Rotan murid, guru besar, guru diberi kuasa laksana hukuman. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Rotan Murid, Guru Besar, Guru Diberi Kuasa Laksana Hukuman
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan hukuman itu juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Menurutnya, ia juga sama sekali tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang telah diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.
“Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.
“HUKUMAN ROTAN MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID YANG MELAKUKAN KESALAHAN BERAT, TERMASUK KESALAHAN BULI.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka,” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
Tambah Fadhlina, dalam menangani isu disiplin di sekolah, Kementerian Pendidikan (KPM) juga menekankan pendekatan yang lebih holistik dan berfokus kepada pendidikan nilai serta pembentukan sahsiah murid.
Jelasnya, ia termasuk program intervensi awal, bimbingan kaunseling, pengukuhan budaya kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan murid.
Ads
Melalui pendekatan itu, murid bukan sahaja dididik untuk memahami akibat perbuatan mereka, tetapi juga diasuh dengan adab dan akhlak yang baik seperti yang digariskan dalam Teras 2, 7 Nadi Keunggulan KPM yang memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak, dan integriti dalam kalangan murid
“Peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.
“KPM berpandangan, pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan memperkukuhkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan sebarang isu disiplin dapat ditangani dengan lebih berhemah dan berkesan,” ujar beliau.
Jelas Fadhlina, KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
Hukuman rotan katanya, hanya boleh dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan oleh pihak yang diberi kuasa.
Ads
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni, merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu ayah seharusnya menyediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Salah satunya adalah menyediakan simpanan untuk pendidikan mereka. Anak-anak boleh dilatih sedari mereka kecil untuk membuat simpanan sendiri. Macam mana tu?
Bukan sahaja ibu ayah, tetapi anak-anak juga boleh diajarkan untuk mula menyimpan sejak mereka kecil. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar menghargai nilai duit.
Bagi menggalakkan anak-anak untuk membuat simpanan sendiri, SSPN X PA&MA telah mengadakan sebuah peraduan yang dipanggil CABARAN RM10 SSPN X PA&MA. Caranya mudah saja! Berikan anak-anak RM10.00 dan berikan mereka kebebasan untuk menggunakan duit itu.
Anak-anak bebas untuk membelanjakan duit tersebut, tetapi harus ada simpanan juga. Menarik kan?
Cara nak sertai :
Pergi ke laman Facebook Pa&Ma untuk mendapatkan template seni khas untuk peraduan ini.
Muat turun dan cetak template tersebut.
Minta anak-anak untuk hiaskan template seni tersebut mengikut kreativiti mereka. Boleh tulis, tampal gambar, lukis atau buat apa sahaja supaya template tersebut nampak menarik.
Kemudian ambil gambar template seni tersebut. Muat naik di laman Instagram anda atau mereka sendiri dengan menggunakan tanda pagar:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukbukubaru
#lovesspn
#majalahpama
Senang saja bukan? Dengan cara ini anak-anak dapat menyimpan duit dengan cara yang lebih kreatif. Mereka juga bersemangat untuk kekal konsisten menyimpan kerana mendapat sokongan penuh dari ibu ayah.
Salah satu contoh cara anak-anak boleh hiaskan template seni ini. Kreatif!
Template seni paling menarik akan dipilih sebagai pemenang. Nak tahu apa hadiahnya?
Tempat pertama – Akaun SSPN bernilai RM250
Tempat kedua – Akaun SSPN bernilai RM150
Tempat ketiga – Akaun SSPN bernilai RM100
10 x hadiah saguhati – Akaun SSPN bernilai RM50
Jangan tunggu lagi, muat turun template seni di SINI sekarang dan sertai peraduan CABARAN RM10 SSPN X PA&MA!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menuju ke Klang apabila seorang lelaki meraung melihat isterinya tidak lagi bernyawa selepas digilis sebuah treler, Rabu lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari itu turut dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum tular di media sosial. Rakaman berkenaan memperlihatkan si suami berusaha menarik jasad isterinya sambil cuba menyelamatkan anak perempuan mereka yang masih kecil.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggang lelaki berusia 40 tahun itu dinaiki bersama isterinya berusia 30-an dan anak perempuan mereka berusia 10 tahun. Ketika melalui kawasan terbabit, motosikal tersebut dipercayai cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler.
Akibat itu, ketiga-tiga mereka terjatuh ke tengah jalan sebelum isteri digilis sebuah treler dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Lelaki itu dan anaknya hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sama. Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Apa yang lebih menyentuh hati, video yang dikongsikan menerusi dashcam, kelihatan si suami meraung melihat keadaan isteri …. menunjukkan detik pilu sejurus selepas kemalangan apabila pemandu lori terbabit gagal menahan sebak dan memeluk anak mangsa yang masih kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumah kalau ada bunga bertambah sikit serinya. Cuma susun atur kena kemas baru sedap mata memandang.
Namun jika isteri nak buat sendiri rak bunga bertingkat agak terhad sikit. Jadi apa kata suami boleh tolong isteri realisasikan impian untuk rumah nampak cantik.
Perkongsian dari seorang suami, saudara Abdul Hadi dengan membuat rak pasu DIY dari paip PVC ini sangat cantik dan cukup mudah!
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung-sambung paip PVC, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memang tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kena pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam.
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua beli online kat shoppe saiz 3/4 inci.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.