Semangat yang ditunjukkan anak kecil bernama Ayon Manson ini memang luar biasa. Jika kita ke sekolah dengan tempoh berjalanan memakan masa 30 minit hingga satu jam disebabkan kesesakan lalu lintas, lain pula kisahnya dengan anak kecil ini.

Anak kecil bernama Ayon, anak kelahiran Penampang, Sabah ini sanggup berjalan selama 3 jam ke sekolah setiap hari. Semuanya demi menambah ilmu di dada dan merubah hidup keluarganya.

Perkongsian kisah adik Ayon menerusi Mimbar Raudhah ini menyentuh hati kita. Sayu melihat kegigihan yang tekad tanpa mengenal erti penat lelah berjalan kaki sepanjang hari.

Apa lagi dengan bebenan menggalas beg sekolah yang berat setiap hari. Memang hebat.

Sanggup Jalan Kaki 3 Jam Ke Sekolah, Galas Beg Berat Penuh Buku, Kuatnya Semangat Adik Ni!

IKLAN

“Sanggup jalan kaki 3 jam untuk ke sekolah. Allahuakbar.

“Kuatnya semangat adik ni. Setiap hari adik Ayon berjalan kaki 3 jam seorang diri ke sekolah, dengan menggalas beg yang penuh dengan buku dan keperluan lain.

Berusia 13 tahun, adik Ayon Manson merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik malah berasal dari pedalaman Kg Terian Penampang, Sabah.

Difahamkan ibu anak cekal ini tidak bekerja malah ayahnya merupakan seorang petani dan mereka hidup dalam serba kekurangan.

IKLAN

Sanggup Jalan Kaki 3 Jam Ke Sekolah, Galas Beg Berat Penuh Buku, Kuatnya Semangat Adik Ni!

Pun begitu dikhabarkan, baru-baru ini ayahnya mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Semuanya demi untuk menampah perbelanjaan yang lebih buat mereka sekeluarga.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sanggup Jalan Kaki 3 Jam Ke Sekolah, Galas Beg Berat Penuh Buku, Kuatnya Semangat Adik Ni!

IKLAN

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Mimbar Raudhah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI