“Jom kita pergi jalan-jalan” kata si isteri, tak minta pun percutian mewah cuma teringin untuk keluar rumah bersiar-siar, tapi hampa bila suami tak endahkan.
Percayalah, isteri hanya mahukan sedikit ketenangan untuk melegakan emosi dan minda mereka setelah penat bertungkus-lumus menjaga keluarga. Kenapa perkara ini penting? Ikuti perkongsian pengalaman daripada Dr Taufiq ini.
Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!
Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.
Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
Kredit: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, selalunya kita lebih terdorong untuk mencari apakah kaedah terbaik untuk menghukum anak agar dia tidak mengulangi perbuatannya yang tidak kita senangi.
Kita jarang mencari punca, apa sebabnya anak berkelakuan sebegitu? Apakah yang mendorongnya? Apakah yang difikirkannya? Apakah masalah yang dihadapinya? Apakah yang dirasainya? Apakah persepsinya? Apakah matlamat dia berkelakuan sebegitu?
Mungkin kita jarang mempertimbangkan semua itu kerana leceh, banyak kerja, banyak benda lain hendak difikirkan. Kalau terus rotan je kan senang?
Sudahnya kita gunakan kaedah ‘one-size-fits-all.’ Satu kaedah pukul rata semua punca.
Itulah yang menyebabkan hukuman kita tidak berkesan. Kita rasa kita perlu terus menghukum dan terus menambah hukuman supaya anak berubah.
Bermula dari sekali jerit, ke sekali cubit dan kemudiannya ke rotan berkali-kali. Tetapi masalah tidak juga selesai. Perangai anak tetap sama. Ini kerana puncanya belum difahami dan ditangani.
“Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results.” Kadang-kadang bila kita cari puncanya, ia sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri.
Adilkah jika anak dijerkah, dicubit, dikurung, dirotan dan dihukum sedangkan kitalah yang menjadi punca tingkah laku anak itu? Kebenaran adakalanya pahit untuk ditelan. Think about it.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini pepatah yang selalu digunakan untuk mengambarkan setiapa apa yang dilakukan mesti bermula dari awal. Begitu juga bab mendidik dan membesarkan anak-anak.
Seperti kisah ibu ini, Puan Nik Sarahida Saadan, yang mempunyai 5 orang anak antara usia 12, 11, 9 dan 7 tahun caranya mendidik anak adalah dengan disiplin. Hanya guna teknik ini, alhamdulillah nampak hasilnya hingga sekarang.
Kongsinya lagi, pendekatan ini adalah sesuai kerana anak rasa tak stres dan saling berlumba untuk buat perkara yang baik. Sejak mereka kecil lagi, kami suami isteri dah mendidik anak mengemas kerana papanya seorang yang pengemas dan disiplin.
Pakaian sekolah mereka, semua diuruskan anak-anak. Saya hanya pemerhati dan ajar apa patut mereka buat. Mungkin orang tengok cara saya dan suami tegas, tapi inilah yang buatkan anak jadi seorang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Anak dah tahu rutin masing-masing
Kerja harian anak-anak sebelum papa balik kerja. Lepas anak-anak balik sekolah, rumah memang macam kapal karam. Semua akan keluarkan buku nak siapkan kerja sekolah dan nak susun buku ikut jadual.
Jadi bila dah petang, sebelum papa sampai rumah dan sebelum papa bertukar….anak-anak dah faham apa tugas mereka nak buat untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.
Mama akan jadi supervisor. Boleh tahan sakit kepala juga kerana perlu bagi arahan pada ‘5 tentera’ ni. Mereka memang 24 jam dengan mama, jadi mama marah lah mcam mana pun, bagi anak-anak dah macam mama geletek-geletek je mereka..
Jadi daripada mama sakit kepala, maka mama tarik nafas panjang-panjang lepas tu tukarkan nada kepada gurauan tapi tegas.
Tips galakkan anak suka mengemas :
1. Jadikan kerja harian macam mereka sedang bermain (sebab anak-anak ni suka kita bermain dengan mereka)
2. Jadikan anak-anak sebagai kawan, ajak mereka sama-sama kemas lepas sepahkan.
3. Jangan terlalu serius, jaga nada.
4. Biar mereka enjoy dengan apa yang mereka tengah kemas.
5. Bagi tugas masing-masing, biar mereka rasa ada tanggungjawab untuk siapkan tugasan.
6. Sentiasa puji bila mereka buat kerja dengan bagus.
7. Bila anak-anak buat sepah, jangan kita kemaskan untuk dia, sebaliknya minta anak-anak sendiri yang kemaskan balik.
8. Bagi reward kalau buat kerja dengan cemerlang.
Contoh paling simple :
Bagi bintang dalam buku harian masing-masing ikut prestasi atau siapa siap dulu boleh datang cium mama..(nampak macam remeh kan, tapi anak-anak suka. Buktinya anak sulung darjah 6 pun masih berlumba nak siapkan sebab nak cium mama.)
Ini je tip ringkas dari saya sebagai ibu kepada 5 anak. Tak perlu rasa nak pening-pening, nak jerit-jerit sepanjang masa. Penting kena disiplinkan mereka sejak awal kerana bila dah masuk alam persekolahan automatik anak-anak akan faham dengan sendirinya. Semoga bermanfaat untuk semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda betul-betul ibu bapa prihatin banyak cara boleh ditunjukkan untuk kita luah rasa sayang pada anak. Sayang bukan sahaja diucapkan dengan kata-kata, tetapi juga dengan bahasa tubuh seperti sentuhan dan perbuatan.
Namun, sebagai ibu bapa kita perlu konsisten untuk mengungkapkan perasaan sayang ini agar anak dapat memupuk sikap diri yang positif dalam dirinya.
Menurut Pendakwah Bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ada beberapa cara yang ibu bapa boleh tunjukkan yang kita benar-benar sayang dan kasih pada anak.
Setiap peringkat umur anak, ada cara berbeza untuk kita layan. Jika anak menangis jangan tunjukkan emosi negatif kita depan mereka. Begitu juga jika anak meragam pagi-pagi tak mahu ke sekolah, ibu bapa kena layan perasaan itu supaya anak lebih bersemangat.
Bukan itu saja, setiap malam sebelum anak lelapkan mata, apa kata kita duduk sebelah anak-anak, peluk dan ciumlah mereka.
Dalam masa sama baca doa untuk kesejahteraan anak serta tiup di ubun-ubun mereka.
Amalkanlah bacaan Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Tiga Qul, Surah Al-Insyirah dan selawat. Sambil itu bisikan di telinga ‘I Love You’. Selalu juga ucap yang kita sebagai ibu ayah sayang sangat sebab mereka amanah Allah SWT paling bernilai.
Selain itu, ada lagi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengungkapkan perasaan sayang pada anak-anak kita.
1. Sertai dengan sentuhan.
Jangan pernah berhenti mengekspresikan sayang pada anak. Sebaik mungkin sertai dengan sentuhan lembut, pelukan, dan ciuman. Contohnya, “Anakku sayang, cepat besar, ya!” sambil membelai kepala anak, atau “Sayangku, ibu sangat menyayangimu,” sambil mencium dan memeluk si anak. Perilaku dan ucapan kita ini akan membuat anak merasa sangat disayangi.
2. Ucapkan dengan lembut.
Ketika mengungkapkan rasa sayang pada anak, ucapkan dengan kata-kata yang lembut dan setulus mungkin. Walaupun anak masih kecil, namun sebenarnya anak-anak sangat peka terhadap ketulusan atau keikhlasan kita. Anak-anak boleh mengetahui makna ucapan sayang yang tulus atau tidak melalui bahasa tubuh kedua ibu bapanya.
3. Belaian sebelum berpisah.
Saat berpisah dengan anak, misalnya semasa kita hendak pergi bekerja atau sebelum anak-anak tidur, ucapkanlah rasa sayang kita sambil memberinya belaian atau kucupan. Hal ini akan memberi keyakinan pada anak bahwa mereka disayangi, dan kita akan selalu ada untuk mereka. Selain itu, ucapan sayang dan belaian ini juga berfungsi untuk memberikan perasaan aman dan nyaman kepada mereka.
4. Komunikasi
Yakinkan anak melalui perbuatan bahwa kita dan keluarga saling menyayangi satu sama lain. Pastikan juga anak dapat merasakan kasih sayang sebagai keluarga yang utuh. Hal ini akan meyakinkan anak bahwa mereka disayangi dan menghindarkan mereka dari pergaulan yang salah.
5. Konsisten
Wujudkan rasa sayang dan cinta kepada anak secara konsisten, sekalipun ia melakukan kesalahan. Hal ini bukan berarti membenarkan kesalahan yang diperbuatnya. Jika anak melakukan kesalahan, beri pemahaman kepadanya bahwa apa yang dilakukannya itu salah dengan nada yang lembut namun tegas. Yakinkan kepadanya bahwa sekalipun ia melakukan kesalahan, kita akan tetap menyayanginya.
Sumber: Buku Serba Serbi Anak, oleh Windya Novita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.