Sakit nak bersalin memang luar biasa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maka itu ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan menjadi pelega buat ibu yang bakal bersalin.
Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan kita rasa takut dan bimbang untuk gunakan kaedah ini kerana kesan jangka masa panjang. Namun perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini mungkin boleh mengubah persepsi ibu-ibu tentang penggunaan epidural ketika bersalin.
Ikuti perkongsiaannya!
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin cmne, dia lak buat keputusan untuk bini yang bertarung dgn kesakitan tu.”
“Nenek saya dulu beranak tkda pun epidural segala bagai ni, elok jer dia !”
Ni antara sebab-sebab orang takmau epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok cmne.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin cmne
Epidural tu ape ?
Ads
Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu
Apa bagusnya epidural ?
💉Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.
💉Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
Ads
💉Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan buruk yang boleh timbul
Epidural tak berkesan mengurangkan sakit ( 1 dalam 10 )
Mengigil dan gatal-gatal
Tekanan darah menjadi terlampau rendah ( 1 dalam 50 )
Sakit kepala yang amat sangat ( 1 dalam 100 )
Gangguan sistem saraf sementara ( 1 dalam 1000)
Gangguan sistem saraf kekal ( 1 dalam 13000)
Jangkitan meningitis ( kurang 1 dalam 50000)
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Ads
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang ler penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Orang Tengok Saya Ok Hamil, Hakikatnya..” Nourul Alami Abnormal Cell Di Serviks Ketika 5 Minggu Isabella Dalam Perut
Selepas selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Depp, Nourul Depp telah berkongsi perjalanan kehamilannya sehingga dilahirkan pada 30 April lalu.
Menurut Nourul, dia diberitahu oleh pakar ginekologi atau sakit puan yang dirinya mengalami ‘abnormal cell’ di bahagian serviks ketika usia kandungan lima minggu dan cukup risau waktu itu.
Ceritanya tentang kejadian #isabelladeep. Maha suci Tuhan yang pemurah.
“Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni #isabelladeep dah dilahirkan dengan selamatnya.
“Kami plan tahun lepas selepas @yestowellness pujuk bukan main bulan Mei 2018 di Singapura sewaktu kami hadiri #extravaganza2018 yang dianjurkan #herbalifenutrition.
“Plan awal-awal sebab nak girl. Ramai yang kata guna #chinesecalendar. Study la kami pun.
“Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu kami ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada.
“Kena pulak result tu keluar masa kami dah 5 minggu pregnant! Sebenarnya dengan tidak sengaja.
“Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi.
“Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan cancer ya.
“Selalunya doctor kata takde sebab hanya kurang bernasib baik.
“Kami pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh-tumbuh dan cancer ni. So sentap sat and terduduk sat. Takutlah jugak kan.
“Kami terpaksa buat biopsy untuk ambik sel tu. Punya lah takut tergugur.
“Gynae yang sangat hebat #datukdrazizyahaya, dan dengan izin Allah,
selepas biopsy, kami rehat sungguh-sungguh.
“Alhamdulillah takdak apa yang berlaku. Syukur sangat-sangat. Kami dok buat busy ja. Fokus kerja and #divakurus kami. .
“Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat #isabelladepp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT,” tulisnya.
Sebelum ini Nourul juga pernah terjatuh sebanyak dua kali sepanjang hamil.
“Nampak kami happy dan ceria, sepanjang pregnant sebenarnya takut sangat. Lepas tu, dua kali jatuh pula tu!
“Sekali masa perut lima bulan di France dan sekali di rumah masa 35 minggu. Sekali lagi satu trauma pada kami. .
“Sekali lagi Allah bantu. Kalau itu yang dimahukan Allah, tiada yang dapat menghalang. Hanya Dia yang besar dan berkuasa.
“Inilah cerita di sebalik #isabelladepp .
“Sat ni kami share gambar dia na. Terima kasih di atas segala doa yang dihantarkan kepada kami,” tulisnya lagi.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Deep, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Sumber: ig Nourul Depp
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah penantian yang ditunggu-tunggu selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, tiada siapa sangka, dalam kegembiraan itu, pasangan ini diuji sekali lagi apabila keempat-empat anak kembarnya mengalami masalah kurang upaya intelektual.
Ibu kepada anak perempuan kembar 4 itu, Norhayu Mat Hanafi, 41 tahun, mengakui rumahtangga yang dibina sejak tahun 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil.
Lebih mesra disapa Ayu, katanya hanya Allah saja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu.
“Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang untuk mengambil anak angkat.
“Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga anak. Memang seronok dan tak sangka sebab sentiasa menunggu, kembar 4 pula tu,” katanya.
Bagaimanapun, kegembiraan itu Ayu tidak lama apabila empat anak kembarnya didapati mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran serta hiperaktif ketika berusia lima tahun.
“Cikgu mereka yang mula-mula dapat kesan keadaan anak saya. Kami bawa pergi jumpa doktor dan mengesahkan mereka menghidap kurang upaya intelektual.
“Tengok macam normal tapi mereka ini kanak-kanak istimewa. Umur mereka sekarang 12 tahun tapi perwatakan macam kanak-kanak berusia 7 tahun,” katanya berasal dari Jitra, Kedah.
Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia pada mulanya berat hati untuk berdepan dengan situasi sukar ini.
“MULUT SAJA KATA REDA TAPI HATI ITU RASA BERAT. TAPI LAMA-KELAMAAN SAYA DAPAT TERIMA. SAYA BERSYUKUR KERANA DAPAT SOKONGAN DAN SEMANGAT DARIPADA ORANG SEKELILING.
“Saya rasa bersyukur kerana setiap kali fikir tentang kesusahan ini, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada saya. Malah, ada yang dah berkahwin lebih daripada 10 tahun masih belum dikurniakan anak,” katanya yang turut mempunya dua lagi anaknya yang berusia enam dan dua tahun.
Mengenai empat anak kembarnya yang menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI. Surirumah ini mengakui anak-anaknya menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.
“DULU SEMASA TAK ADA ANAK, SANGAT SUNYI. SEKARANG RUMAH INI TAK PERNAH SUNYI. ANAK-ANAK KEMBAR SAYA MEMPUNYAI BAKAT DALAM MEWARNA, BOLEH MEWARNA DARI PAGI SAMPAI KE MALAM.
“Harapan saya dan suami agar mereka dapat menguruskan diri mereka apabila kami sudah tiada lagi. Saya belajar hidup ini kena sentiasa positif dan reda dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Pada masa sama, saya juga memberi sokongan kepada mereka yang belum ada rezeki anak.
“Saya perasan jangan ambil hati dan layan perasan kalau ada orang tanya tentang anak. Jangan sensitif, jadi macam saya dan suami sama-sama membuat pemeriksaan dan alhamdulillah kami normal, cuma belum ada rezeki masa itu. Apa yang penting, suami isteri kena mainkan peranan,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.