Sama-Sama Co-Parent Maryam, Fizo Tak Akan Pisahkan Anak Dari Mawar

Share

Perpisahan yang terjadi antara Fizo Omar & Mawar Karim mengejutkan banyak pihak. Benarlah jodoh dan maut ditangan Allah. Namun Fizo menyatakan untuk terus menjadi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Maryam.

Malah dalam temu bual dengan media, Fizo kelihatan sangat tenang menjawab soalan-soalan yang diajukan pihak media.

Beliau juga menyatakan belum ada kepastian tentang penjagaan Wan Maryam tetapi tidak akan memisahkan anak dengan bekas isteri, Mawar.

Manakala Mawar dalam temu bual dengan media menyatakan akan terus menjadi kawan baik dengan Fizo demi anak mereka.

Menerusi Instagram Fizo memuatnaik gambarnya bersama Mawar beserta kapsyen yang menyatakan usaha telah dijalankan sebelum ini dan sepakat untuk berpisah secara baik.

Bekas Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 ini turut menyatakan tiada perbalahan yang berlaku dan meneruskan hubungan baik untuk menjadi co-parent kepada anak mereka, Wan Maryam.

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN

Terima kasih sya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik utk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen-komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.

Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. 

PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK

“Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.”

STATUS SEBAGAI CO-PARENT KEPADA ZURIAT KAMI

“Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.

“Insyallah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.”

TIADA PERBALAHAN, PERMULAAN FASA BARU

“Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.

“Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripada anda semua yabg berterusan untuk kebaikan kami.”

Sumber: mhetvfizoomar

Artikel berkaitan: Fizo Akui Masih Sayang Dan Kasihkan Mawar. Berjanji Sama-Sama Jaga Maryam

IKLAN