Mengambil gambar anak tidak salah, namun meletakkannya dengan begitu banyak di media sosial bukanlah satu tindakan yang wajar. Bimbang dari pelbagai aspek keselamatan anak kecil kita.

Pun begitu, jangan kerana larangan meletakkan gambar ini dimedia sosial, kita terlepas segala momen ketika anak membesar. Benar seperti perkongsian Dr Redza Zainol ini. Ambillah seberapa banyak gambar pun untuk simpanan peribadi kita. Apabila anak semakin membesar, segala momen ini dapat ditunjukkan semula betapa sayangnya kita pada mereka.

Rugi Tak Ambil & Simpan Gambar Anak Masa Kecil, Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti!


“Aku dah mula lupa macam mana rupa jari anak aku.”

Entah apa yang patut saya balas. Hanya mampu memberi kata semangat. Anaknya baru berusia beberapa bulan sebelum menemui Ilahi.

Antara kekesalan sahabat ni dia jarang ambil gambar anaknya. Dia fikir anaknya masih kecil, jadi masa masih banyak. Selalu juga isteri beliau kata ambillah gambar anak lagi-lagi bila dia tengah buat bermacam aksi.

Rugi Tak Ambil & Simpan Gambar Anak Masa Kecil, Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti!

IKLAN

Sahabat ni pesan. Ambillah gambar anak sebanyak mungkin. Dia kata dia selalu pegang phone. Tapi dia lagi suka guna phone tu untuk balas mesej kawan atau baca itu ini di media sosial.

Dia simpan phone dalam poket, tapi entah kenapa berat betul dia nak keluarkan phone untuk ambil gambar anak. Dia kata kalau nampak anak terlelap di sofa, di meja makan, ambillah gambar dia.

Ambil gambar dia masa dia tak perasan, tak perlu posing hebat-hebat. Ambil je gambar tu. Masa dia menangis, ambil gambar dia. Masa dia tersenyum ambil gambar dia.

Rugi Tak Ambil & Simpan Gambar Anak Masa Kecil, Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti!

IKLAN

Ambil gambar tapak kaki dia, ambil gambar jari-jari dia. Masa berlalu pantas dan jika diizinkan Allah, dia akan semakin dewasa. Tanpa kita sedar, dia dah mula tinggalkan kita ke alam sekolah dan universiti.

Untuk sahabat ni, dia tak berpeluang untuk merasa semua ini. Ambillah gambar anak.

Bila mereka pergi tinggalkan kita, kita ada gambar mereka bersama kita ketika merindui. Ambillah gambar anak.

IKLAN

Rugi Tak Ambil & Simpan Gambar Anak Masa Kecil, Buat Kenangan Bila Mereka Besar Nanti!

Tunjukkan betapa comelnya mereka semasa kecil. Tunjukkan betapa kita sayangkan mereka sejak kecil.

Sahabat ni cuma ada beberapa gambar kenangan yang sempat diambil. Tapi tak banyak. Itu sajalah yang tinggal.

Betul kita taklah selalu teringat nak ambil gambar anak. Tapi kalau teringat, ambil terus gambar tu. Percayalah, anak dan pasangan kalian akan bersyukur sangat melihat gambar-gambar tu.

Artikel menarik: Main Playdough Nampak Santai Tapi Bantu Kekuatan Tangan, Persediaan Anak Menulis & Baca

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI