Dalam video yang dikongsi di TikTok, pempengaruh media sosial Nilam Ortiz dilihat memanggil suaminya, pelakon Azlan Komeng, untuk naik ke bilik. Pada waktu itu, Azlan langsung tidak mengetahui bahawa Nilam sedang merancang kejutan dan secara diam-diam merakam detik istimewa itu.

“Sabar Layak Diberi Hadiah Dari Syurga.” Nilam Ortiz Kongsi Momen Buat Kejutan Hamil Pada Azlan

Hadiah Istimewa Dalam Kotak Hitam
Sebaik saja Azlan masuk ke bilik, Nilam memberitahu dia ada belikan hadiah. Azlan yang terpinga-pinga sempat bertanya, “Hadiah apa?” sebelum Nilam meminta suaminya untuk membuka kotak berwarna hitam di atas katil.

Apa yang tersimpan dalam kotak itu ternyata membuatkan Azlan terdiam sejenak, namun sempat melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Rupa-rupanya di dalam kotak tersebut ada alat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan keputusan positif.

“Sabar Layak Diberi Hadiah Dari Syurga.” Nilam Ortiz Kongsi Momen Buat Kejutan Hamil Pada Azlan

Ads

Reaksi Azlan: Terkejut, Syukur & Penuh Kasih Sayang
Melihat keputusan itu, Azlan terkejut dan terus bertanya sama ada berita itu benar. Nilam hanya mengangguk dengan senyuman yang penuh makna. Dalam suasana yang penuh emosi itu, Azlan terus mengucapkan rasa syukur dan memeluk isterinya dengan erat. Momen manis ini sememangnya buat ramai yang menonton sebak dan tersentuh.

“Sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia, Kita pernah hampir putus asa, pernah rasa, mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi Tuhan tahu, sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga..”

Sinar Baharu Selepas Kehilangan Lama
Apa yang membuatkan momen ini lebih menyentuh hati ialah latar belakang pasangan ini yang pernah berdepan dengan kisah duka, kehilangan anak mereka dua tahun lalu. Kehamilan ini hadir sebagai satu anugerah terindah selepas pelbagai ujian dan kesedihan yang mereka lalui bersama dalam perkahwinan mereka berdua.

“Sabar Layak Diberi Hadiah Dari Syurga.” Nilam Ortiz Kongsi Momen Buat Kejutan Hamil Pada Azlan

Ads

Hamil Pada Usia 45 Tahun, Bukti Tiada Yang Mustahil
Kini, pada usia 45 tahun, Nilam menerima rezeki yang sangat didambakan. Kisah pasangan ini menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana, terutama yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat.

Ia mengingatkan kita bahawa walaupun perjalanan itu panjang dan penuh air mata, rezeki tetap akan hadir, tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Ads

Tonton video ini;

@puan_nilamortiz Untuk lelaki yang tak pernah menangis depan orang, tapi aku tahu dia selalu menangis dalam doa,sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia, Kita pernah hampir putus asa,Pernah rasa,mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi Tuhan tahu — sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga.@AzlanKomeng ♬ original sound – DNP

Tahniah kepada Nilam dan Azlan, semoga perjalanan kehamilan kalian berdua sentiasa dalam lindungan-Nya dan dipermudahkan selalu!

Sumber: TikTok Puan Nilam Ortiz

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads