Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang tinggi di Pulau Pinang rupanya berpunca daripada troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di pasar raya dan pusat membeli-belah.
Kenyataan tersebut turut disahkan oleh surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Barat Daya, Ayer Puteh yang menyatakan hasil siasatan mendapati salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasar raya.
Sehubungan itu pihak berkuasa berkenaan meminta pusat membeli-belah untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi (sucihama) terhadap troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di premis tersebut menggunakan larutan cecair peluntur bagi membasmi virus HFMD dari terus merebak.
Dr Afif Bahardin
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin, arahan dikeluarkan selepas jabatan terbabit melakukan pemeriksaan dan mendapati alatan berkenaan antara punca penularan penyakit berjangkit tersebut.
Katanya lagi bukan sahaja troli tetapi tempat permainan kanak-kanak yang ada di dalam premis turut boleh terdedah pada jangkitan HFMD.
Kuarantin Anak Yang Telah Dijangkiti!
Ads
Dr Afif menasihatkan ibu bapa yang mempunyai ahli keluarga dijangkiti penyakit HFMD supaya mengkuarantin pesakit di rumah selepas mendapat rawatan dan nasihat doktor untuk mengelakkan penularan penyakit pada orang lain.
Mengenai status terkini kes HFMD di Pulau Pinang, beliau memaklumkan terdapat pertambahan kes pada Ahad dan Isnin sebanyak 128 kes, menjadikan jumlah terkini sebanyak 2,559 kes berbanding 1,102 bagi tempoh sama tahun lepas.
Ads
Buat masa ini, 13 pesakit masih dirawat di Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya dan sebuah hospital swasta namun keadaan mereka dilaporkan stabil.
Ketika ini, 23 premis masih ditutup akibat penularan penyakit itu membabitkan sekolah rendah, taska, tadika, pusat jagaan dan pra-sekolah.
Antara sekolah dan kelas yang masih ditutup, SK Juara, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik Pusat dan SJKC Kwang Hwa.
Ads
Gambar hiasan
Sebelum ini, Dr Afif berkata tiada polisi untuk JKNPP menutup tempat permainan awam di dalam pasar raya dan pusat membeli-belah mahupun di taman awam yang menyediakan kemudahan tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya menggalakkan pemilik di premis berkenaan membuat pembersihan berkala bagi memastikan peralatan permainan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Ebterivurys 71 yang merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis penghidapnya dan biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Antara gejala penyakit ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut dan lidah.
Pertama kali bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Siti begitu teruja sekali.
Bayangkan perasaan dialami Siti yang 12 tahun menyambut hari raya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.
Tentu sahaja kehadiran bayi yang comel akan menambah kegembiraan dan kelainan dalam keluarga bahagia Siti dan Datuk K.
Kalau dulu persiapan raya tertumpu pada suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya tetapi kini Siti akui dari awal Ramadan sudah sibuk memikirkan persiapan untuk Aafiyah sahaja.
Lucunya dalam gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Siti yang teruja untuk berpakaian sedondon dengan si comel pada hari raya sampai terlupa untuk meletakkan sekali pakaian suami tercinta.
Nampak cantik pakaian sedondon ibu dan anak ini. Tentu mereka akan tampil paling menawan di pagi Syawal.
Pelontar vokal lagu Comel Pipi Merah ini memberitahu, sudah menempah empat pasang baju raya yang sedondon dengan anaknya untuk digayakan pada hari raya.
Nampaknya perasaan Siti pun sama seperti ibu lain yang ingin tampil berpakaian sedondon dengan anak di pagi raya.
Selain dari itu, Siti yang menerima banyak hadiah pakaian kasual daripada peminat tidak akan membazirkan pemberian tersebut. Hadiah pakaian yang masih banyak belum dipakai oleh Aafiyah pasti akan digayakan di hari lebaran ini.
Kegusaran rakyat selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerjaan untuk tangani wabak Covid-19 kerana rata-rata daripadanya bekerja gaji harian, hilang pekerjan, gaji dipotong akhirnya menarik nafas lega selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Antara bantuan yang disalurkan adalah bayaran tunai secara one-off untuk setiap isi rumah supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup. Menerusi ucapan beliau, ternyata seluruh rakyat Malaysia mendapat bantuan ini. “Tiada satu pun yang tertinggal” begitulah kata-kata yang menyentuh hati kita semua.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
“Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua.
Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.
Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak COVID-19. Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta. Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.
Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini. Saya sedar dalam situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang mengharungi cabaran yang hebat ini.
Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada
anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat ini.”
Prihatin dengan keadaan rakyat yang terjejas PM meringankan beban rakyat dengan bantuan ini
“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.”
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Golongan Pelajar Juga Dapat Bantuan
“Saya juga tidak lupa kepada para pelajar institusi pengajian tinggi. Anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.”
25 Juta Bantuan Untuk Rumah Perlindungan
“Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.”
Sumber Video: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Emosi ibu memainkan peranan yang sangat mustahak dalam perkembangan bayi. Tidak dinafikan tekanan perasaan dan stres sangat mempengaruhi.
Bekas isteri ustaz selebriti PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat daripada tekanan yang dialaminya sepanjang kes perceraiannya berlangsung.
TERKEJUT DOKTOR KATA BAYI DALAM KANDUNGAN KURANG AKTIF
Ain berkata, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu dan terkejut apabila laporan doktor mengatakan bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif.
“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif,” katanya yang sedan hamil 8 bulan.
DINASIHATKAN SUPAYA BANYAK BEREHAT
Menurut Ain ‘Afini, doktor juga turut menyarankan dirinya untuk mengawal emosi dan mendapatkan rehat cukup demi kebaikan bayi dalam kandungan.
“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain ketika dihubungi MHE TV.
YAKIN ADA HIKMAH YANG MENANTI
Melalui proses yang sukar sepanjang kontroversi antara dia dan suami berlaku, jelas Ain dia merasakan ada hikmah baik yang akan datang kepadanya tidak lama lagi.
MENOLAK HASRAT BEKAS SUAMI UNTUK KEMBALI
“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.
“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,” jelas Ain.
PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, sebelum ini tular apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.