Anak-anak memberikan cabaran yang berbeza pada setiap peringkat usia mereka. Ketika bayi, kita diuji dengan kepenatan fizikal menguruskan anak yang bergantung sepenuhnya kepada kita. Tidur sering terganggu dan tidak cukup. Kitaran menyusukan anak, membersihkan anak dan menenteramkan anak sangat meletihkan. Memastikan bayi dijaga oleh pengasuh yang baik juga adalah cabaran yang besar ketika usia ini.

Saat Ibu Ayah Penat, Tengoklah Wajah Anak. Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

Semasa usia ‘toddler’, kita perlu berhadapan pula dengan anak yang sering meragam kerana inginkan otonomi. Anak mula mempunyai pendirian untuk melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri walaupun kurang pengalaman. Membantah atau tidak menurut apa yang anak inginkan sering menimbulkan konflik dalam bentuk ‘tantrum’.

Ketika usia persekolahan kita perlu pula berhadapan dengan cabaran akademik yang terpaksa dilalui oleh anak. Adakalanya risau kita melebihi kerisauan anak. Pada usia ini juga anak melalui cabaran sosial kerana mula berkawan. Anak mungkin mula meniru tingkah laku yang tidak elok dan membawa pulang ke rumah.

IKLAN

Kita pula perlu menyokong dan membimbing anak dan pada masa yang sama menetapkan batasan dan peraturan supaya anak berpegang kepada nilai keluarga kita. Peraturan ini adakalanya tidak menggembirakan anak tetapi bukanlah tugas kita untuk memastikan anak gembira sentiasa tanpa peraturan.

Saat Ibu Ayah Penat, Tengoklah Wajah Anak. Mereka Kekuatan Waktu Kita Rasa Gagal

Dengan anak remaja, cabaran akademik dan sosial semakin memuncak. Pada peringkat usia inilah kita perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah anak yang banyak bermain dengan emosi. Pada usia ini jugalah rakan-rakan adalah segalanya bagi mereka.

IKLAN

Mereka ingin bebas dari label kanak-kanak dan mahu berdikari. Pada masa yang sama mereka juga masih perlukan bimbingan. Mengimbangi antara memberikan mereka kebebasan dan menggalakkan mereka bertanggungjawab ke atas diri sendiri seumpama menarik rambut dalam tepung.

Fasa dewasa juga memberikan cabaran yang tersendiri kepada ibubapa. Hanya mereka yang sedang melaluinya yang dapat memahami. Selagi anak itu bernama manusia, selagi itulah ibu bapa akan berhadapan dengan rencam tingkah lakunya.

IKLAN

Proses keibubapaan ada pasang dan ada surutnya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Fasa baru usia anak adalah pelajaran baru juga bagi kita. Rasa risau itu normal, rasa sedih itu normal, rasa kecewa itu normal, rasa bersalah itu normal, rasa marah itu normal.

Hargailah seribu satu kegembiraan dan kebahagiaan yang kita lalui sebagai ibu bapa. Carilah dan hargailah kebaikan anak-anak yang sudah pastinya ada, kerana itulah yang akan memberikan semangat buat kita di waktu kita rasa ‘gagal’ sebagai ibubapa. Do’a.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI