata-Kata Elyana. Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu”

Masih lagi berada di hospital menjalani rawatan radioterapi, perkongsian Elyana sempena hari bapa baru-baru ini ternyata membuatkan suaminya, Khairul Anuar Husin tersentuh hati.
Khairul berkata dia tidak mahu isterinya itu bercakap tentang siapa yang akan pergi dahulu apatah lagi melihat Elyana tidak pernah berputus asa melawan penyakit kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.
“Tentunya, ungkapan ‘biar Bonda pergi dulu dari ayah’ menjentik emosi saya. Memang sedih dan terusik. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu Elyana cakap siapa pergi dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN [“Biar Bonda Pergi Dulu Dari Ayah.” Sebak Baca Luahan Hati Elyana Buat Suaminya]
“Soal ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Kita tidak mampu menjangka siapa terlebih dahulu dijemput Ilahi. Apa yang penting, saya mahu Elyana terus berjuang melawan kanser limfoma,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Khairul menyifatkan isterinya seorang wanita yang sangat kuat. Elyana juga tidak mahu orang lain tahu dia berdepan dengan kesakitan dan mahu menanggungnya sendiri.
“Sejujurnya, saya tidak sangka Elyana boleh jadi sekuat ini. Kami duduk sebumbung, setiap hari saya melihatnya berjuang melawan kesakitan.
“Ada masa, saya juga sering tertanya-tanya bagaimana isteri boleh jadi sekuat ini. Semangatnya melawan sakit sangat tebal. Namun, ada juga Elyana lemah seperti pesakit kanser lain. Ada ketika, dia jadi ‘down’.
“Cuma mengenalinya, Elyana jenis yang tidak mahu orang lain tahu dirinya sedang berperang dengan kesakitan. Biar sakit ditanggungnya sendiri,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Elyana, dia memaklumkan berat badannya dah mula naik 7 kilogram.
Sebelum ini Elyana berkongsi beratnya hanya 35 kilogram semasa menjalani rawatan radioterapi. Kini beratnya dah bertambah kepada 42 kilogram.
“Alhamdulillah..Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya..i love u!”
Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017. Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Kredit: Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Biar Digigit, Dipukul Dan Dicalar Amsyar Setiap Hari. Midi Takkan Mengalah Membesarkan Anak Austisme Teristimewa

Tersentuh hati admin kala membaca kisah yang dikongsikan oleh Midi di laman Facebook. Kisah anaknya yang teristimewa, Muhammad Amsyar. Disahkan menghidap autism dan ADHD. Tiada lain tujuan Midi, perkongsiannya ini hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa bukan mudah untuk menjaga anak istimewa begini.
Amsyar mengamuk teruk, tangisnya berlanjutan. Bahkan pernah terjadi Amsyar menghentakkan kepala ke lantai sehingga mozek terbelah dua. Bayangkan betapa kuat hentakan itu. Sama-sama kita ikuti kisah Midi dan anak istimewanya ini.
PERKENALKAN SI DIA BUNGA SYURGA?,
MUHAMMAD AMSYAR..
SEVERE AUTISM SPECTRUM DISODER + ADHD!
Kisahnya..
Cerita yg sma..berulang2,tp msih hrap moga ada awareness autism skaligus mmberi ksdaran kpda masyarakat kita..
Anak ini detect autism sngt lwat..hmpir umurnya 4 taun,time tu amsyar hntuk kepala hmpir 70x 1 hari hngga pecah mozek dn brgegar rsanya tapak kaki stiap kali dia hntuk?..tntrum dn mngamok yg sngt pnjng dan agresif..bole dikatakan hmpir stiap msa akan mngamok..dn kami tiada wktu rehat lnsung..
Dari bby dia xpnah tdo mlam..tdonya hnya pkul 9 pg ke atas hngga pkul 3 ptng..brlarutan ke umur 4 thun..mnngis hmpir 20 jam 1 hari brlarutan 3 taun..hntuk kpla dn agresif brlarutan 3 taun..mncderakan dri brlarutan ke 4 taun hngga kini…?

Anak ini mkannya hnyala mi segera, telur dan ayam..hmpir 3 taun xmkan nasik sejak tkng msak Thai yg salu msakkan blik ke kmpung..sejak tu dia xmkan dah nsik..brgntung pda teh o ais yg hnya papa buat..xpnah mnum air masak dari bby hngga kini..
Anak ini mngamoknya spnjng msa hngga di beri 2 jenis ubat..ubat ritalin tuk bntu dia fokus dn resperidon tuk penenang dn agresif dia..skap dia mkin xtrkawal bila ubat mngusai..dia akn cba mlawan..
Mama? Mama depress,dpat srat ke psy tuk rawatan..tp wife midi kuatkan smangtnya..tp lain jdnya bila smkin dia stres,dia akn cabut rmbut hngga botak 1 bhgian..dn ketagih ubat tahan sakit yg di beli di farmasi..1 hari wjib 1 papan atau lbih..migrain yg sngt truk..dn akn mnngis sndirian..peranakan 5x jtuh dan sengkak krna bila amsyar mngamuk..istri akan dukung anak yg beratnya 33kg..dn juga wife pkul ank dngn agak truk..shngga ank yg normal smkin garang sb dbsaqkan dngn suasana yg tegang..
Papa? Papa kna work..cri nafkah..tp bila midi blik midi akn cba take over anak2..bg mkan anak,lyan ank,mndikan ank sb tau sang istri stres dn pnat di rumah..?
Istri xleh kja sb da anta pngasuh sramai 3 orng..antaq 3 jam ja trus pngasuh kol ckap cik amekla anak blik..sy xleh jga..huhu..

Sy ckap dngn istri..xpla biaq abg sorng kja..apa yg abg bwak tulah yg kita akn mkan..mhon jd tulang blkng tuk abg smoga abg kuat..moga abg kuat tuk awk dn anak2..
Keadaan Amsyar yg agresif smpai mnckar,mnggit,hntak kpla smpai mozek trbelah 2,tendang pntu smpai pecah brlarutan hmpir 3 taun..sawan tngisnya brlarutan juga 3 taun..dia akn mnngis hmpir ke 18-20 jam 1 hari dari dia bayi..byngkan anak sulung..orng len happy dpat ank..kami?? Struggle smpai trasa xada prasaan exited tu jd mak pak..allahuu??
Amsyar juga prnah dicemuh,di gertak..di marah oleh sorng mak cik di hospital krna katanya anak ini mnggnggu cucunya..byngkan mak cik tu smpai pnggil polis..di usianya 7 taun sgala mcam kmi hdap nk bsaqkan dia..byngkan bsaq nnti cmna? Allah..?

Tp kini..stlah mkan ubat hmpir ke 13 bulan..amsyar mkin positif..mngamuknya smkin agak brkurngan wlau stiap hari ada 10x juga amukannya..tp kmi sbgai parent hrus redha..
Siapa nk jga dia klu bkn kami? Spa nk hargai dia klu bkn kami? Persetankan smua..Allah cipta dunia dn manusia hnyalah tuk bersusah pyah di sini..tp tdak di alam sna..Allah da ckap dlam quran..
Di sanjung xmngkin mnjadi burung..di rendahkan xmngkin mnjadi sampah..anak2 dn istri..itulah kekuatan sy..
Buat msyarakat..bntulah kmi..bila brhdpan agresif anak..kami xmntak tlong..cma berikan snyuman..bg mnyejukkan hati kami bahwa anda PEKA!
Besar sungguh pengorbanan Midi sebagai seorang bapa. Benarlah kata pepatah, sayangnya ayah sepanjang masa. Admin doakan yang terbaik buat Midi dan keluarga. Semoga Amsyar akan terus membesar dengan sihat dan keluarga Midi kuat berhadapan dengan ujian ini.
Sumber: Midi Ohsem