Rindu orang yang dah tiada ni lagi sakit dan perit kerana hanya kenangan saja boleh mengubat kerinduan pada insan yang dah tiada. Namun setiap perjalanan hidup ini, Allah dah aturkan semua pada hamba-Nya.
Perkongsian kisah sedih seorang suami yang kehilangan insan tersayang iaitu isteri dan anak yang baru lahir selang sehari saja benar-benar buatkannya perlu kuat melalui hari-hari mendatang dengan penuh sabar.
Nanti tarik daddy masuk syurga
Menerusi perkongsian di Twitter, Muhammad Syahir berkongsi beberapa foto momen indah bersama arwah isteri dan anaknya.
Sepatutnya, tarikh 26 Ogos adalah detik dimana anak sulungnya dilahirkan, akan tetapi Allah terlebih dahulu menjemput bayinya.
Ads
Aturan Allah, due Noah sama dengan daddy. Nanti mommy & Noah tarik daddy masuk syurga sekali tau! Daddy rindu sangat mommy & Noah. Alfatihah NurShakira Ameera Binti Assakri, Muhammad Noah Bin Muhammad Syahir
Menerusi komen seorang pengguna Twitter lain, lelaki tersebut berkahwin dengan isterinya pada November tahun lalu, sebulan kemudian isterinya disahkan mengandung.
Isteri meninggal kerana kanser
Namun, pada 4 Mac lalu, anak sulung mereka dikhabarkan meninggal dunia, dan kemudian selang sehari isterinya pula dijemput Ilahi akibat menderita penyakit barah.
Ads
Melihatkan ketabahan Syahir, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan berdoa agar dia terus tabah meneruskan hidup tanpa insan yang tersayang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dengar kes pembuangan bayi setiap hari, terasa sedih pula mengenangkan nasib bayi yang dibuang. Sayu hati melihat bayi yang kelaparan dan ketakutan dalam pelukan orang asing. Setiap orang yang membaca pasti teringatkan anak sendiri.
Menurut laporan Bernama, Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.
“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Kredit: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
“Ibu dah tak sayang awak lah, ibu ada anak baru” selalu sangat usikan sebegini singgah di telinga si kecil yang baru sahaja mengenal tentang erti kasih sayang, kepunyaan, toleransi dengan kehadiran orang baru. Niat mungkin sekadar bergurau namun besar kesannya pada emosi anak.
Abapila si kecil menangis, maka ramailah yang bergelak ketawa kerana situasi tersebut dirasakan sangat lucu. Namun bagi kanak-kanak, ianya bukan sesuatu yang lucu malah menyakitkan hati dan emosi. Ikuti perkongsian ibu ini.
Satu hari, anak kedua saya Amri Suhaily meluahkan perasaan.
“Abang Amir semua baik je.. Kalau Abang Ayie semua tak baik.”
Sayu sangat suara dan saya tahu itu luahan yang amat kesedihan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu.
“Semua orang cakap Ummi dah ada adik, ummi tak sayang Abang Ayie lagi.”
Dua tiga kali dia mengadu, nak balik kampung duduk dengan ibu ayah saya. Mungkin sudah lama makan hati dengan kata-kata orang yang ummi dah tak sayangkan dia sebab ada baby. Subhanallah. Sedih rasa.
Masa baru bersalin, perasan ada juga yang mengusik “Ummi dah tak sayang Amri, ummi dah ada baby.”
Iya, dia sudah besar. 5 tahun jadi anak bongsu, tiba-tiba ada adik baby. Memang seronok, teruja tapi makan hati dengan usikan orang dewasa yang tak cerdik.
Masa masih dalam pantang, ramai melarang Amri Suhaily pegang baby tapi abangnya Amir Solihin pegang baby, lagi tambah geram.
Banyak sangat pesanan “jangan ya, jangan itu, jangan ini” sampai dia rasa semua pun tak boleh. Sayang juga adik tapi tak tahu macammana nak terjemah, dek sebab orang semua tak bagi dekat dengan adik dia jadi membuak perasaan geram.
1. Ditutup muka adik dengan kain masa ummi ke dapur sambil dia cakap “haaa adik dah mati, adik dah mati.” Saya yang tak faham apa, tengah makan. Sekali suami maklum baby dah tercungap lemas kena tutup dengan kain.
2. Setiap kali saya letak baby di bantal, baby akan menangis selop. Angkat, terus diam. Letak lagi, menangis. Awal ingatkan usikan Ummu Sibyan, baca ayat qursi dan beberapa ayat quran.
Pun masih juga menangis bila letak di bantal. Esoknya suami tanya kenapa kepala baby berlekuk, kena ketuk dengan abang ke? Huhu. Tak tahu juga nak kata sebab tak nampak dengan mata.
Dua hari kemudian kemas katil baby baru nampak ada “sesuatu” yang diletakkan bawah bantal. Patut la baby menangis, sakit kepalanya sampai berlekuk.
3. Tahu ianya perbuatan Amri Suhaily sebab beberapa hari kemudian dia sorokkan lagi barang bawah bantal baby.
i. Saya mula sebut baby sayang Abang Amri. ii. Ummi pun sayang Abang Amri. iii. Abang Amri boleh pegang baby, tapi kena duduk baik-baik. Pegang elok-elok, tak boleh kuat sangat nanti adik sakit.
Subhanallah, selalu intai bila ditinggalkan mereka berdua, nampak dia cium adik dengan sopan dan baik. Cakap dengan adik “abang sayang adik, abang sayang adik”. Kalau dia minta suapkan nasi pun, suapkan juga. Sebab emosinya juga perlu “feeding”.
Kawan-kawan ziarah, bawa hadiah untuk baby. Alhamdulillah rezeki. Tapi paling saya terharu, sahabat manis seorang ni bawa hadiah baby dan buah tangan untuk anak-anak juga.
“Untuk Amri ke ni?” “Ya. Amri kongsi dengan Abang Amir tau!” “Okay!”
Itulah tetamu kegemaran. Siap sorok kunci tak bagi balik.
Kadang kita terlupa menjaga emosi dan hati anak-anak. Pengajaran untuk saya, bila ziarah sahabat dapat baby, hadiah baby bukan keutamaan tapi buah tangan pada abang kakak baby.
Bila ziarah kenalan atau saudara dapat anak baru JANGANLAH MENGUSIK ABANG ATAU KAKAK YANG IBUBAPA TAK SAYANG SEBAB ADA BABY.
Mereka akan rasa tak selamat dan gigih nak buat sesuatu pada baby walhal mereka sayang adik baru.
Kita yang dewasa, fikirlah dengan matang. Kalau tak boleh cakap yang baik, diam sahaja. Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah.
Ummu Amir. Catatan Asif Sabri di usia 70 hari.
Kredit: Insyirah Solehah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!