Tak dinafikan PKP yang semakin berpanjangan membuatkan peti ais kita terpaksa dipenuhkan dengan jumlah barang yang banyak bagi mengelakkan kita keluar dengan kerap. Namun yang menjadi masalah pastinya ruang simpanan yang kecil terutama bagi yang memiliki peti ais bersaiz kecil.

Tip mudah yang dikongsikan oleh Pn Miemiey Apple Berry di facebooknya ini boleh mama jadikan panduan. Lebih jimat ruang malah lebih senang hendak dikendalikan bila memilih untuk menyimpan di dalam plastik zip lock berbanding bekas biasa. Simple!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni saya nak share cara saya asingkan dan simpan lauk pauk dalam peti ais. Tips ni saya gunakan untuk lebih cepat penyediaan Bento anak-anak ke sekolah.

Ruang dalam peti pun boleh digunakan sepenuhnya, ada juga saya letak dalam bekas tapi bekas-bekas kecik je kalau yang berkuah atau lauk untuk goreng.

IKLAN

Zip lock korang boleh beli dekat kedai eco, Mr.Diy, Daiso dan mana-mana pasaraya yang terdekat. Ada macam-macam saiz. Jadi pilih je saiz yang sesuai korang nak guna.

Oh ya untuk sayur dalam peti pun saya basuh dan letak dalam zip lock ni juga. Lebih tahan lama tempoh hayat kesegaran sayur tu.

IKLAN

Harap dapat membantu memudahkan kerja masak memasak untuk yang tersayang. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.

Menarik: Cantik Tersusun Kemas & Sayur Tahan Lama, Ibu Ni Kongsi Cara Simpan Barang Mentah Dalam Peti Ais

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

IKLAN

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)