Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak-anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa.
Bagi memantau pembelajaran anak di rumah, seorang ibu, Pn Hazlina Humaini tampil berkongsi cara mudah bagi membolehkan anak-anaknya belajar dengan selesa di rumah tanpa mengeluarkan belanja wang besar.
Cukup kreatif bila ibu ini menghasilkan ruang belajar seolah-olah berada di tempat kerja, siap dengan pembahagi ruang supaya anak-anak punya ruang belajar sendiri.
Menariknya kos yang digunakan cukuplah murah malah paling mudah hendak disediakan.
Ini cara saya buat station online anak-anak sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah mama guna dining table aje sebab 4 orang nak guna.
Sekeping RM2.10 saja.
Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ni.
Ads
Kos sekeping partition RM2.10, Total saya pakai 14 keping, jadi lebih kurang below RM30 sahaja.
Diorang suka lah sebab rasa ada tempat sendiri.
Lebih fokus anak-anak nak belajar sebab tak ada gangguan di sebelah.
Ads
Saya pun suka sebab mudah nak pantau anak-anak. Lagi pun bila keadaan kemas saya tak rasa serabut dengan cable-cable yang berselirat.
p/s: Ramai betul yang komen nampak screen ada roblox. Ini waktu petang dah habis time online class. Budak-budak ni pun dah pakai pyjamas hahahah.
Ads
Satu usaha yang bukan sedikit namun dengan cara ini bukan hanya buat anak lebih fokus belajar malah buat anak lebih seronok untuk belajar bersama-sama di ruang sendiri. Terbaiklah!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesibukkan suami bekerja kadang-kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak-anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka. Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia.
Namun, mungkin ada yang terlepas pandang betapa pentingnya penglibatan suami/bapa dalam organisasi kekeluargaan. Suami juga perlu memahami ilmu keibubapaan agar rumahtangga harmoni. Tujuh kesan buruk bila suami tak belajar ilmu keibubapaan;
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
Biasanya sebelum kelahiran bayi baharu, sebagai ibu bapa pastinya anda akan menyatakan kepada anak bahawa dengan kehadiran adik nanti, mereka boleh bermain bersama, betul tak?
Tetapi apabila si sulung cuba untuk mencium atau bermain dengan si adik, anda mengingatkan mereka untuk berhati-hati, bahkan mungkin mereka dimarahi. Tanpa disedari, mereka terasa hati dan menjadi tidak keruan kerana segala yang dilakukan tampak salah di mata ibu.
Kewujudan adik yang disangka akan menghadirkan rasa gembira, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jangan risau, ada beberapa teknik yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini.
Jujur dengan anak agar tidak terasa hati
Mulakan untuk berborak dengan anak pertama anda mengenai bayi. Ambil tahu perasaan mereka jika mempunyai ahli keluarga baharu. Mengetahui perasaan mereka membolehkan anda untuk membantu anak menerima kehadiran adiknya nanti. Jangan lupa untuk kongsikan bersama mereka tentang berita kehamilan anda sebaik sahaja mengetahui mengenainya.
Didik anak pertama
Mengajar anak yang lebih tua cara untuk berinteraksi dengan bayi baru lahir secara tidak langsung dapat menjaga dan melindungi si kecil. Didik secara lisan, tunjukkan contoh, bimbingan serta memberikan semangat dengan berhemah agar si sulung tidak terasa hati. Hindari daripada meninggikan suara.
Contohnya, ajarkan mereka cara untuk menggosok belakang badan si kecil. Ceritakan tentang kebaikan sentuhan dalam menenangkan bayi.
Pastikan anda memberikan pujian kepada mereka kerana berjaya melakukannya dengan baik. Ia secara tidak langsung mengajar anak untuk bersikap fizikal dengan bayi melalui cara yang positif. Pun begitu, elakkan daripada meninggalkan anak yang lebih tua bersendirian dengan si kecil, sehingga anda benar-benar yakin.
Pantau anak pertama
Sehingga anda benar-benar memahami dan dapat membaca reaksi anak yang lebih tua terhadap adik baharu, sentiasa awasi mereka. Ini kerana jika wujud tindakan fizikal kasar pada si kecil, anda dapat menghindarinya secepat mungkin. Sekiranya ia terjadi, lakukan sesuatu untuk mengubah fokus mereka seperti memberikan mainan kegemaran atau membuka siaran televisyen disukai si sulung. Paling penting, elakkan daripada menyalahkan anak yang tua semasa melindungi bayi baru lahir anda.
Jangan menyalahkan bayi
Dalam usaha untuk mengeratkan ikatan antara anak-anak anda, elakkan daripada meletakkan kesalahan pada bayi. Misalnya jika anak sulung ingin ke taman tetapi bayi sedang tidur, ujarkan bahawa anda boleh pergi setelah adik bangun.
Jangan pula anda berikan jawapan yang anda tidak dapat ke taman kerana bayi tidur. Amalan seperti itu dapat membantu anak merasai kewujudan adik baharunya tanpa kelihatan terlalu drastik. Ini sekali gus mengelakkan mereka terasa hati.
Sesi penyusuan bayi & anak pertama
Menyusukan bayi dengan kehadiran anak yang lebih tua boleh membawa kepada 2 keadaan, sama ada memudahkan atau menyukarkan. Sesetengah anak mungkin berasa cemburu apabila melihat si ibu menyusukan adik, khususnya jika mereka masih sukar menerima perubahan ini.
Sekiranya itu situasi anda, berikan anak sesuatu yang dapat mengubah tumpuan mereka seperti memberikan barang permainan kesukaannya. Sekiranya boleh, dapatkan bantuan ahli keluarga lain seperti pasangan ataupun pengasuh untuk menjaga anak yang lebih tua semasa anda menyusukan si adik.
Libatkan anak pertama
Ajari anak cara untuk membantu anda menguruskan atau menghiburkan si adik. Biarkan anak sulung untuk membantu membuka hadiah bayi dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar si adik.
Anda juga boleh menunjukkan mereka cara untuk memakaikan stoking atau meletakkan losen pada bayi. Pastikan anda memberikan pujian dan dorongan kepada mereka, okay?
Elak membandingkan dengan si sulung
Untuk mengelakkan anak lebih tua terasa hati, hindari daripada membuat pernyataan untuk membandingkan antara mereka adik-beradik. Contohnya seperti, “Adik baik duduk diam, tak macam abang asyik menangis sahaja masa baby dahulu.”
Dalam masa yang sama jangan memuji si sulung secara berlebihan daripada adiknya, kerana boleh menimbulkan rasa pengabaian dan lebih hebat daripada bayi. Ia bukanlah cara yang sihat untuk mengeratkan ikatan adik-beradik. Sebaiknya berlaku adil dan saksama antara kedua-dua anak anda, okay?
Tunjukkan kasih sayang pada anak pertama
Walaupun anda sibuk untuk menguruskan si kecil, jangan pernah mengabaikan anak sulung. Tunjukkan rasa kasih sayang anda dengan menyatakan “Mama sayang Kakak”. Anda juga boleh memeluk atau mencium anak tanpa mengira masa.
Tindakan anda ini akan membuatkan anak berasa masih disayangi walaupun dengan kehadiran si kecil. Untuk tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran bayi baharu, ia adalah masa yang akan menguji kesabaran kalian sebagai ibu bapa. Ini kerana ia adalah tempoh masa untuk menyesuaikan diri bagi setiap ahli keluarga.
Sentiasa kekal tenang, okay?
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.
Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.