Selepas lima bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon, Datin Atikah Suhaime mendedahkan kejayaannya mendapatkan semula bentuk badannya seperti sebelum menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, ibu cantik manis ini turut berkongsi usahanya mengamalkan diet yang sihat serta senaman yang kini sudah menampakkan hasilnya.
“Selepas diet yang sihat, bersenam, kardio dan menangis semasa pilates.
“Saya tak percaya. Badan hampir sama macam dulu sebelum ada baby,” katanya.
Bahkan Atikah sempat berseloroh bertanyakan kepada suaminya, Datuk Lokman Teh untuk menambah cahaya mata lagi.
Ads
Kecantikan dan berat badan ideal terkini ini tidak hairanlah ibu kepada baby Lyla Mulan Teh ini dipuji ramai. Malah melihatkan usaha Atikah sendiri yang gigih bersenam setiap hari menampakkan usahanya untuk kembali langsing seperti sebelum hamil.
Berkongsi kisah perjalanannya untuk kembali fit seperti sebelum bersalin, ujar Atikah lagi dia melakukan pelbagai aktiviti termasuk berlari dan melakukan pelbagai jenis senaman.
Ads
Akuinya, berlari dahulunya menjadi terapi emosi buat dirinya namun perubahan berat badan selepas bersalin dan masalah pada lutut membuatkan dia terpaksa menukar rutin senamannya.
“Dulu kalau marah saya berlari, terus gembira semula. Saya rindu running, itulah syurga untuk saya dulu tetapi neraka untuk saya sekarang.
Ads
“Lepas bersalin saya banyak fokus core strength training. Sebab tak boleh lari, lutut sakit sebab berat. Berat badan naik mendadak, nak kencing je sebab bawah masih lemah.
“Tapi sejak saya banyak buat strength training, saya lebih kuat sekarang berbanding sebelum ini. Dulu tak boleh nak angkat berat langsung, sekarang no hal katil pun boleh tolak,” katanya berkongsi.
Semoga usaha ibu cantik manis ini dapat memberikan inspirasi untuk ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang musim Influenza, sudah banyak kes yang menyerang bayi, kanak-kanak bahkan orang dewasa. Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia.
Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini, Rosmarlina Abdul Ghani melalui akaun Facebooknya, beliau berkongsi cara penjagaan anaknya yang disahkan demam influenza.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mungkin sedang berhadapan dengan anak yang dijangkiti demam influenza ini. Mereka perlu dipantau dan dijaga dengan penuh perhatian bagi memastikan kita sentiasa peka dengan keadaan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah masalah rambut gugur itu normal? Masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak. Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini.
Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.
Menurut Dr Deena Khairiah dari Dr Shah Hair Clinic, masalah keguguran rambut dipanggil fenomena acute telogen effluvium – kedaaan di mana rambut gugur lebih daripada normal iaitu lebih 150 helai sehari.
Antara faktor Acute Telogen Effluvium adalah seperti berikut:
Masalah post partum hair loss adalah keadaan di mana rambut gugur banyak daripada normal. Ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lepas bersalin. Ada yang berpanjangan ke sembilan bulan hingga setahun lepas bersalin.
Menurut Dr Deena, rambut manusia seperti daun kerana ada kitarannya. Rambut manusia dianggarkan lebih kurang 100,000 helai. Kulit kepala manusia ada 3 jenis rambut iaitu:
Bila rambut sudah gugur ia akan digantikan dengan rambut baru dan jadi tebal semula.
Ramai ibu selepas bersalin mengadu keadaan rambut mereka semasa mengandung sangat berkilau, bersinar dan lebat tetapi selepas bersalin, lama-kelamaan rambut berguguran dan semakin menipis.
Menurut Dr Deena, semasa mengandung ada peningkatan hormon estrogen, progesterone, HSG & prolaktin dalam badan ibu.
Ia meningkat seiring untuk keperluan bayi yang membesar dalam rahim ibu tetapi ia juga bertindak seperti baja kepada rambut – memanjangkan fasa anagen iaitu rambut tebal, panjang dan tidak gugur.
“Tetapi selepas bersalin hormon tersebut kembali rendah dan turun balik ke para normal jadi rambut pun gugur lebih banyak.
Masalah ini sementara, cuma sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Nanti ia akan diganti dengan rambut baru yang tak akan gugur.
Lepas bersalin kebanyakan ibu mudah stress melihat fizikal berubah, letih jaga anak, jadi jangan risau sangat sebab ia sementara sahaja,” ujar beliau lagi.
Antara punca utama masalah keguguran rambut atau penipisan rambut kerana female pattern hair loss yang disebabkan oleh faktor genetik.
Ia mengganggu hampir 40% wanita daripada populasi wanita di seluruh dunia. Ia dikatakan berkait rapat dengan faktor genetik.
