
Foto AI
Sarapan percuma sekolah Selangor kini menjadi satu inisiatif penting dalam membantu keluarga menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai ibu ayah hari ini berdepan satu dilema yang diam-diam memeritkan antara menyediakan keperluan asas keluarga atau memastikan anak ke sekolah dengan perut yang terisi.
Harga barang naik, kos hidup menekan, dan krisis tenaga global yang berlaku bukan sekadar angka dalam berita tapi realiti yang dirasai setiap pagi di meja makan.
Dan dalam situasi inilah, satu langkah kecil boleh membawa makna yang sangat besar.
Kerajaan Negeri Selangor kini tampil dengan satu inisiatif yang menyentuh keperluan paling asas kanak-kanak makanan.
Melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sebanyak 873 sekolah akan menerima bantuan sarapan percuma secara berperingkat.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor itu akan disalurkan bermula Ogos ini.
Pelaksanaannya unik
Bagi memastikan program sarapan percuma sekolah Selangor ini berjalan lancar, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi setiap PBT sebagai dana permulaan.
Program ini dijangka bermula Ogos ini, dan akan dinilai dalam tempoh beberapa bulan pertama sebelum diputuskan sama ada akan diteruskan atau diperluaskan.
Ramai mungkin nampak ini sekadar “sarapan percuma”.
Tapi hakikatnya ini adalah pelaburan kepada perkembangan anak-anak.Makanan yang berprotein dan berkhasiat penting supaya tidak menjejaskan tumbesaran kanak-kanak.
Anak yang datang ke sekolah tanpa sarapan:
Sebaliknya, melalui sarapan percuma sekolah Selangor, perut yang kenyang memberi ruang kepada otak untuk berfungsi dengan lebih baik.
Untuk ramai keluarga, terutama golongan B40 dan M40 yang semakin terhimpit, inisiatif ini adalah satu bentuk kelegaan yang sangat bermakna.
Bayangkan
Bantuan seperti ini mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya:
Program sarapan percuma sekolah Selangor ini jelas memberi impak besar kepada kesejahteraan keluarga. Dan dalam dunia parenting, kita tahu, kadang yang kecil itulah yang paling memberi kesan besar.
Sarapan pagi mungkin nampak biasa, tapi melalui sarapan percuma sekolah Selangor, ia boleh jadi permulaan kepada hari yang lebih baik, emosi yang lebih stabil, dan masa depan yang lebih cerah.
Sumber: Astro Awani