Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam. Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas. Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat, tetap tidak sembuh. Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif.

 

Demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth DiseaseHMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi.

Sanggup Kita Yang Sakit Bukan Anak. Tak Sanggup Tengok Dia Lemah & Merengek!
Sumber: www.freepik.com

Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam tinggi, dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.Sekiranya anak menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam.

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk. Anak mungkin menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut sekiranya menghidap HMFD. Seterusnya anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.

PANTAU SUHU BADAN ANAK

Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah pemantauan kondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya dan selera makan minumnya. Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5° Celcius.

IKLAN

Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, ibu ayah perlu menjerlum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda.

Galakkan anak anda  minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain.

Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak.

Artikel Menarik:  [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]

Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah.  Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.

IKLAN
Sanggup Kita Yang Sakit Bukan Anak. Tak Sanggup Tengok Dia Lemah & Merengek!
Sumber: www.freepik.com
BUAT UJIAN DARAH

Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun.

Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.

Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]

Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit-birit.

IKLAN

Sumber: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Sanggup Kita Yang Sakit Bukan Anak. Tak Sanggup Tengok Dia Lemah & Merengek!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI