Beberapa hari lalu, Instafamous irine Nadia telah memuat naik sebuat post di laman Instagramnya. Dalam posting tersebut, dia mengucapkan selamat hari lahir kepada anak keduanya, Hasya Tasnim atau Tacanim. Mengimbau kenangan melahirkan Tacanim empat tahun lalu, Irine memberitahu anaknya itu overdue. Kelahiran secara normal pada minggu ke-41.

Memandangkan anak sulung dilahirkan melalui pembedahan, Irine bertanya tentang peluangnya untuk bersalin normal untuk anak kedua. Menurut doktor, tiada komplikasi untuk Irine bersalin normal kecuali dia yang mahu dibedah untuk kali kedua. Irine memilih bersalin normal untuk merasai sakitnya itu bagaimana.

View this post on Instagram

4 tahun lepas, tepat harini ibu bersalinkan anak kedua ibu, Hasya Tasnim- Kesempurnaan mata air dalam syurga. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Ibu teringat perbualan ibu dengan doctor 4 tahun lepas. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Me : "doctor, dari segi cara nak bersalin tu, chances untuk saya bersalin boleh normal ke atau kena ceaser semula ye?"⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Doctor : "so far saya tengok takde sebab untuk awak go for ceaser melainkan u yang request sendiri nak ceaser (doctor tu sempat gelak sinis.haha). So, kita akan tunggu awak sendiri sakit sampai rasa nak bersalin baru datang hospital. Ke awak nak bersalin operate lagi? ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Me : "Eh tak nak doctor, kali ni memang daripada awal saya plan nak cuba bersalin normal seboleh-bolehnya. Saya memang nak rasa sakit bersalin normal tu sendiri macam mana"⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Doctor : "ok kalau macamtu kita tunggu lah sampai masa"⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Me : tersenyum dan mengharapkan Allah izinkan. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Alhamdulillah, dapat merasa bersalin secara normal selepas bersalinkan anak pertama secara ceaser. Maka lahirlah Hasya Tasnim, si rambut lebat at 41 weeks ++. Overdue hehe. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ (Macam mana ibu boleh ingat perbualan ni? Of course sebab dah tulis dalam blog siap2 lepas bersalin 4 tahun lepas?) ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Kelahiran Hasya Tasnim banyak sangat mengajar ibu & ayah erti kekuatan yang luar biasa sebagai seorang ibu bapa? ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Selamat hari lahir anak ibu Hasya. Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi Hasya sentiasa sampai bila-bila . We love u so much!! #hasyatasnimirulirine

A post shared by irine_nadia (@irine_nadia) on

IKLAN

Walaupun sudah empat tahun berlalu, Irine masih ingat perbualannya dengan doktor kerana sudah menulis tentang proses kelahiran Tacanim di dalam blog. Dalam ucapannya juga, Irine mengatakan Tacanim banyak mengajar dia dan suami untuk menjadi ibu bapa yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Selamat hari lahir Tacanim, semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan perjalanan hidupmu dipermudahkan.

IKLAN

Sumber: Irine Nadia

 

IKLAN

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI