Salad kentang paling versatil yang boleh anda siapkan dalam masa 10 minit. Menu ni anda boleh letak apa-apa sahaja protein yang anda suka samada ayam, jejari ketam, telur atau  makanan laut, silakan.

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

Yang paling menarik, salad kentang ini sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza. Nak kan rasa Asia? tambah serai atau halia. Rumpai laut pun boleh. Mahu rasa Mexico? Gunakan rempah ratus Cajun atau Tex-Mex.

Tambah lagi resepi ini resepi “bebas pening kepala” kerana tidak renyah cara pembuatan dan penyimpanannya. Senang kata, resepi ikut citarasa masing-masing. Tapi hari ini, Pa&Ma ingin kongsikan resepi salad kentang dari perkongsian Siti Hazneza

Bahan-bahan:

5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus

Jika hendak pedas, biarkan biji cili.

IKLAN

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

Cara-cara:

 

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

IKLAN
  1. Dadukan ubi agak saiz semulut
  2. Sekarang kita buat kuah saladnya dengan bahan-bahan yang cantik berwarna-warni ini.

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap3. Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu

4. Tambah:
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis

Gaul rata

IKLAN

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap5. Masukkan sayur-mayur dan gaul rata

6. Masukkan ubi yang didadu dan gaul rata

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

7. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk

Salad Kentang Tiada Pantang Larang, Tambah Apa-Apa Pun Boleh Jadi Sedap

Menu ini mungkin pelik bagi kita orang Malaysia, tapi anda boleh buat dan cuba. Hasilnya memang sedap.

Kredit: Siti Hazneza

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI