Siapa kita hendak menidakkan takdir Allah. Dalam bab rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya Allah dah tetapkan sejak roh ditiupkan dalam kandungan. Kita hanya mampu merancang dan jika sampai masanya kena reda walaupun agak perit untuk diterima.

Malah sejak akhir-akhir ini, banyak kes yang melibatkan ibu hamil didapati positif Covid dan dijemput ilahi bersama dengan bayi.

“Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit”. Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap BayiDalam perkembangan terbaru, hasrat seorang wanita yang sarat hamil untuk menatap bayi yang dilahirkan tidak kesampaian selepas disahkan meninggal dunia akibat wabak Covid-19 pada 7 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN [Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid, Dikomakan, Selamat Czer. Ibu & Bayi Di ICU]

Positif Covid-19 tahap 4

Siapa sangka, penantian dan kebahagiaan menyambut insan baru dalam keluarga berakhir dalam sekelip mata sahaja. Lebih meruntun hati apabila mengetahui arwah yang dikenali dengan nama Nor Shahatul Aziana sempat memuat naik beberapa status di laman Facebooknya yang bernama Natalia Ali.

“Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit”. Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi Dalam perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya lelaki dan hamil anak ketiga ini pada awalnya menasihati orang ramai yang mempunyai isteri atau wanita hamil dalam keluarga supaya menjaga SOP.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di status FB, arwah dilihat berada di sebuah hospital dipercayai sedang membuat PCR test untuk Covid-19. Pada keesokan harinya iaitu pada 31 Mei 2021, arwah disahkan positif Covid-19 tahap empat.

“Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit”. Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi

IKLAN

Pada 1 Jun pula, arwah sekali lagi menulis status di Facebook memaklumkan keadaannya dirinya dipercayai sangat lemah. Untuk pengetahuan semua, itu adalah posting terakhir yang sempat dimuat naik arwah.

LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Bapa Baru 3 Hari Dijemput Ilahi, Ibu Hamil 6 Bulan Positif Covid Pergi Bersama Bayi]

Selepas seminggu dirawat, arwah dijemput ilahi

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu posting dikongsikan oleh pusat jagaan ibu bersalin iaitu Lavender Confinement Care yang menceritakan tentang pemergian arwah.

Salam takziah dari kami di Lavender Confinement Care buat keluarga customer kami iaitu arwah Puan Noor Shahatul Aziana yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun 2021 disebabkan Covid19.

IKLAN
“Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit”. Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi
Status suami arwah selepas pemergian isteri tercinta

Mesej terakhir arwah kepada kami adalah pada 31 Mei 2021 untuk memaklumkan bahawa dia disyaki positif Covid 19 dan sedang menunggu keputusan PCR. Menurut adik iparnya, arwah kemudiannya telah ditidurkan dan baby dilahirkan selepas itu secara czer pada 2 Jun 2021.

Status Facebook arwah

Posting terakhir arwah awal Jun

IKLAN

Kredit: Natalia Ali, Lavender Confinement Care

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Sakit Yang Air Mata Boleh Menitik Tiap Minit”. Ibu Positif Covid Tak Sempat Tatap Bayi

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI