Cabaran membesarkan anak tak sama. Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek, menangis tak tahu apa yang dia nak, apabila anak masuk alam persekolahan, lain pula cabarannya.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat sekarang ni, lagilah susah nak kawal gerak geri anak. Sebab itu, bila ibu bapa terleka sikit, cepat je anak akan belajar benda yang langsung tak terfikir pada zaman kita dulu.

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Perkongsian dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini mengenai permasalahan anak zaman sekarang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.

Ada ibu bapa yang keliru dan tertanya-tanya adakah anaknya normal atau tidak setelah melihat tindak-tanduk mereka kebelakangan ini. Boleh kata setiap hari ada yang PM saya bertanyakan hal ni.

Maka, dalam post ini saya senaraikan perbuatan normal dan tidak yang mungkin dilakukan oleh seorang anak lelaki atau perempuan berusia 12 tahun ke bawah.

1. Anak luahkan yang beliau suka dan cintakan seseorang. Kadang-kadang beliau cakap nak kahwin dengan budak itu atau budak ini. Ini normal. Ia dipanggil fitrah manusiawi. Anak sebut begitu pun mungkin sebab dah biasa layan drama tv yang ada genre cintan cintun.

Yang tak normal adalah anak sukakan seseorang, tetapi dalam masa yang sama ada keinginan nak kiss mulut budak itu atau pegang punggung kanak-kanak berkenaan atau lain-lain kelucahan.

2. Anak lelaki ada ketika menyeluk tangan ke dalam seluar atau memegang seluar (kemaluan) walau tangan tidak diseluk. Perbuatan ni sebenarnya bertindak balas dari rasa ingin tahu anak lelaki, kenapa kemaluannya kejap kecil, kejap besar, kejap pendek, kejap panjang.

Yang tak normalnya adalah anak lelaki bukan sekadar memegang kemaluan, tetapi memegang kemaluan kawan-kawannya, genital adik beradiknya samada lelaki atau perempuan. Lebih parah andai anak lelaki ini sudah tahu menggosok-gosok kemaluan persis melakukan onani.

3. Anak perempuan yang ada ketika menggaru-garu kemaluannya. Mungkin gatal. Perlakuan ini normal.

Yang tak normalnya adalah anak perempuan ini memasukkan jarinya ke dalam kemaluan, menggesel atau sembamkan kemaluannya pada orang lain atau perlakuan lain-lain.

IKLAN

4. Kanak-kanak main kahwin-kahwin. Tak kisahlah sesama sepupu sepapat ke, sesama adik beradik ke. Ia normal.

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Yang tak normalnya adalah main kahwin-kahwin, tapi perbualan mereka dah menjurus idea malam pertama, buat anak dan seks.

5. Anak lelaki atau anak perempuan yang melukis tubuh badan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Yang tak normalnya adalah kanak-kanak ini melukis gambar manusia, tetapi di bahagian dada dilukis payudara yang besar, kemaluan lelaki yang panjang atau lain-lain private part. Juga mereka meletak dialog lucah dalam setiap lukisan itu.

6. Anak-anak berkumpul dengan sepupu ketika balik kampung dan bermain aktiviti di luar rumah seperti panjat pokok, kejar ayam, main layang-layang dan lain-lain aktiviti.

Yang tak normalnya adalah anak-anak ini bermain dengan sepupu dalam rumah, duduk dalam bilik, siap berkunci lagi. Juga mereka main di satu sudut, seolah-olah cuba menyorok dan menyimpan rahsia aktiviti apa yang sedang mereka lakukan, sambil di tangan mereka ada handphone.

7. Anak balik dari sekolah dan bercerita pasal kawan-kawannya. Kisahnya menjurus kepada layanan cikgu, topik yang dipelajari, sikap kawan-kawan atau sikap rakan-rakan yang mengejek (ini masalah juga sebenarnya).

IKLAN

Yang tak normalnya adalah anak balik sekolah dan menyebut perkataan kunyit, serai yang kedua ini merujuk kepada hubungan gay dan lesbian. Anak juga dah pandai cakap fuck dan tunjuk jari tengah.

Kalau anak tak menyebut perkataan atau perbuatan berkenaan, tak normal juga kalau beliau kongsikan ada kawan menyebut nak rogol kawan, main bontot dan lain-lain istilah. Ada something wrong yang dah berlaku di sekolah.

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Sebenarnya ada banyak lagi keganjilan kisah-kisah yang saya perolehi. Cuma, nak bagi tahulah, jika perbuatan tak normal ini berlaku, maka ini kemungkinannya,

1. Anak kita telah terdedah dengan pornorafi. Samada dari handphone yang kita bagi atau sepupu yang ajar tengok video lucah masa balik kampung.

2. Anak pengasuh yang ajar, atau budak-budak transit. Akhirnya, anak ini rasa ia satu permainan dan meneruskan habitnya di rumah.

3. Anak melihat perlakuan jimak mak ayah depan mata. Maklumlah, jenis tak reti pisahkan tempat tidur anak sampai usia 12 tahun. Mak ayah expect anak dah tidur. Tanpa mereka sedar, anak curi-curi melihat dan memerhati.

IKLAN

4. Darah daging sendiri yang jadikan anak kita mangsa. Samada ayahnya sendiri, bapa sedara, sepupu, adik beradik dan lain-lain. Juga boleh jadi individu yang lain seperti cikgu sekolah, pemandu bas, pakcik kantin, kawan kepada kita dan lain-lain.

5. Kawan ajar di sekolah.

6. Masih mandi bogel bersama adik beradik. Bila balik kampung, mandi bogel dengan sepupu sepapat pula.Jika perilaku anak seperti yang saya kongsikan (tak normal), maka ini nasihat saya,

1. Tolong pastikan siapa yang ajar anak. Kadang-kadang, anak berkelakuan tak senonoh disebabkan dia tak tahu benda tu salah. Apatah lagi si pelaku dah tanamkan mindset jangan bagi tahu sesiapa, ini rahsia kita berdua dan diberi ganjaran kemudiannya.

2. Kena rujuk bahagian kanak-kanak di hospital jika dah sampai tahap ketagih. Akan ada sesi rawatan yang perlu anak ikuti.

3. Jika puncanya ada kaitan dengan jenayah, maka mak ayah please bela dan tuntut keadilan untuk anak. Lakukanlah apa sahaja walau kena buang keluarga, dipulaukan, turun naik mahkamah atau dituduh sengaja memfitnah.

4. Report polis jika anak berkelakuan lucah disebabkan menjadi mangsa pengantunan (sex grooming)

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

5. Paling penting, sentiasa doakan anak kita, tunjukkan contoh yang baik, sentiasa pesan tentang private part, sentuhan selamat dan tidak selamat dan lain-lain.

Jika ada orang lain bagi tahu anak kita berkelakuan tak normal, jangan melenting tak tentu pasal. Siap kata aku pandailah jaga anak sendiri. Fokus kita sekarang adalah masa depan anak berkenaan dan anasir-anasir lucah disekelilingnya. Setiap dari kita berperanan.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI