Si comel Lara Alana, anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang beberapa kali muncul di Instagram ibu dan ayahnya dengan tangan berbalut mengundang perhatian wargamaya.
Rupanya kesayangan ramai, Lara Alana tercedera ketika sedang bermain malah dua tulang pada tangan kirinya patah.
Melalui Instagram Lara Alana, Awal dan Scha berkongsi kisah Lara yang terjatuh dan patah tulang tangannya hingga terpaksa disimen.
“Okay lah since ramai yang tanya, cerita dia macam ni.
“Balik je dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa main dengan kawan kawan kat kawasan rumah. Biasa lah lama tak jumpa kawan, excited. Tetiba time lari lari tersungkur dan jatuh atas jalan,” kongsinya di kapsyen.
Malah selepas jatuh, puteri sulung kesayangan Awal dan Scha ini mula mengadu sakit tangan dan rupanya semakin membengkak.
Ads
“Seluar koyak, lutut berdarah. Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula mula tak perasan, tetiba Lara complain sakit tangan dan lengan mula bengkak.
“Bawak pergi emergency, terus buat X Ray. Dua tulang patah,” kongsinya lagi.
Melalui entri berlainan yang dikongsikan di Instagram, Lara juga terpaksa menjalani pembedahan ke atas tangan pada tulangnya yang patah.
“Emergency manipulation surgery was done the same night. Alhamdullillah, the surgery went well in just 30 minit.
Ads
“Doakan Lara cepat sembuh okay?,” tulisnya di kapsyen.
Kini keadaan Lara semakin bertambah baik biarpun terpaksa melakukan aktiviti dengan tangan bersimen selama 30 hari.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh pengikut kesayangan ramai ini turut mendoakan agar Lara cepat-cepat pulih dan sihat seperti selalu malah memuji sikap berani yang ditunjukkan Lara dalam melalui segala proses rawatannya.
Ads
Semoga Lara cepat-cepat sembuh untuk kembali ceria seperti selalu.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami penat, isteri juga penat. Dua-dua menggalas tanggungjawab berat dalam membesarkan keluarga.
Namun bila merungkai bab penat si suami, biasanya banyak berpunca dari penat tubuh badan dan fikiran akibat kerja.
Lain pula bagi si isteri. Dia penat juga penat bab tubuh badan serta mentalnya, namun paling terutama dia penat memikul emosinya.
Penat isteri sukar disedari oleh pasangan dan sukar untuk dirawat jika tak faham keadaan isterinya.
Gambar Hiasan
Ianya perihal dalaman, apa yang disimpan dan kadangkala si isteri selalu cakap dia okay sebab tak mahu susahkan suaminya.
Memendam inilah yang buat mereka sangat penat. Tatkala kalian nampak isteri cepat marah atau meninggikan suara untuk hal-hal kecil yang dilakukan anak, cepat-cepatlah ambil alih tugas isteri itu.
Kadang kalian nampak dia marah anak sepahkan rumah, tertumpah makanan, air, jatuhkan barang atau silap buat kerja sekolah.
Kalian pun terus marah isteri balik. Padahal kalian tak pergi pada puncanya. Apa yang menyebabkan dia begitu.
Kenapa cepat benar hilang sabarnya. Kena siasat dan jangan terus menghukum atau menengking isteri balik.
Ketahuilah apa yang dia marahkan itu, bukan sebab salah anak-anak yang besar, tetapi ketahuilah dia sudah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak. Dia drain. Bukan dia sengaja.
Gambar Hiasan
Isteri mengasingkan diri di dapur atau di balik. Kadang dia menangis tanpa sebab. Atau sangat sensitif waktu itu.
Masa ini, jalan yang paling bijak adalah ringankan bebannya itu. Bantulah dia uruskan rumah dan anak-anak. Sebelum tidur, tanya padanya, selami jiwanya apa yang boleh kita bantu.
Tunjukkan perhatian padanya. Kadangkala kalian tak mahu bersuara, cukuplah dengan mendakapnya dan ucapkan terima kasih sebab jaga anak-anak dan rumah selama ini.
Pasti, dia sendiri menangis dan meluahkan segala-galanya.
Kadang bukan isteri nak marah atau melayan perasaan tetapi dia sedang penat. Tenaganya digunakan seluruhnya untuk berjasa pada anak-anak dan rumahtangga.
Maka, suami perlu lebih kuat dan sokonglah hati, mental dan jiwa seorang isteri. Usah biar dia penat sendiri kerana selagi si suami ada menemani, kekuatannya akan bersemi nanti.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Jika isteri yang melalui proses pembedahan ketika melahirkan anak terasa akan sakitnya, namun suami yang berada disisi turut sama terkesan.
Melihat isteri dibelah perutnya untuk mengeluarkan ketiga-tiga cahaya mata mereka menjadi detik paling menyentuh hati buat pengacara televisyen, Haziq Husni.
Haziq yang dipilih sebagai penerima Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 turut berkongsi detik mengharukan itu. Momen paling bermakna bagi dirinya.
“Saya bertuah sebab dapat masuk dalam operation czer, sebab isteri saya tiga-tiga anak czer.
“Anak pertama tak dapat masuk, alhamdulillah anak nombor dua dan tiga saya dapat masuk dalam labour room. Saya dapat tengok macam mana dia menahan sejuk dan menahan kesakitan untuk melahirkan bayi kami.
“Masa tu saya memang sudah tak fikir apa, memang rasa kasihan sangat dan cuba bayangkan kalau saya ada ditempat isteri.
“Potong tujuh lapisan perut dan jahit, nak sembuh balik bukanlah senang. Banyak perjalanannya lepas itu.
“Apa yang saya rasa, sayang saya semakin bertambah diketika itu. Mungkin lebih dari 3000 peratus untuk isteri saya,” luahnya.
Berhenti jadi penyampai radio jaga isteri pantang
Haziq yang juga seorang bapa yang ceria turut berkongsi tip buat bapa yang bakal melalui tempoh berpantang dengan isteri.
Malah Haziq sendiri nekad untuk berhenti menjadi penyampai radio bagi memberi perhatian kepada anak ketiganya bersama isteri selain turut mempunyai perancangan lain diketika itu.
“Rasanya semua isteri harapkan satu perkara sahaja dari suami, isteri ini tak adalah nakkan benda-benda tapi apa yang isteri mahukan suami berada di sisi sepanjang berpantang.
“Waktu itu saya rasa saya kena ada dengan isteri. Masa anak ketiga saya buat keputusan untuk berhenti dari jadi penyampai radio untuk membantu isteri saya berpantang.
“Itulah pengorbanan saya dan saya fikir itulah waktu terbaik untuk saya lebihkan masa dengan anak-anak sebab saya fikir macam mana isteri saya nak handle lagi dua anak dikala dia berpantang.
Jadi saya rasa itulah satu keputusan dan pengorbanan yang terbaik untuk keluarga saya,” ujar Haziq lagi berkongsi.
Utamakan kawan lepas kahwin menjadi topik perdebatan ramai termasuk Dr Say selepas viral kisah suami dan bapa yang lebih memilih untuk melepak bersama kawan-kawan berbanding bersama-sama anak dan Isteri.
Menurut doktor selebriti itu, dia tidak bersetuju jika lelaki yang sudah berkahwin sanggup mengabaikan keluarga semata-mata untuk bersama kawan-kawan.
“Came across berita ni kat @mstaronlineofficial & sy agak triggered dengan pandangan lelaki yang dah berkahwin & ada sorang anak ni. I have to admit im not a good husband tapi saya cukup pantang lelaki treat perempuan macam ni apetah lagi seorang suami melayan isteri yang merupakan ibu kepada anaknya sebegini. Nak berkawan silakan tapi sedar-sedar la batas hang sebagai seseorang bergelar ayah.
“Hang ingat bini hang call sebab hang baru lepak 30 minit ka? Bini kita ni dia punya power, 3 hari/ 3 bulan/ 3 tahun atau takdak hang selama-lamanya pun dia boleh jaga anak tu tapi reason dia call mesti sebab dia nak hang ada sekali kat rumah tu sebagai seorang ayah untuk luangkan masa dengan anak hang.
Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengakui bukan mudah menguruskan anak-anak memandangkan anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga bersama suami isteri.
“Mungkin ada yang cakap “boleh la dr say cakap cmni sebab sy tengok doc macam takde kawan je”. Sy ada ja kawan cuma lepas kawin especially lepas ada dua anak ni kawan is no longer my priority. Tambahan saya ada anak istimewa & anak sy dua-dua ligat. Benda ni simple je, letakkan diri kita kat tempat isteri. Kalau ampa kena hadap anak ampa sorang especially lelaki yg jenis utamakan kawan ni, sy guarantee 30 minit jaga anak rasa macam 3 jam. Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.
“Paling tak boleh bla ugut nak “lepaskan” bini sebab “memalukan” dia di hadapan kawan-kawan. Taktau nak tolong macam mana lah lelaki macam ni. Mesti egois, keras kepala, fikir dia lah yg paling hebat dalam keluarga tu & paling penting bini takde hak & tak boleh bersuara. Kepada wanita2 yg masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki2 kolot & selfish macam ni.
Dr Say sempat meminta pendapat ramai tentang situasi tular tersebut.
Kepada wanita yg dah ter-kahwin lelaki macam ni, my prayers are with you. Apa kata kalian? Ke ampa setuju dengan pendirian lelaki ni? Open discussion please.”
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Dr. Say. Penglibatan suami sangat penting untuk membesarkan anak-anak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.