Anak sensitif dan terlampau kuat merajuk kadangkala memeningkan kepala ibu dan ayah. Namun inilah cara anak kecil kita meluahkan perasaannya dan menunjukkan emosi yang ada dalam hatinya. Jika bayi berekspresi melalui tangisan, kanak-kanak diusia dua tahun tahun ke atas menunjukkan rasa hatinya dengan merajuk.

Jangan buat tidak layan, mak ayah bantulah untuk pujuk dengan cara paling terbaik. Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak-anak yang sedang membesar sememangnya banyak karenahnya, terutamanya bagi yang masih kecil dan cuba mempelajari untuk memahami dunia dan sekeliling mereka.

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Usia 1 hingga 2 tahun merupakan usia di mana kanak-kanak belajar melalui penerokaan benda, perkara-perkara yang terjadi dan orang-orang di sekeliling mereka.

Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor iaitu mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan mengisap.

Dan spesifik bagi kanak-kanak 1-2 tahun, mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka itu. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menangis untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.

Menangis —> Dapat mainan
(Sebab) (Akibat)

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan kita dapat melihat emosi kanak-kanak ini sentiasa berubah dengan cepat.

Jadi, tak hairanlah jika pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk.

Pada usia ini, kanak-kanak merajuk ditunjukkan dengan kelakuan-kelakuan seperti menangis, merengek, menjerit atau memukul.

Beli Amar Amran Kurta Al Fallah Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/amar-amran-kurta-al-fattah-navy-blue-20056333″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Amar Amran Kurta Al-Fattah[/su_button]

IKLAN

 

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

FAKTOR DAN KESAN RAJUK

Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk. Tambahan pula, ibubapa sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak yang mungkin akan memburukkan lagi rajukan mereka.

Sekiranya ibubapa kurang memainkan peranan ketika ini, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan emosi mereka dengan betul. Kelakuan tersebut akan berterusan dan semakin lama ianya makin sukar untuk ditangani.

Ini boleh menyebabkan tekanan pada kanak-kanak dan ibubapa itu sendiri. Tekanan yang terhasil akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak juga akan terganggu kerana kesukaran ibubapa untuk memberikan input yang tepat pada mereka.

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Selain itu, kanak-kanak usia ini juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain jika mereka tidak dapat apa yang mereka ingini pada masa tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak ingin bermain dengan pisau dan ibu menyebut “jangan”.

IKLAN

Pada masa itu mereka akan merasakan bahawa tiada lagi perkara yang menarik untuk mereka lakukan dan akan bermulalah episod tangisan atau jeritan mereka. Untuk situasi ini, ibubapa perlu bijak menangani situasi. Ingat, pada usia ini kanak-kanak mempunyai tumpuan yang pendek dan minat mereka boleh berubah dengan cepat.

Jadi ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini juga, kanak-kanak akan belajar bahawa terdapatnya alternatif lain untuk mereka lakukan dan ianya juga menyeronokkan. Dan sudah semestinya, mereka juga boleh belajar untuk mengawal emosi.

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Ada kalanya, kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Kanak-kanak pada usia ini sukar untuk membezakan perhatian yang baik atau pun tidak. Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah baik. Jadi, jika kelakuan merajuk mereka mengundang kemarahan anda, mereka tidak kisah kerana yang penting bagi mereka adalah perhatian yang diberikan.

Jadi ketika ini, adalah sangat penting bagi ibubapa membezakan rajuk mereka agar anda tidak memberikan perhatian kepada sikap yang negatif dan menyebabkan sikap itu berterusan sehingga mereka meningkat usia.

Sebagai contoh, kanak-kanak memukul adik dan dengan cara itu ibubapa akan memberi perhatian padanya dengan memarahi atau menegur mereka. Dari sini mereka akan belajar bahawa kelakuan tersebut boleh menarik perhatian ibubapa, jadi mereka akan meneruskan kelakuan tersebut walaupun dimarahi berkali-kali. Begitu juga dengan sikap tantrum dan sebagainya.

Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka. Ada kalanya kita lihat kanak-kanak berguling dan menangis apabila mereka tidak diberikan apa kemahuan mereka.

IKLAN

Seperti yang disebut oleh Piaget, kanak-kanak belajar dengan sebab-akibat. Jadi sekiranya mereka boleh mendapatkan apa yang mereka mahu dengan bergolek, kelakuan tersebut akan diteruskan untuk perkara-perkara lain juga. Sekiranya ianya tidak berjaya, mereka mungkin akan mencuba cara lain pula.

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Jadi ibubapa perlu berhati-hati apabila memberi respon pada rajuk anak kerana mereka sangat bagus untuk mengaplikasikan tingkahlaku rajuk dalam semua perkara. Ada yang sehingga usia 5 tahun atau 6 tahun masih lagi melakukan perkara yang sama. Ini mengganggu proses pembelajaran mereka terutamanya apabila pada mereka memasuki usia persekolahan. Dan jangan terkejut jika sikap tersebut terbawa-bawa sehingga mereka remaja.

Cara tangani anak kuat merajuk

  • Bantu anak kenal pasti emosi anak. Ajar anak melabel emosi tersebut misalnya “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai.
  • Cara ini buat anak cepat nyatakan perasaan mereka dan tidak lagi merajuk.
  • Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.
  • Jangan sekadar melabel sikap yang negatif sahaja, sebutkan juga sikap positif yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Menarik: Panik Bukaan Dah 9 Sentimeter, Ryzal Syukur Dapat Tengok Anak Lahir, Sediakan Sup Seaweed Untuk Maryam!

Merajuk Cara Anak Luahkan Perasaan, Mak Ayah Jangan Buat Tak Layan!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI