Bosan dengan nasi, apa kata sesekali kita sediakan roti pita pula untuk anak-anak. Bukan roti pita yang dibeli sebaliknya dihasilkan sendiri secara ringkas. Menariknya Roti pita homemade ini digabungkan bersama Kambing Goreng yang diperap lama dan rasanya cukup enak.
Resipi simple sebegini jika kena gayanya anak makan tak cukup satu. Nak tahu bagaimana rasanya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puspa Mimi ini. Memang awesome!
Resepi roti:
3 cwn tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/3 cawan minyak masak
1 cwn air panas
Gaul semua dengan sudu ye. Panas ni, agak suam dah boleh uli dengan tangan sampai sebati jadi doh.
Bahagi kepada 16 bahagian dan canai nipis. Boleh dapat saiz sederhana (saiz 2 tapak tangan). Nak saiz besar lagi pun boleh ikut suka.
Bakar atas kuali non stick. Jangan lama ya sebab nanti keras. Tak perlukan minyak.
Makan dengan inti kambing goreng ni. Memang mabeles.
Resepi kambing goreng:
1/2 labu bwg besar -potong dadu
3 ulas bwg putih-cincang
Carrot – potong dadu
Terung-potong dadu
timun-potong dadu
Kambing dah diperap dengan sos black pepper+rosemery-potong dadu.
Sos cili
Sos black pepper
Sedikit kicap manis
Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan daging perap tadi.
Masukkan carrot, terung dan sedikit air. Biarkan sekejap.
Masukkn sos cili, sos blackpper dan perasakan garam gula. Biar semua bahan lembut dulu, last sekali baru masukkan timun.
Siap. Salad tak ada, makan dengan bayam brazil pun sedap. Anak saya yang kecil suka ratah je roti ni. Tekstur tak liat. Lembut tapi tak mudah koyak.
Menarik: Akok Guna Acuan Muffin, Bakar 20 Minit Dalam Oven Rasa Lembut Aroma Pandan!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah
Puri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.
#1: Puri brokoli, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu
CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
#2: Puri brokoli bayam
BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan
CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
#3: Bubur pisang dan beras perang
BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.
#4: Puri pisang, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.
#5: Bubur oatmil, labu & ikan
BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya
CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.
#6: Puri labu, ayam dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.
#7: Puri labu dan kurma
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.
Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.
#8: Puri kentang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.
#9: Puri pisang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.
Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.
#10: Bubur oat, ayam dan lobak merah
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)
CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#11: Bubur oat, bilis, saderi dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#12: Puri Couscous, Epal, Baby Spinach
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam
Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.
#13: Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus
Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.
#14: Puri Peas & Bayam
Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam
Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
#15: Puri Oat Kurma
Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.
Sumber: Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Travel Bukan Terus Jalan Saja, Makanan Bayi Wajib Kena Sedia, Persiapan Ibu Ni Memang Mantap!
Bercuti atau travel dalam pelbagai urusan memang menyeronokkan. Namun tak semudah itu bagi semua ibu-ibu. Malam sebelum bertolak, ibulah orang yang paling sibuk mempersiapkan segala kelengkapan seperti pakaian dan sebagainya. Bukan itu, bahkan makanan anak juga termasuk dalam senarai wajib ibu perlu sediakan. Rumit tapi inilah hakikatnya pengorbanan seorang ibu.
Seronok tapi memenatkan. Senarai pemakanan dan perancangan makanan bayi yang dikongsikan oleh ibu ini, Rarra Sakura di facebooknya ini memang hebat. Ini bukan biasa-biasa tetapi menuntut pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit. Bukan semua ibu mampu buat seperti yang dikongsikan oleh ibu ini. Hebat!
Semoga senarai dan perancangan idea pemakanan ini boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal bercuti atau travel atas urusan kerja. Sayangkan anak, semua hendak sempurna. Mantap!
Sok si twin kena ikut mommy pergi travel. Terpaksa jugak pergi kursus 3 hari 2 malam, menginap di hotel. Si twin tak boleh tinggal sebab still fully bf dan malam-malam tak boleh tido takde mak. Sebelum ni dah pernah jugak bawa twins ikut ayah dia kursus tapi bawah umur 6 bulan.
Macam senang sikit just susu je. Kali ni umur 1y 2m ni agak mencabar sikit. Excited pun ada ni. Banyak jugak ek nak kena siap, tambah lagi double. Masa nak snap picture ni pun dua tiga kali terganggu sebab sorang-sorang kacau. Yang ni la serba sedikit yang akan saya bawa esok. Doakan perjalanan kami lancar ye.
Siap Sedia Makanan Dalam Perjalanan
****************************
Bubur nasi ketam (masak lebih sikit supaya tahan sampai malam pertama)
Ciken nugget/potato nugget
Ayam goreng upin ipin (drumstick)
Buah² (siap potong)
Bahan Kering Wajib Ada
**************
Bawang, bawang putih, halia, kentang (saja bawa kot nak pakai bendanya ada)
Bihun, pasta (bawa banyak mana nak pakai)
Telur
Minyak bijan (saja bawa)
Sup bunjut
Beras
Roti wholemeal (beli nanti)
Bahan Basah
**************
Ayam potong² (frozen)
Sayur tambahan macam karot, sawi pakcoy, tomato (letak dalam plastik kecik)
Keowtiaw (kalau twins buat ragam tiber jemu nasik!)
Buah²
Finger food : chickken nugget, potato nugget
(dah grill dan frozenkan nanti nak guna just panaskan je)
Yang dalam bekas kecik² tu : preparation kot sampai nanti nak kena masak, senang semua dah siap. Just campak je dalam periuk.
Untuk simpan barang basah ada 3 box sebenarnya. Yang merah tu kecik. Yang polisterine warna putih tu pun ada. Box besar dari merah tu pun ada. Untuk barang basah kalau untuk bekalan hari pertama, lepas sampai hotel kalau ada peti ais, baik terus simpan dalam peti ais.
Tapi kalau hotel tak ada peti ais, simpan dalam box ni boleh tapi dengan syarat kena sentiasa pastikan top up ais. Sayur dan barang basah lain insyaallah elok. Pasal tu kena pastikan hotel dekat ngan pasaraya senang cari ais.
1. Karot – cincang halus
2. Brokoli
3. Pasta rebus
4. Bawang+bawang putih +vhalia (yang dikisar dan saya tumis sampai pecah minyak, nanti bila nak buat sup atau bubur just masukkan je, tak payah bawa minyak dah)
5. Daun bawang dipotong
6. Serbuk ayam (ayam goreng (dada) yang saya goreng kering kemudian saya blend kering. Ni untuk penambah perasa dalam bubur dan lain²
7. Sawi pakcoy (potong²)
Peralatan
***********
Rice cooker (dua saya bawa, satu nak masak sup, satu lagi masak nasi)
Pinggan, mangkuk, sudu, senduk, pisau, cutting board
Tisu, towel kecik nak lap², penapis kecik nak basuh², pencuci pinggan, termos, cooler box, ice pack.
Cadangan Menu
*****************
Yang mudah je. Awal dah note kat hp. Risau je takut ada yang tinggal. Insyaallah tak sabar rasa nak main masak-masak dekat hotel.
Nasi dan semestinya sup ayam + sayur, telur dadar, sup pasta. Hmmm tengok la apa yang sesuai mommy masak je.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pancing Selera Anak Dengan Puding Buah Kuah Kastard Ni, Menu Simple & Rasanya Ramai Suka!
Rugi kiranya jika ada yang belum merasai keenakan rasa Puding Buah Kuah Kastard sebagai pilihan menu pencuci mulut yang begitu lazat dimakan sejuk. Kelembutan tekstur puding bersatu dengan buah yang segar menjadikan menu ini bukan sahaja mampu menawan selera orang dewasa malah kanak-kanak juga akan teruja untuk menikmatinya.
Sementelah jika ada yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini untuk keluarga, apa kata sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Mr Ali. Pasti puas hati!
Puding Buah kuah Kastard
Bahan – Bahan
( Puding)
2 setengah cawan air
4 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
1 tin susu cair
Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.
(Kuah Kastard)
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara-Cara
Puding:
1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3.Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard:
1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
3.Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba semua!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI