Peningkatan angka jangkitan positif Covid-19 yang mula menunjukkan trend menaik  sehingga dua digit sejak kebelakangan ini mula menimbulkan kebimbangan orang ramai. Lagi menambahkan sedikit kegusaran adalah kemunculan kluster baharu dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini yang menjadi perhatian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kemunculan 9 kluster penularan tempatan menunjukkan masyarakat sebenarnya sudah mula leka ketika berada di tempat awam.

Sampai Bila? Dr Noor Hisham Kecewa Rakyat Semakin Selesa, Lupa Patuhi SOP

Paling buat ramai yang tak puas hati, sikap ambil mudah individu yang sepatutnya perlu dikuarantin di rumah tetapi keluar ke tempat awam tanpa rasa bersalah.

19 kluster aktif

IKLAN

Sampai Bila? Dr Noor Hisham Kecewa Rakyat Semakin Selesa, Lupa Patuhi SOP
PERKEMBANGAN SEMASA COVID-19 MEMBIMBANGKAN

Situasi COVID-19 kebelakangan ini didapati membimbangkan kerana jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat, terutamanya kes penularan di dalam negara. Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes, iaitu pada 9 Julai 2020. Namun ia mula meningkat dan jumlah kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai 2020 dan kini ianya mencecah 130 kes.

ARTIKEL BERKENAAN [PM Ingatkan Tak Mustahil PKP Akan Diperketatkan Semula Jika Kes Meningkat]

IKLAN

Sampai Bila? Dr Noor Hisham Kecewa Rakyat Semakin Selesa, Lupa Patuhi SOP

Sehingga 21 Julai 2020, jumlah kluster yang aktif adalah 19 kluster, di mana terdapat 13 kluster baharu yang diumumkan dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini. Tiga (3) daripada 13 kluster ini adalah berkaitan dengan penularan tempatan kes COVID-19 daripada kes import iaitu Kluster PUI Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa. Kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ianya melibatkan kluster terpencil (isolated) di dalam sebuah kapal yang sedang berlabuh.

Masyarakat mula leka & kurang patuh SOP

IKLAN

Oleh itu, KKM menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu mewajibkan prosedur Kuarantin Wajib 14 hari kepada mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan, berkuatkuasa 24 Julai 2020. Ini diharap dapat mengelakkan daripada berlaku lagi kluster seperti ini.

Sampai Bila? Dr Noor Hisham Kecewa Rakyat Semakin Selesa, Lupa Patuhi SOP

Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga 9 kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara, dan tidak berkaitan dengan kes import. Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI