Sangka Anak Tidur Lena, Rupanya Pengsan Hidu Gas Monoksida Dalam Kereta

Share

Tertidur dan terus tak sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak. Ini antara kebanyakan kes yang berkaitan keracunan gas monoksida sehingga sudah beberapa kali terjadi dan telah meragut nyawa.

Ini kerana gas yang tidak berwarna itu selalunya berlaku disebabkan kebocoran di bahagian enjin kereta sehingga pemandu atau penumpang mengalami sesak nafas.

Terhidu gas karbon monoksida

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, dia telah berkongsi kejadian yang menimpa mereka sekeluarga sehingga nyaris maut disebabkan terhidu gas monoksida di dalam kereta.

Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memaklumkan yang tubuh anaknya tiba-tiba sahaja lembik dan mulai tidak sedarkan diri sebelum dia mengejarkannya ke hospital.

Dalam posting itu, pada awalnya dia ingatkan anak kepenatan dan tak sangka lain sebabnya. Ketika menghantar gambar pada suami untuk beritahu sedang dalam perjalanan, suami tegur nampak pucat wajah anak ketika tidur.

Badan anak lembik dan tak sedarkan diri

Kemudian anaknya mulai terjaga dan merengek namun tidak membuka mata. Tiba-tiba sahaja tubuhnya mulai lembik dan tidak menunjukkan sebarang respon sehingga mereka panik.

Ketika memberhentikan kereta dan mendapatkan bantuan, dua orang anaknya turut tidak sedarkan diri. Mujurlah mereka mulai sedar tak lama selepas itu dalam keadaan terkejut dan menangis.

Mereka dibantu oleh satu keluarga dan meminta mereka membawa kereta ke hospital dengan segera sambil mengikutinya dari belakang.

Syak ada kebocoran gas di bahagian ekzos

Dari awal individu yang membantu mereka sekeluarga mengesyaki bahawa ada kebocoran gas kerana melihat keadaan anak-anak Jalilah tiba-tiba lemah.

Alhamdulillah tindakan pantas itu menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga dan pihak hospital mengesahkan mengalami keracunan gas karbon monoksida serta kesemua ahli keluarga dalam pemantauan doktor.

Ibarat mimpi ngeri

Jelasnya, kejadian tersebut seperti satu mimpi negeri buat mereka dan reda dengan ujian Allah.

Mujurlah mereka menyedari dari awal apa yang berlaku dan dapat menyelamatkan nyawa masing-masing terutamanya ibu dan bapa mertuanya yang memandu kenderaan.

Di akhir perkongsian tersebut, ibu ini juga mengingatkan orang ramai supaya memeriksa dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh kerana sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku andai kita cuai atau lalai.

Kebocoran yang berlaku pada ekzos selepas diperiksa.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Mr Richard iaitu individu yang membantu mereka ketika dalam situasi panik ini sehingga semuanya mendapat rawatan di hospital.

Sumber: Facebook Nur Jalilah Leyla

Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

 

IKLAN