Mereka yang lahir dengan keturunan female pattern hair loss atau nama saintifiknya Androgenetic alopecia. Mereka ini lahir dengan rambut depan dan tengah itu sensitif kepada sejenis hormon iaitu hormone DHT atau Dihydrotestosterone.
Hormon DHT itu yang akan menyebabkan masalah kepada folikel rambut dan jadi mengecut. Rambut daripada tebal semakin menipis terutamanya di bahagian rambut depan dan tengah sahaja.
Masalah ini akan progresif atau berterusan sehinggalah rambut wanita tersebut menjadi sangat-sangat jarang. Kalau perasan, rambut makin nipis, jarang, botak ia disebabkan oleh female pattern hair loss.
Dr Deena yang berpengalaman merawat masalah rambut berkongsi tip penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh semua wanita.
Bila ada masalah, doktor kena kenal pasti apa puncanya sebelum memulakan rawatan.
Begitulah yang akan dilakukan oleh para doktor di Doctor Shah Hair Clinic apabila ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk ingin membuat rawatan.
Doktor akan kenal pasti apa punca rambut rosak dan memeriksa kulit kepala pesakit menggunakan satu alat.
Alat tersebut digunakan untuk memeriksa kulit kepala bagi melihat keadaan folikel normal atau tidak dan tengok ratio rambut.
Rawatan ikut jenis masalah yang dihadapi rambut. Ada rawatan rambut merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.
Syampu, serum, conditioner khas untuk orang yang ada masalah rambut nipis, gugur dan jarang.
Wanita terutamanya bertudung tidak perlu risau untuk merujuk masalah rambut mereka di klinik ini kerana ada ruang privasi untuk wanita terutama yang bertudung yang akan diperiksa oleh doktor wanita.
Jadi, ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut melebihi tempoh 6 hingga setahun lepas melahirkan anak jangan susah hati kerana ada cara penyelesaian membantu anda.
Asyik-asyik nak ke tandas buang air kecil. Inilah yang membuatkan ibu hamil bertambah resah bila disahkan hamil. Pantang sahaja beberapa minit terus rasa hendak buang air kecil berkali-kali.
Tapi apa sebabnya ibu hamil asyik rasa hendak buang air kecil? Peningkatan kekerapan membuang air kecil ini merupakan tanda awal kehamilan biasa. Ia berlaku disebabkan tahap hormon progesteron dan human chorionic gonadotropin (hCG) yang meningkat. Itu sebabnya kenapa hamil kerap kencing.
Perubahan Hormon (Progesteron dan hCG)
Hormon hCG (human chorionic gonadotropin) meningkat awal kehamilan, menyebabkan peningkatan aliran darah ke kawasan pelvis dan buah pinggang.
Ini menjadikan buah pinggang bekerja lebih untuk menyingkirkan sisa buangan — hasilnya: air kencing lebih banyak.
Rahim Membesar dan Tekan Pundi Kencing
Bila rahim makin besar, ia menekan pundi kencing, menyebabkan ibu rasa ingin kencing walaupun air kencing tak banyak.
Peningkatan Jumlah Cecair Badan
Semasa hamil, jumlah darah dan cecair badan meningkat hampir 50%, dan buah pinggang bekerja lebih untuk tapis semua ni.
Aktiviti Bayi (Trimester Ketiga)
Bila kepala bayi mula turun ke pelvis (dekat waktu bersalin), tekanan ke atas pundi kencing bertambah – ini buat ibu rasa nak kencing hampir sepanjang masa.
Berapa lama ia berlangsung?
Semasa hamil, bilangan kekerapan ini bergantung kepada ‘keadaan normal’ individu. Contohnya, jika biasanya anda pergi ke tandas 8x sehari, maka ketika mengandung, ia boleh meningkat kepada 10x sehari.
Kekerapan kencing berkaitan kehamilan mungkin berkurangan pada trimester kedua tetapi akan kembali kerap menjelang minggu-minggu akhir kehamilan.
Tips Mengurangkan Ketidakselesaan
Kurangkan minum air menjelang waktu tidur supaya tak perlu kerap ke tandas waktu malam.
Condong ke depan ketika buang air kecil
– Membantu kosongkan pundi kencing sepenuhnya.
Jangan tahan kencing
– Boleh menyebabkan jangkitan salur kencing (UTI).
Elakkan minuman berkafein
– Contoh: kopi, teh kuat, air bergas – bersifat diuretik (buat lebih kerap kencing).
Pakai pad atau pelapik seluar dalam (panty liner)
– Untuk elakkan rasa tak selesa jika ada kebocoran kecil bila batuk/bersin.
Bila Perlu Risau?
Kerap kencing biasanya adalah perkara normal ketika anda hamil. Pun begitu berjumpalah doktor kalau ada:
* Sakit / pedih semasa kencing
* Kencing berbau kuat atau keruh
* Demam
* Kerap kencing sangat tak terkawal / bocor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...